Tuesday, December 28, 2010

Luka

Tengah merawat luka yang terpendam.....
Sampai hati awak buat saya macam ni..

Tuesday, December 21, 2010

Salam.

Kadang-kadang dalam hidup ini kita selalu teringat-ingat kenangan lama. Dalam dok teringat tu pulak, mesti la ada lagu yang mesti ada kene-mengena sikit la kot, tol tak? Maklumlah, pengalaman hidup kita ni memang banyak mengajar erti kematangan hidup dan memberi pelbagai pengajaran..

Setiap hari kita akan jumpa dengan pelbagai benda baru. Hanya kita jer yang tahu dan faham setiap yang berlaku tu. Orang lain mungkin agak kurang faham dengan apa yang kita lalui. Mereka hanya boleh mendengar dan melihat sahaja, berlainan dengan kita yang melalui sendiri pengalaman tersebut.

Ada la dalam sehari tu tetibe aku terdengar lagu yang dipasang oleh seorang opis-mate ni. Biasala dia memang rajin pasang lagu-lagu evergreen ni. Atau orang kata malar segar.. Bila dihayati liriknye, tetibe jer aku rasa sedih dan sayu jer.... Part tiba lirik dia

 "Siapakah di antara kita
dengan mudah menjadi pendusta
siapakah dulu membina harapan
dan siapa yang memusnahkan impian"





Pelik betul aku dengan orang zaman sekarang ni la.. Dulu, masa suke, macam-macam janji itu ini dan membina harapan, tetibe jer kalau dah tak suke tu, macam-macam alasan diberi kalau dah tak suke... Dah lupa dengan harapan yang pernah dipertaruhkan dulu.. Dia tak pikirkan sebab kenapa sesuatu tu terjadi, sama ada disebabkan halangan or urusan lain yang mungkin tak dapat dielakkan lagi. Sepatutnye, berbincanglah dulu jika ada problem or perbuatan yang tak disengajakan.

Setiap yang berlaku ada sebabnye yang tersendiri... Kadang-kadang kita ni sebagai manusia penuh dengan ujian, dugaan dan ranjau. Kita pun punya emosi. Apabila tak dapat apa yang kita nak dan harapkan, kita terus ambil jalan pintas dengan putuskan hubungan tu sedangkan ia masih lagi boleh diselamatkan lagi. Kita bukan nak berfikir panjang.

Dulu, masa nak memulakan hubungan, sanggup berhabisan dan sanggup berkorban apa saja. Tup-tup bila dah tak suke, senang jer bagi alasan tak payah nak susahkan diri memikirkan pasal diri dia la, tak payah pikirkan tentang dia lagi la...dan macam-macam lagi alasan yang tak munasabah.

Kot ya pun, bagi la alasan yang rasional, bukan emosional. Apo nak dikata, bubur dah jadik nasi. Kemudian hari, rasa menyesal pulak tiba. Masa tu, tak dapat la nak menyesal. Semua dah terlambat. Maka, untuk semua, jika nak memulakan menjalinkan perhubungan tu, silalah bersedia jadikan diri anda seorang yang matang dan memahami, bukan hanya pentingkan diri sendiri. Maka, anda akan dihormati oleh pasangan anda.

Apo pun yang terjadi, hidup perlu diteruskan. Tak guna merana sampai menghancurkan diri sendiri. Masih ramai lagi yang sayang. Takpe, Tuhan tu Maha Adil. Dia akan hadirkan kita seseorang yang kita perlukan, bukan seseorang yang kita mahukan. Itu pun akan memberikan kita pengalaman hidup yang besar maknanya.

Thursday, December 16, 2010

Kesibukan Disember yang bertalu-talu


Salam.
Perjalanan hidupku sepanjang hayat diteruskan lagi hari ini dengan pengalaman aku hari ini. Dengan due date utk siapkan LP 1 dan 2, notes, slideshow, silibus utk msu dan update TP yang semakin dekat, rasa macam terkejar-kejar pulak.  Semuanya nak segera. 

Maka, terpaksalah aku upgrade skill,  kecekapan dan keberkesanan yang aku ada untuk settle sume tu huhuhu…

Mana taknye, starting next week, geng kami untuk program  student UiTM LPPKP dan KI kena attend course TOT di Shah Alam bagi meningkatkan lagi skill Fasilitator kami yang dah sedia hebat tu hehe and learn new modul for the students. Lebih kurang 5 hari jugak la aku dan geng tinggalkan negeri Johor yang kami cintai ni hehe…Goodbye Bandar Penawar.

Aku pergi tak lama pun, 5 hari jer…Jangan sedih-sedih ek En. FS. Ekau kan jiran eden sebelah rumah. Hehehe…Kalau panjang umur, kita jumpa lagi yer kawan-kawan… Ceh, macam nak lari dari sini jer lalalala..
 Bestnyer bercuti berjimba-jimba kalau dapat macam ni ..

 Lepas tu tengah plan nak bercuti ke Bali la pulak 5 hari. Maklumla, orang busy macam aku ni tak suke ambik cuti sepanjang tahun 2010 ni. Maklumlah, ambik cuti ganti jer. Tu yang cuti tahun banyak lagi ni. Tetibe jer bila semak cuti, ada la lebih kurang 10 hari. La ni,dah tinggal 5 lagi….

Dalam proses nak menghabiskan cuti la ni. Ish3…nak pegi Disneyland ke, Bali, Tioman, Australia or Genting ek? Kusut jadinye… Kalau boleh, sume tempat nak pergi. Apakan daya, masa yang terhad menghadkan keinginan yang ada.

Apapun, doakanlah semoga perjalanan kami semua berjalan dengan lancar dan selamat pergi dan pulang dengan selamatnya. Amin 

Wednesday, December 15, 2010

Duhai Mata..

Salam.

Rasa mengantuk plak sekarang ni. Ni bukan pasal aku ni kuat tidur yer orangnye. Tidur malam jer. Sekarang ni dahla kekurangan tidur, tapi bila sampai opis jer, mata ni rasa macam dah ilang pulak ngantuk. Terus tak jadik. Tapi, kena la layan mata ni supaya dia tak dibelai dengan tiupan air-cond kat opis ni yang sayup-sayup macam ais. Tapi, selagi boleh bertahan, bertahan la yer duhai mata..

Sebenarnye, ni kes pasal malam tadi la ni hantar student g spital malam tadi. Niat di hati just nak tengok program Malam Keinsafan sempena Minggu Silaturrahim student baru. Tengah excited nak tengok program yang baru bermula, tetibe jer dikejutkan dengan seorang student yang sakit dan sukar nak bernafas. So, apalagi, tugas anda sudah bermula, ya cik sue.. Dengan ditemani EN. Jasmadi dan 2 orang kawan kepada student yg sakit tu, kami pun teruskan perjalanan ke HKT. sampai sana pukul 10.20.

Sejam selepas tu, ada sorang lagi student yang dihantar disebabkan penyakit lain oleh seorang warden juga. Kali ini, penyakitnye dikenalpasti sebagai radang usus. Kritikal. Maka, kami pun tunggu la juga turn untuk pelajar yang kedua ni diperiksa oleh Tuan Doktor. Sambil menunggu, entah dah berapa kali aku terlelap kot. Ala-ala tidur-tidur ayam. Setelah selesai semua, kami pun balik semula ke B.P. Dengan mata yang agak rabak ni, kita semua teruskan perjalanan. Sampai rumah tepat pukul 3 am. Apa lagi, mata ni nampak jer bantal dengan tilam, terus zzzzzzzzzz.

