Monday, July 27, 2009

10 K DALAM PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.


"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"


Sunday, July 26, 2009

NGERINYER H1N1!!!!

Dewasa ini, bermacam-macam penyakit sedang melanda dunia kita.. Ada demam denggi, ada kepialu, dan yang terbaru selsema babi atau nama manjanya H1N1.wAH! Hanya sebab kes tu jer dah mencecah seribu orang di Malaysia ni dijangkiti wabak air liur khinzir tu.ish3...Dan disebabkan itulah juga UiTM telah mencepatkan cuti pertengahah semester pelajar daripada bulan Sept o9 kepada 27 Julai - 2 Aug. Bukan hanya pelajar di kampus sahaja, malah pelajar di kolej bersekutu pun mendapat pelepasan ni. Pekeliling pun dah dikeluarkan. Tetapi, yg tak bestnyer, lecturer mereka pulak yg x dapat pelepasan tersebut. Tapi, student internal xde berita pulak...pekeliling x kuar lagi.

Petang tadi, saya baru dapat maklumat daripada pelajar yang mengatakan abang kepada seorang pelajar telah kembali ke rahmatullah. Puncanya demam denggi. Kasihan Hazizi, pelajar saya sejak 2 semester yg lepas. Tetapi bermula semester ni, saya tak mengajarnya lagi. Pelajar tersebut memang tinggal dengan keluarga abangnya di rumah abangnya berhampiran hostel siswi. Saya dan sahabat ingin melawat keluarganya tetapi dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke Selangor drpad hospital di JB. Takziah dan al-Fatihah.

Itulah kehidupan. Tiada yang mustahil dalam hidup. Semalam, kita masih bernyawa dan boleh bergurau senda. Tapi, bila hari ini malaikat Izrail datang mencabut nyawa kita, tak dapat seorang pun boleh mengelaknya.....Sedangkan di dalam tidur pun kita boleh diambil nyawa.....Sedar-sedarlah dan ingat-ingatlah nak berbuat baik sementara masih ada umur di dunia ini.....

Wednesday, July 8, 2009

KASIH MESRA

Orang kata, kalau kita nak dihormati dan disayangi orang lain, kita mestilah hormat dan sayang orang lain terlebih dahulu. Bukan hanya mengharapkan orang lain hormati kita lebih dahulu. Pendapat ni memang ada benarnya. Tak kira la sama ada kita ni orang berpangkat atau orang biasa, kita semuanya sama di sisi-Nya. Rambut memang sama hitam unless diwarnakan memang la lain. Mata pun sepasang. Telinga pun sepasang. Mulut satu jer. Pangkat dan darjat hanya di dunia ni sahaja. Semua keistimewaan tu tak selamanya kekal. Duniawi semata-mata.

Bukan boleh dibawa masuk ke kubur pun kecuali 3 perkara tu sahaje la. Ilmu yang bermanfaat, amal jariah dan doa anak yg soleh.. .Hidup di dunia ni sementara sahaja. So, sebelum kita dijemput Illahi, kita buang sifat ego, pentingkan diri sendiri, iri hati, benci dan semua sifat-sifat syaitan durjana yang dibenci Allah. Waktu hidup di dunia ni la kita berlumba-lumba nak kumpul ahala. Bukanla susah sangat pun. Senang jer. Amalkan sifat merendah diri dan hormati orang lain. Pasti balasan yang menanti adalah yang tidak disangka-sangka. Orang yang kita hormati tu pula akan menghormati dan menghargai kita dan mereka akan ingat sampai bila-bila. Secara tak langsung hubungan persaudaraan dengan saudara seagama pasti akan berlangsung dalam suasana yang baik. Berkasih mesra sesama kita. YANG PENTING IKHLAS

Wednesday, June 17, 2009

PROFESIONAL KER?

Kenapa ek zaman skang ni orang lebih memandang kepada rupa seseorang tu daripada budi yang telah dicurah dan diberi? Ingatkan zaman dulu jer org pandang rupe, maklumlah dulu org kita ni hanya suke menilai somebody dari sudut luaran jer. Tapi, yang peliknye, zaman skang ni yang dah maju dengan wadah Wawasan 2020 dan 1Malaysia ni pun ada orang yang masih berfikiran kolot lagi.

