Wednesday, December 8, 2010

SALAM HIJRAH 1432

Salam.

Salam Tahun Baru Hijrah 1432. Semalam adalah satu permulaan hari yang baru bagi kita semua kaum Muslimin dan Muslimat. Satu permulaan pembukaan buku baru dalam transformasi perjalanan hidup kita. Dan penutupan buku lama untuk tahun-tahun yang telah jauh ditinggalkan. Semoga Tahun baru ini menjadikan semangat kita terus kuat, tekad, redha dan tabah DALAM menghadapi dan mengharungi liku-liku kehidupan ini yang penuh onak dan ranjau yang penuh duri. Semoga kita semua makin bersemangat seiring dengan pertambahan usia. Dan semoga Tahun Baru ini juga semakin mematangkan kita semua. Itu doa penulis kepada semua pembaca setia blog penulis ini.





Biasalah, seperti tahun-tahun sebelum ini, penulis bersama-sama ibu dan ahli keluarga yang lain akan bersedia duduk depan tv untuk menonton TV1. Bukan apa, rasanya, dalam banyak-banyak siaran TV kat Malaysia ni, cuma TV1 jer yang akan siarkan siaran secara langsung dari Masjid Negara untuk upacara pembacaan doa Hujung Tahun 1431H sebelum masuk waktu Maghrib dan pembacaan doa Awal Tahun 1432H selepas waktu Magrib. Maka, kami pun bersama-sama meng'AMIN'kan doa Imam tersebut. Sayu jer hati bila terdengar bait-bait doa dan makna dalam Bahasa Melayu. Maklumlah, Bahasa Arab tu takdelah paham sangat pun huhu.. Lebih afdhal dengan bacaan YASIN sebelum dan selepas berdoa disertakan dengan bacaan YAASIN dengan memohon rahmat-NYA..

Terasa semangat tahun baru yang semakin membara ini membuatkan penulis berazam agar tahun baru ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semua perancangan yang masih belum terlaksana akan cuba dilaksanakan. Dan semoga Tahun Baru ini makin membuatkan kita semua semakin menghargai kehidupan ini dan bersedia dengan amalan-amalan yang semakin membuatkan kita mendekatkan diri kita kepada-NYA..

Salam Hijrah 1432!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...