Wednesday, December 8, 2010

SALAM HIJRAH 1432

Salam.

Salam Tahun Baru Hijrah 1432. Semalam adalah satu permulaan hari yang baru bagi kita semua kaum Muslimin dan Muslimat. Satu permulaan pembukaan buku baru dalam transformasi perjalanan hidup kita. Dan penutupan buku lama untuk tahun-tahun yang telah jauh ditinggalkan. Semoga Tahun baru ini menjadikan semangat kita terus kuat, tekad, redha dan tabah DALAM menghadapi dan mengharungi liku-liku kehidupan ini yang penuh onak dan ranjau yang penuh duri. Semoga kita semua makin bersemangat seiring dengan pertambahan usia. Dan semoga Tahun Baru ini juga semakin mematangkan kita semua. Itu doa penulis kepada semua pembaca setia blog penulis ini.





Biasalah, seperti tahun-tahun sebelum ini, penulis bersama-sama ibu dan ahli keluarga yang lain akan bersedia duduk depan tv untuk menonton TV1. Bukan apa, rasanya, dalam banyak-banyak siaran TV kat Malaysia ni, cuma TV1 jer yang akan siarkan siaran secara langsung dari Masjid Negara untuk upacara pembacaan doa Hujung Tahun 1431H sebelum masuk waktu Maghrib dan pembacaan doa Awal Tahun 1432H selepas waktu Magrib. Maka, kami pun bersama-sama meng'AMIN'kan doa Imam tersebut. Sayu jer hati bila terdengar bait-bait doa dan makna dalam Bahasa Melayu. Maklumlah, Bahasa Arab tu takdelah paham sangat pun huhu.. Lebih afdhal dengan bacaan YASIN sebelum dan selepas berdoa disertakan dengan bacaan YAASIN dengan memohon rahmat-NYA..

Terasa semangat tahun baru yang semakin membara ini membuatkan penulis berazam agar tahun baru ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semua perancangan yang masih belum terlaksana akan cuba dilaksanakan. Dan semoga Tahun Baru ini makin membuatkan kita semua semakin menghargai kehidupan ini dan bersedia dengan amalan-amalan yang semakin membuatkan kita mendekatkan diri kita kepada-NYA..

Salam Hijrah 1432!

Sunday, December 5, 2010

Salam.

Tetibe jer dapat tag drpd En. FS untuk jawab soalan ABC beliau yang telah beliau perolehi dan beliau telah mentag aku sebagai salah seorang yang perlu menjawab juga soalan yang saman tapi dalam versi yang berbeza.

Instruction: fill out these questions and make a new note called ABC about you, then tag 25 people, if you got tag by me, you have to take survey and report it!

Jom layann....



A. AVAILABLE: WOW!!! mungkin jugek ngek3
B. BIRTHDAY: April 20
C. CRUSHING ON: loveeeeeeee
D. DRINK YOU HAD LAST: Milo + Nestum Epal
E. EASIEST PERSON TO TALK: Laila Manja
F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT: jAUH DIRINDU-FREEDOM
H. HOMETOWN: Johor Bahru
I. IN LOVE WITH: CRIME SCIENCE INVESTIGATION
J. JUNGLE: Green
K. KILLED SOMEONE: TAK PERNAH TERPIKIR PLAK, MIMPI OR REALITY
L. LONGEST CAR RIDE: JB-KELANTAN, walau jadik passenger jer, penatnye mengalahkan drebar..
M. MILKSHAKE FLAVOUR: Chocolate
N. NUMBER OF SIBLING: 6 with 2 bro and 3 sisters
O. ONE WISH: 5 tingkat banglow terrace huhuhuhu....bilo boley dapat ni?
P. PERSON YOU CALLED LAST: future customer
Q. QUESTION: hadiah besday nanti nak mintak perfume dior jadore boleh tak? hehehe
R. REASON TO SMILE: when sumone make me heppy
S. SONG YOU LAST HEARD: bila cinta-gio
T. TIME YOU WAKE UP: 6.20 am
U. UNDERWEAR COLOUR: Aaik? NI SOALAN sensored ni...luper plak oo
W. WORST HABIT: fokus dengan sesuatu yang digemari... yang dibuat)
Y. YOYOS ARE: aksi mat yoyo..kha kha kha
Z. ZODIAC SIGN: abang dog yang garang kwang kwang kwang....


so, aku harap korang yang baca post aku ni sila lah jawab semula yer..aku tak sempat nak tag u all so sudilah kirenye korang jawab semula ek... memang heppy la sbb wat mende ni kn spontan ....


selamat berjumpa lagi...








Saturday, December 4, 2010

YES!!!

Salam.

Hari Selasa 7 Dis 2010 minggu depan orang JOHOR dapat cuti sempena awal Muharram. Apa lagi, aku pun pakat la apply cuti Isnin 6 Dis. Tiga hari cuti ooo..Ada lagi tinggal 5 hari cuti tahun. Wah3....tak tau la pulak nak gi mana sebenornye..Tengok la Big Boss cakap apa nanti. Kadang-kadang semua perancangan tu ideanya datang last minute. So, aku ikut jer...

Maklumla, ni je la masa yang aku ada untuk spend dengan Big Boss aku tu. Hahaha..Mana la tau tetibe dia  plan nak g KL ke, Singapore ke, Muar ke, eden ikut je la... Hari-hari cuti yang lain selalu tak panjang, so bila ada cuti panjang macam ni kita mestila jangan sia-siakan. Boleh dikatakan tiap hari jugak la Big Boss akan call aku. Walau tak menyatakan kerinduan dia, aku tau dia memang rindukan aku hehehehehe...So, mesti dia suke giler bila aku dapat cuti panjang2 macam ni.

Alamak, baru teringat, kete tak servis lagi!!!Kira punye kira dah 2 bulan tak servis rupenye. Banyak nak kena tukar ni... Lepas tu nak anta kasut yang rosak kat tukang kasut lagi, lepas tu nak gi jalan-jalan dengan Lela Manja lagi.. Adoiyaii..tapi si Lela Manja ni macam nak tak nak jer bila aku ajak kuar minggu ni. Dia tak balik JB ker atau stay jer kat Sedili tu jer? Tapi, aritu dia yang beriya-iya nak kuar dengan aku... Memang manja betul la si Lela Manja ni... Dia nak aku datang rumah dia pujuk dia agaknya baru dia nak.... Pening aku.

Apa pun, aku tengah plan nak jalan-jalan kat Kota la petang ni. Sorang-sorang pun jadik la... Member sume ada hal masing-masing, nak balik kampung la, membe diorang kawin la, dll. Maklum la, kalau ada Ifa, buleh gak ajak dia. Tapi, tak planning plak awal-awal bagitau dia...Atau gi JUSCO ker...Maklumla skrg ni tgh SALE sampai bulan Jan nanti. Jom YES!!! (Year End Sale) ......

Ni yang tak sabor nak gi ni. Walaupun just window shopping jer. (Gambar Ikhsan Google)

Thursday, December 2, 2010

Bila Cinta.......