Maklumlah, zaman ni kan orang suka cakap tagline 'saya ni profesional'. Tapi tanpa mereka sedari, orang yang selalu cakap macam tu la suka menunjukkan perbuatannya yang tak profesional tu. Mereka akan cakap kepada kepada orang lain mereka ini kononnya berpengalaman dalam sesuatu bidang, dah biasa buat sesuatu kerja. Bukannya apa, hanya untuk meyakinkan orang ramai yang mereka ini bagus buat kerja dan boleh dipercayai, bijak buat keputusan, sume prosedur dalam tangan mereka, cakap jer apa masalahnya; besar atau kecil, mereka boleh selesaikan sebab dah biasa dengan situasi tersebut.

Tapi, sayangnya, itu hanyalah teori mereka sahaja. Secara praktikalnya, apabila terjadi sesuatu masalah, mereka yang sibuk bercerita itu dan ini kepada orang lain akan cuba melarikan diri dan menyerahkan kepada orang lain untuk menyelesaikannya dan tak mahu bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian, hanya nak menyelamatkan diri sendiri sahaja. Teori entah ke mana, prosedur entah ke mana. Kalau nak membantu pun ala kadar jer. Selebihnya, serahkan orang lain selesaikan dengan alasan banyak kerja lain yang nak dibuatnya. Sedangkan sebelum ni sibuk promote diri sendiri boleh buat semua kerja, tapi realitinya? paham2 sendiri sajalah.

Tu baru satu bab, tentang bab pilih bulu pun sama jugak. Mereka yang kononnya mengaku mereka ni profesional macam ni mungkin beranggapan mereka hanya layak dan sesuai berdampingan dengan orang-orang yang setaraf mereka juga. Sesiapa yang tergolong dalam kategori cantik, kacak, berkedudukan dan mengikuti segala arahan tanpa bantahan bolehla masuk group mereka ni. Maklumla, mereka ni kan bermulut manis, ayat-ayat mukadimah yang keluar daripada mulut mereka semuanya baik-baik belaka. Untuk yang tak termasuk dalam kategori tersebut, kurangla sikit kelebihannya. Atau mungkin tak terpilih langsung untuk join group mereka ni. Pandang pun tak hingin agaknnya. Maklumla, dalam dunia ini, tak semua ciptaan TUHAN tu sempurna. Walaupun orang tu dah banyak membantu mereka dari belakang untuk memudahkan lagi pekerjaan mereka sebelum ini, tak pernahnya nak dihargai. Macam mana ni?Ish...ish...ish..Tak bolehla macam tu pilih-pilih bulu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau asyik membezakan kekurangan orang lain, susahla nak dapat kawan.

Tapi yang tak bestnye, orang macam ni kalau nak memalukan atau marahkan orang lain depan orang ramai pun dia tak kisah sebab dia merasakan yang dia ni profesional la katakan. Memangla dia rasa tindakan dia tu betul, tapi dia tak pernah memikirkan perasaan orang yang dimarahnya. Dahla di hadapan orang ramai, jatuhlah air muka dan maruah orang tadi. Apa la salahnya jika nak marah atau nak tegur tu panggil la elok2 ke tempat lain, bila dah rasa selamat dan tak ada orang lain yang mendengar, barulah cerita yang sebenarnya apakah kesilapannya...bukan main terjah jer.. So, kat sini ada win-win situation. Orang yang ditegur tadi makin bertambah rasa hormat kerana ditegur dengan cara baik dan akan mengubah sikap ke arah yang lebih baik. Manakala yang menegur tu dapat menjaga sikap profesionalnya.

Bila fikir tentang attitude buruk ni memalukan betul la. Saya rasakan kalau ada lagi la orang macam ni, dia perlu duduk jer dalam gua, x payah nak campur orang.Senang sikit kalau mereka xde. Kita ni hidup tak lama. Pejam celik pejam celik umur kita pendek jer kat dunia ni. Buatla amal dengan orang lain, insya-ALLAH kita akan disayangi orang lain dan hidup ini diberkati-NYA.

