Monday, July 27, 2009

10 K DALAM PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.


"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"


Sunday, July 26, 2009

NGERINYER H1N1!!!!

Dewasa ini, bermacam-macam penyakit sedang melanda dunia kita.. Ada demam denggi, ada kepialu, dan yang terbaru selsema babi atau nama manjanya H1N1.wAH! Hanya sebab kes tu jer dah mencecah seribu orang di Malaysia ni dijangkiti wabak air liur khinzir tu.ish3...Dan disebabkan itulah juga UiTM telah mencepatkan cuti pertengahah semester pelajar daripada bulan Sept o9 kepada 27 Julai - 2 Aug. Bukan hanya pelajar di kampus sahaja, malah pelajar di kolej bersekutu pun mendapat pelepasan ni. Pekeliling pun dah dikeluarkan. Tetapi, yg tak bestnyer, lecturer mereka pulak yg x dapat pelepasan tersebut. Tapi, student internal xde berita pulak...pekeliling x kuar lagi.

Petang tadi, saya baru dapat maklumat daripada pelajar yang mengatakan abang kepada seorang pelajar telah kembali ke rahmatullah. Puncanya demam denggi. Kasihan Hazizi, pelajar saya sejak 2 semester yg lepas. Tetapi bermula semester ni, saya tak mengajarnya lagi. Pelajar tersebut memang tinggal dengan keluarga abangnya di rumah abangnya berhampiran hostel siswi. Saya dan sahabat ingin melawat keluarganya tetapi dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke Selangor drpad hospital di JB. Takziah dan al-Fatihah.

Itulah kehidupan. Tiada yang mustahil dalam hidup. Semalam, kita masih bernyawa dan boleh bergurau senda. Tapi, bila hari ini malaikat Izrail datang mencabut nyawa kita, tak dapat seorang pun boleh mengelaknya.....Sedangkan di dalam tidur pun kita boleh diambil nyawa.....Sedar-sedarlah dan ingat-ingatlah nak berbuat baik sementara masih ada umur di dunia ini.....

Wednesday, July 8, 2009

KASIH MESRA

Orang kata, kalau kita nak dihormati dan disayangi orang lain, kita mestilah hormat dan sayang orang lain terlebih dahulu. Bukan hanya mengharapkan orang lain hormati kita lebih dahulu. Pendapat ni memang ada benarnya. Tak kira la sama ada kita ni orang berpangkat atau orang biasa, kita semuanya sama di sisi-Nya. Rambut memang sama hitam unless diwarnakan memang la lain. Mata pun sepasang. Telinga pun sepasang. Mulut satu jer. Pangkat dan darjat hanya di dunia ni sahaja. Semua keistimewaan tu tak selamanya kekal. Duniawi semata-mata.

Bukan boleh dibawa masuk ke kubur pun kecuali 3 perkara tu sahaje la. Ilmu yang bermanfaat, amal jariah dan doa anak yg soleh.. .Hidup di dunia ni sementara sahaja. So, sebelum kita dijemput Illahi, kita buang sifat ego, pentingkan diri sendiri, iri hati, benci dan semua sifat-sifat syaitan durjana yang dibenci Allah. Waktu hidup di dunia ni la kita berlumba-lumba nak kumpul ahala. Bukanla susah sangat pun. Senang jer. Amalkan sifat merendah diri dan hormati orang lain. Pasti balasan yang menanti adalah yang tidak disangka-sangka. Orang yang kita hormati tu pula akan menghormati dan menghargai kita dan mereka akan ingat sampai bila-bila. Secara tak langsung hubungan persaudaraan dengan saudara seagama pasti akan berlangsung dalam suasana yang baik. Berkasih mesra sesama kita. YANG PENTING IKHLAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...