Salam. 
Hari ini bile dengar jer lagu ni buat kali yang keberapa ntah sayu jer ati.. Minggu-minggu ni rasanye minggu kesayuan utk aku agaknyer ...huhuhu..Apa-apa pun, jom kite layannn lagu yang menusuk kalbu aku ni. Memula dengar pun rasa dah sayu apa lagi bila dengar hari-hari... Cite ni aku belom sempat lgi nak tengok kat cinema....Tapi,tengok intro jer pun mcm best..Apakan daya, membe asik bz jer bile nak ajak dia tgk... Laila Manja, jom la kita g tengok bila ada free time huhuhuhu..Tapi, rasanya cite ni pon dh lm abis kat wayang..So tunggu LBSke-2 kot ek hehehe

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan





Memang best Lisa berlakon dalam citer ni.... Cayalah 

Wednesday, December 1, 2010

SAYANG

Sayang saya pada awak tak pernah berubah. Tetapi awak sahaja yang sentiasa berubah hati. Sentiasa mudah merajuk, senang kecik hati, bosan, buntu dan tensen. Apakan daya, saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan. Mungkin jika saya dah tiada depan mata awak baru la awak sedar kehadiran saya....

Tak mengapa

Monday, November 29, 2010

Dendam dalam diam....


Ngeri betol tengok berita malam tadi. Akibat dendam dan cemburu, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman yang bertubi-tubi hingga terburai perut mangsa. Masya-Allah, apa nak jadik manusia zaman sekarang ni? Peristiwa ini berlaku di Malaysia sendiri, bukan luar negara.Tu yang menakutkan ni.
Kalau tak suka dengan seseorang tu, sesuka hati dia je nak tetak, sembelih, bunuh, bakar, simbah asid, dan macam-macam lagi yang tak payah la diceritakan. Semua orang tau dah. Ingat manusia ni macam ikan ke? Sungguh berita tu menunjukkan mentaliti orang kita ni masih di takuk lama, belum merdeka pun. Kat dalam tv siap promote lagi iklan budi bahasa budaya kita, konsep 1Malaysia untuk keharmonian pelbagai kaum, tapi kalau kejadian ni masih lagi berleluasa tak berbaloila budget gomen kuar duit ratus ribu.
Tak payah tengok jauhla. Kadang-kadang dengan adik beradik pun boleh berdendam hanya disebabkan harta, pangkat dan nama. Apa lagi dengan orang luar? Dengan kawan sendiri pun boleh bergaduh sampai membawa maut walhal puncanye perkara yang sangat remeh. Pelik betul la.
Nak dijadikan cerita, ada satu cerita yang sipi-sipi macam ni. Untuk pengetahuan semua, kawasan rumah aku berdekatan dengan kawasan perindustrian di JB. So, kalau nak ke mana-mana memang perlu melalui area kilang tu. Boleh dikatakan kesemua pekerja kilang-kilang tersebut terdiri daripada warga asing seperti Nepal, Bangladesh dan Vietnam daripada operator, supervisor, technician, sampai la kepada pak guard dia (based on kaler baju mereka yg berbeza).Mereka memang ramai. Kalau berjalan, macam semut. Mungkin bahagian admin jer kot orang tempatan.
So, satu hari semasa aku sedang memandu untuk menghantar emak  bertugas dengan ditemani anak sedara, kami ternampakla ada beberapa pekerja asing (Nepal or Vietnam) sedang berbalah sambil memegang botol (tak pasti halal or haram) sedang ditenangkan oleh beberapa anggota Polis di simpang jalan. Mujur awal pagi lagi, kenderaan  tak banyak lagi, kalau tak, free show jer diorang berlakon. (Biasanya jalan area simpang tu memang jem giler time orang nak gi keje).
Mak aii, warga asing pun tau gaduh sesame sendiri ke?Ingatkan orang tempatan jer. Mujur ada abang Polis tu, kalau tak, mungkin akan terjadinya pertumpahan darah jika dibiarkan berlarutan. Huhuhuhu, tak pasal-pasal boleh masuk Metro. Yang aku pelik tu, selalunya warga-warga asing ni kalau nak berjalan pergi atau pulang kerja, mereka pasti akan pegang tangan kawan sejantina mereka tu sambil berjalan, ibarat tak nak lepaskan langsung. Tak kisah la lelaki or wanita.
Tapi, lepas peristiwa tu, aku terpikir mereka pun manusia biasa juga. Kadang-kadang perkara remeh pun boleh jadik besar sampai berbunuh-bunuhan. Pada aku la, toksahla kita nak berdendam dengan orang lain. Berfikirla secara positif dan professional untuk settle problem. Kesannya, nanti memang akan memakan diri sendiri. Apa salahnya jika ada problem, berbincang cara baik, slow talk elok-elok. Kalau memang tak boleh settle, baru la wat report Polis. Negara kita kan ada undang-undang. Kalau tak puas ati terus bunuh bukan boleh settle the problem, makin menambahkan masalah lain pulak ada la. Kesannya adalah kepada orang-orang tersayang huhuhu...
Maka, pikirlah masak-masak sebelum buat sesuatu keputusan. Semoga negara kita yang kecil ni tak la kehilangan nyawa warganya dengan percuma. Lainla, kalau mati di jalan FISABILLILAH, lawan dengan musuh Negara. Lebih berfaedah untuk kebaikan semua.Dapat pahala lagi!

Monday, November 15, 2010

Sooooo tired

Salam

Minggu ni adalah minggu-minggu yang memenatkan sebenarnye.....tak sempat nak update blog..Setiap malam ada saje perkara yg membuatkan tidurku tak lena. Bayangkan jer la kesibukan di pejabat membuatkan aku penat dan lepak. Especially minggu-minggu peperiksaan akhir ni kami kena la menjaga dewan peperiksaan untuk pelajar2.  Tanggungjawab Pengawas dan Ketua Pengawas Peperiksaan.

Tapi, dalam pada itu juga, kitorang terpaksa menghabiskan marking paper . Kalau student seramai 20-30 orang takpela..Tapi, kalau sampai beratus-ratus tu tak ke haru dibuatnye? Baru satu paper. Kalau dua tiga paper macam tu?Adui lepaknyer...

Mujur la semester ni aku mengajar hanya 3 subjek:
1st subject - Management Accounting utk student part 5 (20 orang)
2nd subjek - Financial Accounting 2 (killer paper) utk student part 3 (24 orang)

3rd subject - Introduction to Accounting utk student part 1 (160 orang)

Untuk dua subjek yang sikit jumlahnye tu aku tak kisahla nak marking, tapi bila nak start marking paper yg berjumlah ratusan tu....penat menunggu bila la nak habis..memakan masa seminggu gak. Maklumla, bila dah ramai, jawapan yg diberi pun pelbagai la berbanding dalam skema aku tu.

Pelik betul la, kadang2 format yg diberi lain, lain pulak format yg wujud dalam kertas jawapan mereka. Tak tau la depa terlupe atau buat2 lupe atau study last minit sampai format subjek lain pon depa buleh masukkan dalam subjek aku ni. Kelakar pon ada. Maklumla, bila study last minit, sume dah bercampur dalam otak Sukar nak asingkan2...Mmmm....tengok jela resultnye nanti yer student2. Betapa terkejut atau tak je la nanti u all dapat resultnye....

So, bila siang dah lepak macam tu, malam pulak aku sentiasa on call. Eh, bukan la macam doktor tu pun kerje aku. Just as a warden je. So, malam2 hingga awal pagi bila ada student sakit ke, tak sihat, pengsan, gaduh dgn kawan serumah, masalah peribadi n memerlukan rawatan kaunseling di hostel, maka aku perlula datang ke tempat kejadian untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.  Kerja ni tak tentu pun.

Bukan la setiap hari macam tu. Ada masa-masanya jugak. Tapi, yang aku pelik sangat tu, bila takde kes, seminggu dua xde problem. Tapi, bila dalam sehari ada kes pelajar sakit, maka berderetla kes mereka sepanjang minggu. Tapi dengan pelajar yang berlainan la, bukan dengan org yang sama. Perkara ni masih menjadi musykil kepada aku hingga kini. Agak2 diorang dah plan awal-awal kot? Suratan atau kebetulan?