Sunday, May 31, 2009

walimatulurus..

Bulan depan 6 june 2009, Cik Lal pakcik bongsu saya sebelah mak (adik bongsu kesayangan mak) akan bernikah dan melangsungkan perkahwinannya di umah bakal makcik di Segamat. 7 Jun 2009 pulak majlis sebelah lelaki di kampung saya Semerah, Batu Pahat. Sampai seru jugak pakcik sorang ni..Maklumla, lama nak tunggu dia wat keputusan utk menikah..Maybe dia ada sejarah silam kot sebelum ni..N now selepas dia dah jumpa pun pilihan hati pengarang jantung dia, kami pun dgn rela hati berkorban untuk dia. Maklumla, sebelum ni majlis walimatulurus keempat2 org adik-beradik saya (kecuali saya), telah banyak dibantu oleh masa dan tenaga beliau, so, apalah salahnya saya dan adik beradik yg lain menghabiskan cuti tahun untuk mengantar pengantin dan memeriahkan lagi majlis mereka....Cuti pun dah lulus untuk 5 - 8 Jun depan.
Emak saya lagi lah risau sebab dia yg akan masak2 kat kampung, tak nak balik lambat2 katanya. Saper lg yg tukang tolong rewang2 kalau bukan saya, pembantu beliau yang paling setia. Emak nak balik awal tp xde member, so terpaksa la saing sy pagi2 Jumaat 5 Jun yang mulia tu nanti. So, lepas ni emak mesti sayu dan sedih sebab adik kesayangan beliau nak pindah rumah. Yalah, sebelum ni dah lebih kurang 5 tahun jugak Cik Lal stay dengan kami. Sedih gak nak berpisah. Walaupun Cik Lal ni pendiam orangnya, tapi hatinya sangat baik. Dah berapa kali dia bantu kami dan menjalani kehidupan bersama-sama tak kira samada banjir besar melanda ke, balik kg ker, hantar saya konvo 2 kali di Uitm Shah Alam ker, x pernah dia merungut...stay cool jer. X pernah dgr dia membebel ker, mengomel ker, Saya pulak yg terharu dan sedih x dapat jumpa lagi lepas ni. Walaupun kami akan terpisah jauh, tapi saya doakan beliau bahagia dan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat...
Tapi saya pun serba salah jugak, member saya Zuridah pun dah ajak dtg umah dia 7 June ni kat Felda Air Tawar 3. Nak bertunang katanya. Nak pergi ke tak nak pergi ni? At last, inform la kat dia situasi sebenar. Dia pun faham, dan dia pun nak sgt saya dtg majlis perkahwinannya kelak. ok la tu, settle satu masalah..
Mungkin sekarang ni mmg musim org nak wat majlis. Maklumla, cuti sekolah....Masing-masing berlumba-lumba nak
kejar waktu ni. Pelajar2 sekolah dan ipta dan ipts kan cuti. Meriah skit kalo ada depa. Bila dah berkumpul ramai2 ada jela yg depa nak citer....Pengalaman, nasihat,pengajaran, dll. Maklumlah, macam tagline ASTRO, macam2 ada. Masa ni la kita dapat mengeratkan lagi hubungan dengan saudara2 jauh dan dekat. Baru la kenal tok cik la, oneng2 la, buyut la, dll. Kalau x, sedara lalu depan mata pun x kenal. Wat malu jer. tapi lepas jumpa x semuanya akan berkekalan, kadang2 jumpa kat situ sahaja dan lepas tu dah lupa nak berhubung.
Adakah ukhwah yang terjalin akan diteruskan untuk sepanjang hayat? Kita saja yg dapat menjawabnya dan menjalinkannya atas usaha kita sendiri untuk memartabatkan ikatan persaudaraan kita kekal ke syurga.

Saturday, May 30, 2009

salam perkenalan...

salam ukhwah untuk semua....
semoga ukhwah sesama kita ini diberkati dan dirahmati-NYA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...