Monday, November 15, 2010

Sooooo tired

Salam

Minggu ni adalah minggu-minggu yang memenatkan sebenarnye.....tak sempat nak update blog..Setiap malam ada saje perkara yg membuatkan tidurku tak lena. Bayangkan jer la kesibukan di pejabat membuatkan aku penat dan lepak. Especially minggu-minggu peperiksaan akhir ni kami kena la menjaga dewan peperiksaan untuk pelajar2.  Tanggungjawab Pengawas dan Ketua Pengawas Peperiksaan.

Tapi, dalam pada itu juga, kitorang terpaksa menghabiskan marking paper . Kalau student seramai 20-30 orang takpela..Tapi, kalau sampai beratus-ratus tu tak ke haru dibuatnye? Baru satu paper. Kalau dua tiga paper macam tu?Adui lepaknyer...

Mujur la semester ni aku mengajar hanya 3 subjek:
1st subject - Management Accounting utk student part 5 (20 orang)
2nd subjek - Financial Accounting 2 (killer paper) utk student part 3 (24 orang)

3rd subject - Introduction to Accounting utk student part 1 (160 orang)

Untuk dua subjek yang sikit jumlahnye tu aku tak kisahla nak marking, tapi bila nak start marking paper yg berjumlah ratusan tu....penat menunggu bila la nak habis..memakan masa seminggu gak. Maklumla, bila dah ramai, jawapan yg diberi pun pelbagai la berbanding dalam skema aku tu.

Pelik betul la, kadang2 format yg diberi lain, lain pulak format yg wujud dalam kertas jawapan mereka. Tak tau la depa terlupe atau buat2 lupe atau study last minit sampai format subjek lain pon depa buleh masukkan dalam subjek aku ni. Kelakar pon ada. Maklumla, bila study last minit, sume dah bercampur dalam otak Sukar nak asingkan2...Mmmm....tengok jela resultnye nanti yer student2. Betapa terkejut atau tak je la nanti u all dapat resultnye....

So, bila siang dah lepak macam tu, malam pulak aku sentiasa on call. Eh, bukan la macam doktor tu pun kerje aku. Just as a warden je. So, malam2 hingga awal pagi bila ada student sakit ke, tak sihat, pengsan, gaduh dgn kawan serumah, masalah peribadi n memerlukan rawatan kaunseling di hostel, maka aku perlula datang ke tempat kejadian untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.  Kerja ni tak tentu pun.

Bukan la setiap hari macam tu. Ada masa-masanya jugak. Tapi, yang aku pelik sangat tu, bila takde kes, seminggu dua xde problem. Tapi, bila dalam sehari ada kes pelajar sakit, maka berderetla kes mereka sepanjang minggu. Tapi dengan pelajar yang berlainan la, bukan dengan org yang sama. Perkara ni masih menjadi musykil kepada aku hingga kini. Agak2 diorang dah plan awal-awal kot? Suratan atau kebetulan?





Tapi sebenarnye, jadik warden ni adalah perkara yang mematangkan aku. Kita dapat lihat setiap yang berlaku adalah satu pengajaran dan ilmu baru kepada aku, bagaimana kita nak mengatasi sesuatu permasalahan dengan tenang dan bertanggungjawab. Selain itu, aku dapat rasakan setiap dari kita ni adalah manusia yang berbeza watak serta perangai dan datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Maka, bila tiada persamaan dan wujudnye perbezaan, akan ada pelbagai masalah yang akan muncul kemudian hari. Maka, di sinilah aku akan memulakan peranan untuk mengatasi masalah tersebut dengan masuk dalam kehidupan mereka dan menganggap diriku sebahagian dr mereka.

Kadang-kadang aku rasa, aku ni memang layak la jadik cikgu kaunseling. Tak sia-sia masa sekolah menengah dulu cikgu aku lantik aku jadik PRS di SMTDJB masa FORM 2-3. Tq yer cikgu. Hehehehe. Tapi masa further study dulu terlupe plak nak ambik course ni. Ntah macammana pulak boleh ambik course lain ek

Maka, bila terjadinyer kes-kes seperti di atas, ku rasakan perjalanan hidup aku ni memang interesting. Sebab bukan semua orang berpeluang untuk dapat pengalaman yang sangat mahal macam aku ni. Syukur kepada ALLAH S.W.T. sebab bg aku peluang ni untuk membantu orang lain dengan kelebihan yang aku ada. Maka, tu la antara sebab kenapa kadang2 tak sempat nak update blog ni. hehehehe

6 comments:

Mohd Khuzarul Haziq said...

best la perjalanan hidOp Miss Suhana...penat mengharungi kehidupan tpi still lgi steadyyyy... cOs setiap pengalaman yg kite lalui akan mengajar kite erti kehidupan di mse depannnn..... Kesimpulan yg sye dpt dri cite nii, jgn la kite mudah mengeluh dengan apa yg terjadi pde dri kiteeeee....>360164<

FaizalSulaiman said...

woh cik sue.sangat tabah dan gigih!!

cik_sue said...

mohd khuzarul haziq> setiap saat yang kita jalani dalam hidup ini amatlah berharga....so, hargailah orang2 yang berada di sekeliling anda...

cik_sue said...

amboi2 en. faizal...syukran kepada ILLAHI kerana bagi ketabahan dan kegigihan tersebut kepadaku...

MOH KEMBARA said...

Salam, wah rajin jadi warden. Cikgu dulu tak penah duduk hostel. 4 tahun belajar 4 tahun dok menyewa di luar sbb tak suka budaya tinggal di hostel. Selamat bertugas!

cik_sue said...

tq cikgu MOH KEMBARA. At least boleh isi masa lapang daripada bosan2 hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...