Tapi sebenarnye, jadik warden ni adalah perkara yang mematangkan aku. Kita dapat lihat setiap yang berlaku adalah satu pengajaran dan ilmu baru kepada aku, bagaimana kita nak mengatasi sesuatu permasalahan dengan tenang dan bertanggungjawab. Selain itu, aku dapat rasakan setiap dari kita ni adalah manusia yang berbeza watak serta perangai dan datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Maka, bila tiada persamaan dan wujudnye perbezaan, akan ada pelbagai masalah yang akan muncul kemudian hari. Maka, di sinilah aku akan memulakan peranan untuk mengatasi masalah tersebut dengan masuk dalam kehidupan mereka dan menganggap diriku sebahagian dr mereka.

Kadang-kadang aku rasa, aku ni memang layak la jadik cikgu kaunseling. Tak sia-sia masa sekolah menengah dulu cikgu aku lantik aku jadik PRS di SMTDJB masa FORM 2-3. Tq yer cikgu. Hehehehe. Tapi masa further study dulu terlupe plak nak ambik course ni. Ntah macammana pulak boleh ambik course lain ek

Maka, bila terjadinyer kes-kes seperti di atas, ku rasakan perjalanan hidup aku ni memang interesting. Sebab bukan semua orang berpeluang untuk dapat pengalaman yang sangat mahal macam aku ni. Syukur kepada ALLAH S.W.T. sebab bg aku peluang ni untuk membantu orang lain dengan kelebihan yang aku ada. Maka, tu la antara sebab kenapa kadang2 tak sempat nak update blog ni. hehehehe

Friday, November 5, 2010

Jom Lepak...

Salam.

Wah! Tetibe jer Pukul 8.40 pm mlm td (mlm semalam) dapat mesej daripada En.Maarof (boss) ajak lepak makan-makan dengan 2 orang opis mate yang lain, Azah dan Ainul. Macam tak percaya jer ada orang nak belanja. Baru terpikir malam ni malam raya. Raya Deepavali daa...Sok mesti cuti punyer...Apalagi, cepat la aku bersiap-siap. Perut pun tengah lapar ni hehe..Macam tau-tau jer ada orang nak belanja Lagipun, dah lama tak gathering ramai-ramai macam ni. Kalau takde cuti 1Malaysia, mungkin tak dapat spend time macam ni.

Macam-macam tajuk kitorang borak dan gelak-gelak. Teringat semula kenangan 2-3 tahun yang lepas. Mengimbas kembali kisah-kisah awal kenal masing-masing. Daripada topik tornado, ribut petir, kenangan first MSR sampai lah Instedt Idol, sume kitorang layan...Instedt Idol kali ni memang havoc giler. Siap usahasama dengan PDRM tuuuu....Biggest event oooo...

Last-last sedar jer dah pukul 12.40. Mata masing-masing pun dah mengecik....Tak tau la bila lagi dapat join macam ni lepas ni....

Wednesday, November 3, 2010

Cinta Gila

Cinta.

Bila bercakap tentang cinta semua orang memberikan maksud dan falsafah yang berbeza-beza. Sangat banyak definisi cinta ni...Ada yang berpendapat cinta tu indah, mengasyikkan, menyeronokkan, dan kadang-kadang cinta jugak boleh jadikan dunia ini macam dia punye sorang jer....Tapi, tak lupa juga ada yg bagitau cinta ini kadang-kadang menyesakkan jiwa, cinta itu perlukan pengorbanan, cinta itu menyakitkan, cinta ini membunuhku, cinta itu umpama sambal belacan, walaupun pedas, masam dan masin, tapi ia juga sedap dimakan..

Ada gak orang kata cinta itu buta. Tapi, pada aku, cinta itu tak buta pun. Cuma manusia jer yang buta sebenarnyer kerana mereka tak tahu dan salah menilai. Cinta tu adalah anugerah ILLAHI pada kita semua. Sangat-sangat berharga. Hanya manusia yang tahu menghargai jer TUHAN berikan dia perasaan tu. Kenapa aku katakan manusia tu yang buta?

Yola, coba pikir la kan....kerana cinta, manusia ni sanggup buang keluarga buang saudara. Mak bapak yang membela dan menjaga sejak saiz tapak tangan pon tak diendahkan lagi. Kasihan si ibu, penat menjaga si gadis hingga remaja tetibe disambar sang helang yang entah dari mana munculnye. Kerana cinta juga, manusia sanggup ikut kata hati dan naluri. Nasihat orang lain semua tak nak dengar. Pujuk rayu kekasihnye jela yang sanggup didengari. Orang kata buruk dan busuk semuanya pada dia wangi sahaja....

Tu yang biasa kita dengar anak gadis remaja kita yang masih bawah umur yang sepatutnye pergi ke sekolah untuk menimba ilmu sanggup dibawa lari oleh kekasihnye dan kahwin lari di Lombok. Alasannya si lelaki tu sanggup sehidup semati bersama. Lautan api sanggup direnangi konon. Lepas tu menetap di sana dengan keluarga si lelaki yang mana tiada kemudahan asas langsung berbanding di negara kita ni. Bayangkanla, kalau nak makan terpaksa bercucuk tanam dan berkebun sendiri, tiada air paip dan bekalan elektrik, pendek kata serba serbi tiada. Dah sampai sana, barulah menyesal nak balik semula ke Malaysia. Bukan la nak menghina atau mengutuk, tapi itu adalah hakikat sebuah cinta.


Kadang-kadang pula, hanya disebabkan putus cinta, ditinggalkan kekasih atau cinta tak berbalas, ada manusia sanggup bunuh diri dengan macam2 cara...  Gantung diri, terjun bangunan, bakar diri, kelar tangan sendiri dan ada lelaki yang sanggup simbah jer asid kat muka si dia sebab menolak cintanya dll..Gile ke apa?  Tuhan bagi kita akal tu utk berfikir dan membezakan mana baik atau buruk. Bukan ikutkan hati dan perasaan jer..Konon alasan hidup ini tak bermakna tanpa si dia. Atau si dia adalah cinta sejati maka kalau si dia dah tak cintakan dirinya tak guna teruskan kehidupan lagi.Atau si dia jela yang sayangkan dirinya lebih dari orang lain. Kalau tak berkahwin dengan si dia, takkan ada sesiapa pon yang akan berkahwin dengannya. Apa ni? Macam orang tak beriman jer??? Nauzubillahi min zaliq...

Astagfirullahalzim....Rasanya banyak lagi contoh yang kita semua tahu dan dah terjadik pon dalam masyarakat kita ni. Bukti pon dah cukup. Emmm...please la....saudara-saudaraku sekalian.....Fikirla masak-masak sebelum nak buat keputusan. Kita gunakan akal kita ni pada tempat yang sepatutnye....Rugi rasanya kehilangan remaja kita sebagai pewaris bangsa yang akan mewarisi dan memimpin kita semua hanya dengan cinta gila ni.

Kalau dah tak ada jodoh, redha je lah. Fikir positif jer. Pasti ada hikmah di balik semua ni. Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya jika kita tak sanggup menghadapinya. Manalah tahu, jika jodoh kita bukan dengan si dia, Tuhan akan pertemukan kita dengan seseorang yang lebih baik dan sempurna daripada si dia. Yang lebih menghargai, menyayangi dan sanggup susah senang bersama. Yang lebih beriman, berilmu dan sanggup meminpin kita ke jalan-Nya. Kalau si dia bukan jodoh kita, lepaskanlah si dia pergi. Doakanlah dia berbahagia dengan pilihannya. Kita perlu tekad, redha dan tabah kerana cintakan manusia tidak akan kekal lama berbanding mencintai-Nya. Dia akan sentiasa bersama-sama orang yang beriman. Hanya cinta kepada ALLAH dan RASUL sahaja yang kekal untuk selamanya...

