Wednesday, November 3, 2010

Cinta Gila

Cinta.

Bila bercakap tentang cinta semua orang memberikan maksud dan falsafah yang berbeza-beza. Sangat banyak definisi cinta ni...Ada yang berpendapat cinta tu indah, mengasyikkan, menyeronokkan, dan kadang-kadang cinta jugak boleh jadikan dunia ini macam dia punye sorang jer....Tapi, tak lupa juga ada yg bagitau cinta ini kadang-kadang menyesakkan jiwa, cinta itu perlukan pengorbanan, cinta itu menyakitkan, cinta ini membunuhku, cinta itu umpama sambal belacan, walaupun pedas, masam dan masin, tapi ia juga sedap dimakan..

Ada gak orang kata cinta itu buta. Tapi, pada aku, cinta itu tak buta pun. Cuma manusia jer yang buta sebenarnyer kerana mereka tak tahu dan salah menilai. Cinta tu adalah anugerah ILLAHI pada kita semua. Sangat-sangat berharga. Hanya manusia yang tahu menghargai jer TUHAN berikan dia perasaan tu. Kenapa aku katakan manusia tu yang buta?

Yola, coba pikir la kan....kerana cinta, manusia ni sanggup buang keluarga buang saudara. Mak bapak yang membela dan menjaga sejak saiz tapak tangan pon tak diendahkan lagi. Kasihan si ibu, penat menjaga si gadis hingga remaja tetibe disambar sang helang yang entah dari mana munculnye. Kerana cinta juga, manusia sanggup ikut kata hati dan naluri. Nasihat orang lain semua tak nak dengar. Pujuk rayu kekasihnye jela yang sanggup didengari. Orang kata buruk dan busuk semuanya pada dia wangi sahaja....

Tu yang biasa kita dengar anak gadis remaja kita yang masih bawah umur yang sepatutnye pergi ke sekolah untuk menimba ilmu sanggup dibawa lari oleh kekasihnye dan kahwin lari di Lombok. Alasannya si lelaki tu sanggup sehidup semati bersama. Lautan api sanggup direnangi konon. Lepas tu menetap di sana dengan keluarga si lelaki yang mana tiada kemudahan asas langsung berbanding di negara kita ni. Bayangkanla, kalau nak makan terpaksa bercucuk tanam dan berkebun sendiri, tiada air paip dan bekalan elektrik, pendek kata serba serbi tiada. Dah sampai sana, barulah menyesal nak balik semula ke Malaysia. Bukan la nak menghina atau mengutuk, tapi itu adalah hakikat sebuah cinta.


Kadang-kadang pula, hanya disebabkan putus cinta, ditinggalkan kekasih atau cinta tak berbalas, ada manusia sanggup bunuh diri dengan macam2 cara...  Gantung diri, terjun bangunan, bakar diri, kelar tangan sendiri dan ada lelaki yang sanggup simbah jer asid kat muka si dia sebab menolak cintanya dll..Gile ke apa?  Tuhan bagi kita akal tu utk berfikir dan membezakan mana baik atau buruk. Bukan ikutkan hati dan perasaan jer..Konon alasan hidup ini tak bermakna tanpa si dia. Atau si dia adalah cinta sejati maka kalau si dia dah tak cintakan dirinya tak guna teruskan kehidupan lagi.Atau si dia jela yang sayangkan dirinya lebih dari orang lain. Kalau tak berkahwin dengan si dia, takkan ada sesiapa pon yang akan berkahwin dengannya. Apa ni? Macam orang tak beriman jer??? Nauzubillahi min zaliq...

Astagfirullahalzim....Rasanya banyak lagi contoh yang kita semua tahu dan dah terjadik pon dalam masyarakat kita ni. Bukti pon dah cukup. Emmm...please la....saudara-saudaraku sekalian.....Fikirla masak-masak sebelum nak buat keputusan. Kita gunakan akal kita ni pada tempat yang sepatutnye....Rugi rasanya kehilangan remaja kita sebagai pewaris bangsa yang akan mewarisi dan memimpin kita semua hanya dengan cinta gila ni.

Kalau dah tak ada jodoh, redha je lah. Fikir positif jer. Pasti ada hikmah di balik semua ni. Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya jika kita tak sanggup menghadapinya. Manalah tahu, jika jodoh kita bukan dengan si dia, Tuhan akan pertemukan kita dengan seseorang yang lebih baik dan sempurna daripada si dia. Yang lebih menghargai, menyayangi dan sanggup susah senang bersama. Yang lebih beriman, berilmu dan sanggup meminpin kita ke jalan-Nya. Kalau si dia bukan jodoh kita, lepaskanlah si dia pergi. Doakanlah dia berbahagia dengan pilihannya. Kita perlu tekad, redha dan tabah kerana cintakan manusia tidak akan kekal lama berbanding mencintai-Nya. Dia akan sentiasa bersama-sama orang yang beriman. Hanya cinta kepada ALLAH dan RASUL sahaja yang kekal untuk selamanya...

Insya-ALLAH.

2 comments:

FaizalSulaiman said...

cinta banyak versi..nice post kak su!

cik_sue said...

tu la pasal...post topic ni mmg interesting...ssampai bila2 pon citer mesti xkan abis2 punyer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...