Friday, July 4, 2014

One Step Closer..

                                                                                   





Assalammualaikum w.b.t

Ramadhan tiba lagi dengan seribu rahmat. Rindu rasanya kepada bulan yang penuh berkat dan rahmat ni. Jom kite perbanyakkan amal ibadah supaya kita menjadi insan yang lebih bersyukur.

                                                                                                    


Alhamdulillah, seronok rasanya dapat berpuasa selama 2 hari di kampung bersama keluarga. Tak dapat bayangkan kalau selepas ni tak dapat berkumpul lagi bersama-sama keluarga, memang sedih dan sayu sangat-sangat. Sebab tu la Cik Sue cuba manfaatkan waktu berkualiti selama 2 hari bersama mereka.

Besides, hari ni genap 2 tahun our anniversary. Congratulations to diri sendiri hihi..Sedar tak sedar cuma tinggal lebih kurang 1 bulan 1 minggu 5 hari je lagi sebelum genap Cik Sue bertukar status hihihi.



Ramai gak member-member tanya apa perasaan Cik Sue sekarang ni. Entahlah, beberapa bulan yang lepas tu memang la ada macam-macam perasaan. Suke, berdebar, takut dan lain-lain. Tapi, dengan masa yang tinggal cuma sebulan je lagi, semua rasa tu dah ilang sikit dan digantikan dengan rasa risau lak...

Maklumla, Cik Sue tak gunakan wedding planner macam orang lain, semuanya uruskan sendiri dengan bantuan bonda dan ayahanda tercinta. Banyak gak pengorbanan yang perlu dilakukan. Preparation pun kena siapkan awal-awal at least setahun sebelum. Banyak kos, masa dan tenaga yang perlu dikorbankan. Cik Sue nasihatkan kepada bride to be yang lain, sila la berjimat cermat sebelum majlis tu. Kalau tak, memang sakit la poket kita nanti huhu. Penat lelah tu dah tak terkira sangat, asalkan majlis nanti berjalan lancar. Lillahi taala.

Yang penting, semoga urusan majlis nikah dan resepsi kami dipermudahkan-NYA..Ameen. Cik Sue harapkan semua pembaca blog ni doakan majlis kami berja;an seperti yang dirancang

Terima kasih ye sudi membaca. Jemput datang lagi ye lain kali.

Saturday, March 29, 2014

Pelamin sweet


Guys, jom tengok koleksi pelamin idaman Cik Sue.. 
Macam comel jer hihi



Yang ni ala-ala elegan gitu..sweet sangat. Memang sesuai untuk wat kat umah



Tak sabar rasanye nak naik pelamin sendiri nanti heheh

Wednesday, November 6, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H buat semua.

Assalamualaikumussalam w.b.t. dan Selamat Pagi.
 
Salam Maal Hijrah 1435H buat semua kaum muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah. Semoga tahun baru Hijrah ni memberikan kita semangat untuk menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. 

Alhamdulillah, setelah bercuti 4 hari di rumah, arini dah start masuk opis. ,Maklumla, cuti Deepavali dicampur dengan  cuti Awal Muharram menjadikan hari cuti Cik Sue panjang sikit je. . Aduhai, rasa mcam tak cukup je empat hari tu dok kat umah, berkongsi cerita dengan mak dan bak. Maklumla, kalau dah lama tak jumpa, pasti ada je pelbagai kisah dan ragam yang tersimpan rapi dalam kotak memori bonda untuk diceritakan dengan Cik Sue. Pasti ada je kisah sedih, duka, duka, bahagia dan lucu yang nak dikongsikan kami bertiga. 

So, bila nak balik BP ni semula, rasa sayu je nak tinggalkan mereka berdua. Rasa macam nak benti keje jauh-jauh ni dan nak carik keje baru kat JB ni. Walaupun mak tak luahkan dari kata-kata, tapi Cik Sue dapat rasakan mak memang sedih je berpisah dengan anak kesayangan dia ni daripada pandangan mata dan air mukanya. Bak pula bertanya bila Cik Sue nak balik lagi. Kalau tunggu lama lagi, hujan air mata juga rasanya. Tapi, apakan daya. Hidup ini kan satu perjuangan. Dalam perjuangan pula memerlukan pengorbanan. Pengorbanan itu pula perlu dilakukan demi orang-orang tersayang...

Semoga kehadiran tahun baru Hijrah 1435 ini memberikan seribu keberkatan untuk Cik Sue sekeluarga dan juga untuk pembaca semua. Moga tahun baru ni lebih baik daripada tahun yeng sebelumnya.

P/S: Preparation untuk semester baru sedang rancak dilakukan. Nak update notes, L1, L2 dan upgrade lagi supaya lebih effective and efficient.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...