Insya-ALLAH.

Monday, October 25, 2010

KISAH PENJUAL TEMPE...


Ada sebuah kampung di pedalaman, di situ tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, ahawa bagi Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya hanya duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Yang Maha Esa sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah.

Saturday, October 23, 2010

Kisah Monyet Dan Angin

Tersebutlah kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.



mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.



kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.



akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.



tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...



ehh..nanti dulu...hehe..tau tak apa pengajaran yang ingin disampaikan dalam cite ni? ini bukan sekadar cerite tapi mempunyai makna tersirat.



sebenarnya kisah di atas ini mempunyai kaitan yang sgt2 rapat dengan kita sebagai manusia. hidup kita penuh ujian bukan? haa..jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita. stuju dengan saya?



kita selalu akan kembali kepada fitrah, iaitu kembali pada Allah bila kita menghadapi kesusahan bukan? tapi berapa ramai antara kita yang mengingati Allah ketika kita dalam keadaan senang lenang? tak ramai...tak ramai. bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita. malah lebih sayang pada kita. kerana Dia sentiasa menunggu2 hambaNya meminta2, merayu2 pada Dia.



semakin banyak ujian/mehnah yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.



Firman Allah:Sesungguhnya, orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu." (Al-Fussilat 41:30)

Ungu - Dilema Cinta (Super HQ Audio/Video)

Friday, October 22, 2010

Kasih sayang tanpa syarat

...Erm..rasa syukur kupanjatkan kepada Illahi kerana telah memberi peluang aku untuk bernafas di bumi-NYA yang fana ini. Juga bertemu dan berjumpa dengan orang-orang yang begitu bermakna dalam hidup ini. Tiada satu orang pun yang kutemui dalam sehari merupakan orang yang tidak penting dalam hidup ini. Pelbagai jenis ragam manusia telah kutemui sepanjang menghirup udara di bumi-Mu Ya Allah..Yang seronoknya, mereka lah yang telah mewarnakan hidup aku dengan canda tawa ketawa duka mereka yang sangat kuhargai...

Adatlah tu jika ada orang yang sayang dan bencikan aku. Aku tak boleh memaksa mereka sayang atau pun bencikan aku. Mereka ada hak meluahkan perasaan mereka. Sama ada aku suka atau tak, aku tak boleh paksa mereka tukarkan perasaan aku... Aku amat hargai orang yang sayang atau pun bencikan aku. Sangat berterima kasih kerana mereka juga sedar akan kewujudan aku di muka bumi ini...Terasa bermakna hidup ini.

Aku rasa bersyukur dan terharu sangat jika ada orang yang sayangkan aku dengan seikhlas hati dan perasaan setulus murni. Dalam sejuta, sukar nak mencari orang seperti itu...Aku amat menghargainya kerana tak pasti lagi kita akan berjumpa dengan orang sepertinya pada masa akan datang..Kalau jumpa pun mungkin ada perbezaannya kerana tiap manusia tu berbeza-beza....


Begitu juga dengan seseorang yang membenciku pun aku amat berterima kasih padanya kerana aku merasakan kelebihanku banyak hingga mereka mencemburuiku... Malah rasa bersyukur pada-Nya....Tak guna berdendam dan membalas perbuatan buruk kerana makin hilang keberkatan silaturrahim

Malah, aku semakin menghargai hidup ini... 

Thursday, October 21, 2010

Kepulangan yang dinanti

Dia sudah kembali semula...Secara tiba-tiba. Dulu dia pergi tanpa bicara dan pulang tanpa dipinta. Menjadikan suasana yang dulu suram semakin bermakna. Tapi kenapa dia seperti sudah berubah? Adakah dia sudah ketemu sesuatu yang berharga di sana berbanding di sini....

Persoalan ni macam dalam lagu la pulak.....Persoalan ini makin mengganggu benak fikiranku. Tak mengapa, banyak lagi rahsia yang belum terungkap dan perlu diluahkan....Esok pasti muncul lagi. Tak bermakna tanpa dia hidup ini akan berakhir...Makin terasa kebahagiaannya hehehe

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Salam. Wah! hari ini adalah tarikh yang bersejarah sangat kepada semua orang.. Jarang boleh jumpa tarikh macam hari ini, 10.10.10. Seumur hidup cuma sekali jer. Maklum la, bila dah jarang jumpa tarikh spesel macam arini, sume orang nak wat spesel atau bende yang bersejarah dlm hidup mereka....tarikh perkahwinan, declaration, vacation, publication etc.

Aku pulak?... nak menghabiskan hari yang bersejarah ni dengan siapkan carrymark student je la...tengah berusaha menyiapkan sebelum due date tamat...... chaiyok3

Thursday, September 30, 2010

Sunday, September 26, 2010

fitness test.......

Salam kembali..
Pagi Sabtu 25 Okt yang tenang telah ditetapkan oleh Presiden unit KO-Q, En. Syariman bahawa adanya ujian Fitness Test di Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk semua student yang mengambil kursus KO-Q. Tak kira la Taekwondo, Kesatria, Silat Olahraga atau Silat Lintau. Semua student wajib ambil sebab markah ni akan cover markah mereka sebanyak 10% untuk lulus kursus ni. Ala, bukan susah pun..Just lari 6 pusingan  dalam masa yg ditetapkan. Standard la tu...

  Sebelum lari, warm up dulu yer.... hehehe

Macam-macam gaya spontan mereka sempat dirakamkan..hihihi

Masa awal pagi, tgk sume muka ceria jer.....Masuk tengahari, dah berubah la sikit. Muncung dah ke depan untuk sessapa yang belum settle lagi. Mereka telah dibahagikan kepada 24 kumpulan kalau tak silap. (Maaf ye en. Man kalau tersilap kira hehe) Dengan dibantu oleh pelajar-pelajar DPS sem 5 & 6, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Pukul 9.30 pagi terus ke opis. ada meeting Vetting. Abis je vetting, balik semula ke Stadium tengok student2 yang tak settle lagi dalam kol 12.30 pm. Lepak gak lari-lari ni. Nasib baik ada baby boy (Iswara kesayanganku hehehe) xla penat sangat.

Tamat jer dalam pukul 1.30 pm, terus kami ke Dewan Kejora untuk menjamu selera atas undangan open house anjuran Dato Azalina, org kuat Pengerang....Sampai sana, kedengaran suara Ifa Raziah (bak kata Sri, dia memang familiar dengan suara artis ni) tak tau la pulak kalau dia jadik MC atau Penyanyi Undangan. Apa pun, kebanyakan makanan yg best-best dah habis. Yang tinggal hanyalah Ubi Rebus dan Nasi Beriyani.

Alhamdulillah, dapat gak menjamah dan kenyang perut balik la ke rumah. TQ Datok Azalina, next year boleh wat lagi hehehe

Friday, September 24, 2010

harapkan pagar, pagar makan padi....

Terkejut beruk tengok berita kat tv3 mlm td. Siaran Buletin Utama kol 8.oo pm. Seorang guru agama ditahan kerana merogol seorang remaja. Mak aii...Patutnye dia yang jaga maruah remaja perempuan tu. Tapi dia plak yang menghancurkan masa depan gadis tu. Kejam betul. Kasihan kat remaja tu. Kisahnye, remaja tu nak singgah gi rumah sedara dia. Tapi bila sampai, sama ada sedara dia xde kat umah atau pi mana tah. Terserempak plak dengan guru agama ni yang baru balik dr mana tah. Cikgu tu siap umpan dia RM 10 lagi (maybe nak bagi duit raya kot) ajak masuk bilik. Dah sampai bilik, apa lagi? Huhuhuhuh...tak sampai ati nak citer....Cian remaja perempuan tu..

Rupe-rupenye guru yang mengajar agama tu dah ada 4 org isteri.(kalau x silap diberitahu dlm berita td). Anak plak ada 11. Mak aiii.... dah ada ramai isteri pun, tapi kenapa la nak jugak jadikan remaja tu sebagai mangsa hawa nafsu dia. Apo la nak jadik manusia zaman sekarang ni? Dah tak pikir dosa pahala. Yang halal dah ada, yang haram jugak la yg dia nak. Ceh. Memang patut pon dia kena tangkap. Bila dah masuk tv,  siap sengeh2 lagi tu. Tak ingat plak kat nasib isteri2 dia yang ditinggalkan tu? Anak-anak lagi? Tak paham betul la. Memang tak berpikir ke sebelum buat tu? Akhirnye, perbuatan tu memang akan memberi kesan kepada famili dia dan dia sendiri..... Siapa yang nak bagi nafkah kat anak isteri masa ditahan. Confirm la makan masa bulan2...kadang2 bertahun....Silap-silap dah kuar penjara sok dah tua, anak cucu dah tak kenal pon.. Tak dapat merasa hidup bebas disebabkan perbuatan dia yang hanya beberapa minit tu jer.

Untuk yang lain, pikir la dulu baik buruk dan kesan sesuatu perbuatan dan tindakan yang kita nak wat. Kadang-kadang ia memang akan memberi kesan kepada orang-orang yang tak bersalah....Ni bukan nak memalukan sesapa, tapi jadikan la pengajaran utk semua... Rasanya, bende ni pun dah banyak berlaku dah. Bukan kat cikgu tu jer, tapi yang tak dilaporkan kat tv?Mak uiii....tak terkira...Think again and again!

Wednesday, September 22, 2010

KEJAM! ZALIM! ZIONIS!

Sejak 4 minggu lepas, satu kes pembunuhan antara yang terkejam dan terheboh diperkatakan adalah kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 rakannya. Pergh...memang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan sesiapa yg jadik mastermind pembunuhan mereka tu.. Hanya disebabkan sikap tamak haloba, wang dan kuasa, akhirnye tak ke mana pun. Wang tak dapat, pangkat apatah lagi. Makin dapat malu ada la. Bukan satu Malaysia jer yg tahu kes ni. Satu dunia heboh. Glemer betoi depa. Stop kejap org citer pasal artis terkenal Siti Nurhaliza.

                               Gambar ikhsan Google
                                                        
Entah apa la yang dimahukannya lagi. Tak cukup ker harta dunia yang diperolehinya selama ini? Tu la manusia...tak pernahnyer puas dengan apa yang dimilikinya...Asyik nak tambah jer....Tapi kalau dengan cara yang betul apa salahnyer...Kalau dengan cara main kotor mcm bunuh, tikam, bakar sampai jadik abu apa kes plak?.Ish3...jadikanla pengajaran untuk semua yer...Janganla disebabkan tak dapat sesuatu terus ikut hawa nafsu. Tak suke seseorang je terus bunuh dan bakar untuk hilangkan bukti.... Jangan risau ler, setiap perbuatan baik dan buruk pasti ada balasannya....Fikir-fikirkan la dan selamat beramal!

Friday, September 3, 2010

biskut malatop punye pasal

Sesi mencari kuih raya petang tadi bermula. Balik kerja terus ke bazar dan bersama k. Azleen terus ke A.Tawar 5 seterusnya ke Papan Timur. Niat di hati memang nak beli beberapa jenis biskut kat sana. Maklmulah, tahun lepas dan sebelumnya kuih raya kat kedai tu best-best. Dan kalau tahun sebelumnya memang aku pergi beramai-ramai dengan Mala, Ifa dan lain-lain. Kami order sahaja. Tapi mungkin disebabkan tahun ini tinggal akau sendiri, maka geng-geng beli kuih raya sume dah pencen. Tapi, sebaik sampai,tak seperti kebiasaannya, biskut-biskut raya yang glemer kat kedai tu sume dah abis.Adoiiiiyai, menyesal rasanya x pergi awal-awal BOOKING... Ingatkan masih banyak lagi sebab tahun-tahun lepas pergi memang tak banyak yang habis. Tiba-tiba je arini pergi dah sold out.

Eee ruginye tak dapat beli biskut MALATOOP tuu awal-awal..huhuhu....Bila bagitau kakak aku kat kampung, melenting sakan dia. Maklumlah, dia anak beranak pun minat giler biskut ni. Siap order kat aku dua balang. Tahun lepas lagi, sewaktu bulan ramadhan lagi, sebelum bermula hari raya, biskut yang dia order dengan aku dah abis dimakan mereka anak beranak. Tapi dia pun order last minit, takleh la salahkan aku gak..adoiiyaii

Last-last beli jerla apa-apa kuih yang aku capai jer. Asalkan nampak sedap jer, ambik jelah,. Dah tak ada mood nak pilih-pilih. Maklumla, orang lain semua dah pilih siap-siap biskut raya yang sedap-sedap..Ada la koye kacang atau putu kacang, biskut kelapa, cakar ayam untuk bak, asam untuk mak, dan baulu gulung untuk diri sendiri hehehe...Tobat aku lepas ni nak jadik antara orang terawal order kuih raya untuk tahun depan.

Tuesday, August 31, 2010

Bazar Ramadhan dan Syawal

Salam Merdeka untuk warga Malaysia. Hari ni dapat cuti sempena kemerdekaan dan plan kuar ke Kota Tinggi dengan K.Azleen naik Alza dia untuk kali yang ke berapa pun dah tak ingat. Maklumlah, dah selalu gak naik baby boy K.Leen tu jalan-jalan sampai JB. Memang best. Sengaja jalan-jalan ke KT sebab dia nak belikan baju-baju untuk family dia sebelum pulang beraya di Kelantan. Plaza Kota memang sesak betul..Mak aii, ramainyer umat manusia...

Selepas tu, kami pergi Bazar Syawal, juga tak jauh dari sana. Satu lagi masalah ialah bila nak parking kete. Memang bersesak-sesak kereta diletakkan kat sana dan dah macam dalam tin sardin kat situ. Memang crowded sangat dengan crowd yang ramai. Macam-macam persiapan raya ada dijual, dari sekecil-kecil kedai bunga api, aksesori raya, beg raya, kasut raya, kerepek dan kuih raya, langsir raya, dan yang paling banyak tentulah kedai baju raya yang bersepah-sepah. Macam-macam fesyen dan koleksi yang dipublish seperti  melambai-lambai minta dibawa pulang. Rambang mata dibuatnye. Mujurlah 2 bulan lepas dah beli baju raya dengan best fren aku, Norlaila. Kalau tak, pening gak nak memilih. Hari ini, just beli yang perlu jer.

  Gambar sekadar hiasan ikhsan Google.
                                                    
Lepas puas shopping, tak sedar masa dah pukul 6.30, terus kitorang gi Bazar Ramadhan berdekatan dengan KipMart Kota Tinggi untuk beli juadah buka puasa. Mmm..tak banyak la makanan yang tinggal sebab telah pun dihabiskan oleh orang yang datang awal. Walaupun macam tu, ramai lagi orang yang baru berkunjung saing kami. At last dapat jugak carik Nasi Himpit, Kepak Ayam Madu, Bergedil, dan kuih untuk berbuka dan bersahur nanti.

Memang best tapi lepak gak! hehehehe. Sampai rumah dah pukul 8.00!

Puasa ke?

Hari ini ada satu peristiwa yang boleh membuatkan aku tergelak sorang-sorang bila terkenangkan. Maklumla, kes ni jarang-jarang berlaku di depan mata. Biasanya di dada-dada akhbar jer. Masa sedang tulis ni pun aku tengah tersenyum sendirian..

Petang tadi, seperti kebiasaan, aku, k. Azleen, Yati berserta k. Nor berkunjung la ke Bazar Ramadan kat BP balik keje dalam pukul 4.30 pm. Usai sudah berbelanja, aku terus la pergi kat kereta. Tetiba ada satu bau yang memang aku familiar sangat-sangat. Tertanya-tanya jugak la kat diri sendiri bukan ker bau tu biasanya hanya bole dihidu pada waktu siang selain daripada bulan Ramadhan. Tapi, kenapa sekarang pun boleh dihidu? So, apa lagi, aku pun tercari-cari la dari arah manakah bau tersebut datang. Nak dijadikan cerita, kereta yang aku parking petang tu terletak di tengah-tengah di antara sebuah van buruk dan kereta proton saga kot. So, aku pon jengukkan kepala ke arah belakang van dan kereta tersebut.

Maka, persoalan aku yang tadi pun dah terjawab. Di sebalik van yang buruk tu, ada seorang mamat yang ensem, muda, gagah setia, dan bertenaga sedang mencangkung sambil memegang sesuatu sambil menghembuskan asap dari mulutnya. Semasa aku terpandangkan dia, dia pun memandang ke arahku juga. Di saat tu jugak, aku rasa kalau student aku la orang tersebut, memang aku call jer van jenazah dan bawak dia naik pusing2 satu BP. (teringat kata hasma, sorang student pagi tadi) Tapi, bila tengok betul2 dia adalah orang yang tak dikenali, aku terus berjalan ke kereta semula. Dalam hati macam nak tergelak besor, tapi bila pikir balik, rasa marah, geram campur sedih pun ada. Maklumlah, kaun hawa yang diberi cuti free pun x sampai hati nak wat macam tu kat public. Kaum Adam yang kuat dan tegap tu pulak yang rela buat perbuatan tu kat tempat awam. Dia ingat kalau dia menyorok kat belakang tu, xde saper nampak. Tapi, dia lupa kot. Allah kan Maha Melihat. Dia nak suruh aku tengok sendiri peristiwa tu hehehe..Xpelah, baik sangka jer dengan mamat tu..Mungkin dia ada sakit yang kritikal sampai dia tak leh pose kot..Tapi, yang tak syoknyer, dia wat kat tempat awam....

Kesimpulannya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri!!!

Sunday, August 29, 2010

Barakah..

 Gambar ihsan Google

Alhamdulillah. Hari ini rasanya murah rezeki aku dengan makanan. Semalam dapat berita gembira dr boss. Arini rezeki bertambah lagi...Syukur YA-ALLAH kupanjatkan rasa syukur untuk-MU. Petang tadi, masa nak gi Bazar Ramadhan Bandar Penawar terserempak la dengan 2 orang student nak gi kafe beli makanan untuk berbuka. Tetiba jer tergerak hati nak ajak diorang sekali gi bazar tu. Maklumlah kalau gi sorang-sorang rasa macam bosan plak. Sajer jer nak carik mangsa untuk jadik penumpang arini hehehe... Kalau selalu tu balik keje terus singgah bazar. Tapi arini Ahad. Nak tak nak, terpaksala kuar gak carik sesuatu untuk dijamu selera.

Mak aii ramai giler orang petang-petang macam tu. Tengok jam dah nak dekat 6.00 petang, patut la. Biasanya masa pulang keje pukul 4.30 kami terus je direct ke sana. Banyak lagi makanan. Tapi, arini mungkin dah petang sangat pergi sana, so bekas makanan jualan makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu pun dah kosong. Aduiyai,,menyesal pergi petang sangat..Apapun, dapat la jugak sebungkus nasi Ambeng, kuih sejenis dan lauk daging kari. Jadilah.

Balik jer dari bazar tu, sampai hostel sorang student tu bagi sebungkus kuih kat aku. Alamak! segan pulak nak terima tapi student tu macam beriya-iya nak bagi aku sebagai tanda terima kasih aku ajak diorang gi bazar sama-sama.. So, nak tak nak terima jugalah. Rezeki tu. Lepas tu, aku pun terus la naik hostel. Baru jer nak naik tangga tingkat aras 2, ada seorang pak cik Guard panggil aku. Rupa-rupenya dia nak bagi sebungkus bubur lambuk. Oh! alhamdulillah. Dah lama nak makan tapi tak sempat nak beli. Rezeki lagi.

Mungkin keberkatan yang ALLAH nak tunjuk dalam bulan Ramadhan. Syukur. Kalau niat kita baik, pasti akan dapat balasan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Memang Allah bayar cash!

Saturday, August 28, 2010

Seputeh Rezeki Ramadan

Alhamdulillah.Murah sungguh rezeki pada bulan Ramadhan ni.Hari Jumaat lepas dapat jemputan majlis berbuka puasa daripada PRS. Semalam pulak ada dapat dua jemputan; satu daripada student DPS (sport science), manakala satu lg daripada student PERSISPA (business and accounting association). Ermm, kena la buat pilihan mana satu nak pergi. Kedua-dua jemputan memang student aku.. Terpaksa la gunakan kos lepas di sini dalam membuat keputusan. At last, as an advisor to PERSISPA, i need to support them. Rezeki jangan ditolak hehe.Sorry ye student DPS. Next time insya-ALLAH i tak akan tolak jemputan u all. 

Hari ni lagi best. Semua staff dijemput untuk berbuka di Lotus Desary Beach Resort malam ni. Mmm nyum nyum nyum.. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. hehehe..Seperti tahun-tahun yang lepas, bos kami En. Shahrul dan Pn. Hariza sudi berbuka bersama kami. tengkiu bos. hehe..ok la..jap g nak kena gerak. Kena la siap awal2 mana tau dapat no bertuah untuk orang yang datang awal. hehehe

Salam.

Sunday, August 22, 2010

students oh students...

Salam. 3 minggu ni kebelakangan ni memang sungguh sibuk. Terasa macam terkejar-kejar ke sana sini. Mana nak prepare utk class, PENASIHAT utk persatuan student2, consultation hour utk student2, replacement class utk raya, event LPPKP dan KI utk UiTM dan masalah student yang x pernah abis setiap hari. Ada-ada saje karenah student yang menambah rencah resepi hidup perjalanan lecturer diorg ni. Ada yang mendengar kata dan ada jugak yg suke buat kepala sendiri...

Teringat balik perjalanan masa study dulu. Tak berani melawan kata lecturer. Tak pernah pun pijak kepala lecturer; hitam kata mereka maka hitamlah, putih kata mereka, maka putihla. Lecturer kami xdela garang macam singa tapi kami betul-betul menghormati mereka..Kalau tak datang class pun hanya sebab betul-betul demam yg melarat dan tak larat nak bangun. Tapi, student aku ni sekarang pulak, alasan tak datang class hanyalah sebab bangun lewat..mak aii apo nak jadik. Dah naik berbuih nasihat, masih lagi ada yang tak ambil iktibar....Mmm.. mereka ni memang mencari masalah sendiri gamaknye.

Sebenarnye aku risau dengan perkembangan masalah remaja sekarang ni, especially kes buang baby yang semakin berleluasa. Kalau baby masih hidup tu bolehla diselamatkan lagi, tapi kalau sebaliknye? Mayat dan janin baby dibuang sesuka hati di mana-mana. Tong sampah, dibakar, toilet bowl, tepi semak, depan pintu umah orang, depan surau dan masjid dan lain-lain lagi. Habit ni dah jadik macam biasa jer. Mungkin satu hari nanti ada yang akan buang baby dari tingkap kereta je kot, macam buang sampah dari kereta.

Macam-macam govt. dh cuba cara utk reduce this case. Tapi, selagi kesedaran dari diri mereka sendiri pun tak kunjung tiba, sampai bila-bila pun memang kes ni memang x dapat diselesaikan. Maklumla, masa nak buat tu, cuma pikir seronok jer, tp kesannya? Tak pernah pikir kesan ke atas family. Mana la mereka nak sorok muka mereka? Moga usaha ni berjaya dan berkurangla masalah sosial yang dah makin serabut ni. Cara yang terbaru; DNA baby yang dibuang tu akan diambil untuk diketahui sape yang bertanggungjawab sampai baby tu lahir ke dunia dan dibawa ke muka pengadilan. Sama ada disabitkan kesalahan membunuh atau cubaan membunuh. Seksyen 302. Semoga usaha ni boleh membantu dan membuatkan mereka berfikir 500 kali sebelum mengikut kata nafsu.

Monday, August 2, 2010

konvokesyen day 1 OGOS 2010

1 OGOS 2010. Hari Konvokesyen INSTEDT yang ke-4 di PERSADA Johor. Kami diberi penghormatan menjadi wakil senior lecturer. Diam x diam dah nak masuk 3 tahun menjadi pendidik. Banyak suka duka yg dilalui bersama-sama teman yang lain..Boleh dikatakan ramai yang dah keluar masuk, cuma tinggal aku dan beberapa teman masih dengan cita-cita membantu anak bangsa..

Bangga rasanya pelajar yang diasuh dan ditunjuk ajar kini menjadi orang yang berguna dan menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan. Masing-masing dah berjaya. Semua tu adalah hasil usaha dan kerajinan yang ditunjukkan serta doa dan dorongan daripada kedua orang tua dan keluarga. Hargailah mereka sementara masih ada.

Wednesday, July 28, 2010

KEHILANGAN...

Kadang-kadang perpisahan dengan seseorang dalam hidup ini boleh membuatkan kita hilang arah.Hidup ini rasa macam tak bermakna tanpa si dia. Masa seakan terhenti. Detik waktu yang berlalu seakan tak bererti lagi. Semua rutin harian dah tak dipedulikan lagi. Tiada lagi seseorang yang akan mengambil tahu tentang sakit pening kita, dah makan ke belum, bertanya khabar, meluangkan masa bersama-sama dan lain-lain lagi.



Jika kita berpisah dengan si dia, tetapi si dia masih terus bernafas,kita masih lagi boleh melihatnya dari jauh. Sekurang-kurangnya dapat melihat paras rupa dan kelibatnya walau dari jauh. Tetapi, jika perpisahan dengan si dia adalah untuk selama-lamanya dan membuatkan kita tak akan berjumpa lagi dengannya, tengok dari jauh pun dah tak boleh, bagaimana pula? Dalam kata lain, si dia dah tak wujud lagi dalam dunia yang fana ini. Mmmmmm



Apa perasaan kita jika seseorang yang selalu menasihatkan kita tentang kelakuan kita, menjaga kita waktu sakit pening, bersama-sama di sisi di kala susah dan senang, tak pernah pun kita hargai? Malah, kita marahkan dia semula, tengking dia, tinggalkan dia di kala dia kesusahan, dan tak pernah nak kenang budi dia. Kita buat semua tu semata-mata kerana ego diri kita yang tinggi. Tak pernah nak mengalah, malah kita merasakan apa yang kita buat tu semua betul. Orang lain semua salah. Kita ni tak perlu nak dinasihatkan orang lain. Kita boleh menjaga diri sendiri.



Tetapi, kadang-kadang kita ni terlupa. Kita hanyalah manusia biasa. Manusia yang lemah. Tak sempurna. Banyak kekurangan. Manusia yang tak pernah terlepas dari kesilapan. Manusia yang penuh dengan hawa nafsu. Jika keimanan kita lemah, ditambah dengan godaan syaitan sedikit sahaja, mudahlah kita terjerumus ke arah yang tidak diredhai Allah. Kadang-kadang, kita perlukan orang lain untuk memberikan kita petunjuk atau membantu kita dalam meneruskan perjalanan hidup ini.



Jika tiba-tiba, orang yang selama ini kita abaikan, lupakan, marahkan, tengking dan lawan nasihatnya untuk kebaikan kita pergi untuk selama-lamanya, bagaimana kehidupan kita nanti? Mungkin disebabkan kemalangan, atau masalah kesihatan yang dirahsiakan semata-mata tak mahu dirisaukan, atau si dia pergi tak akan kembali untuk selama-lamanya menghadap Tuhan. Tuhan mengambil semula si dia kerana kita tak pernah nak menghargainya walau sedikit pun. Sempatkah kita minta maaf atas segala kekasaran, melukakan hatinya dan tak pernah menghargainya? Tak pernah sekali pun ucapkan kata-kata sayang dan meminta maaf?



Di saat-saat itu, barulah kita sedar betapa kebodohan, keegoan, dan kepentingan diri sendiri dah tak berguna lagi. Semua tu akan menjadi penyesalan dalam hidup ini untuk selama-lamanya. Memakan diri sendiri akhirnya. Kita menangis pun dah tak berguna lagi. Si dia dah tiada di depan mata, apatah lagi di dunia ini. Nak minta maaf pun dah tak berguna. Si dia pun takkan dapat bersuara. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan mendoakan kesejahteraannya di sana di samping menghadiahkan AL-FATIHAH serta bacaan YAASIN untuknya...



Maka, hargailah si dia yang berada di sisi kita. Jangan biarkan perkara yang sama berulang lagi. Sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain setiap hari. Buang rasa ego yang ada di dalam setiap salur darah kita. Kalau bukan hari ini, bila lagi kita nak berubah? Fikir-fikirkan......

Thursday, June 17, 2010

MINGGU PEMANTAPAN

Seminggu MSR, dah masuk Minggu Pemantapan...so tired...a lot of activities was planned by the lecturers for the new students...anyway,mmg penat gak la....petang td, mereka ada Program Khidmat Masyarakat, sok pulak Merentas Desa....hehehe..tp ada sesuatu yg memang dah ternampak dah...mereka dah start mesra satu sama lain....kenal mengenal sesama sendiri....alhamdulillah

Saturday, May 1, 2010

kerja,,,kerja ...kerja

Kalau nak cakap pasal kerja, memangnyer tak pernah akan habis sampai bila2...bila tengok cara kerja sang semut,teruja sangat2 ...sebab sang semut tak pernah berehat walau seminit pun....tak pernah tengok semut g bercuti ker,shopiing ker, huhuhuhu..

Apa pun yang terjadi, berjalan la tanpa henti....

Saturday, January 23, 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...