Monday, October 25, 2010

KISAH PENJUAL TEMPE...


Ada sebuah kampung di pedalaman, di situ tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, ahawa bagi Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya hanya duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Yang Maha Esa sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah.

Saturday, October 23, 2010

Kisah Monyet Dan Angin

Tersebutlah kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.



mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.



kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.



akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.



tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...



ehh..nanti dulu...hehe..tau tak apa pengajaran yang ingin disampaikan dalam cite ni? ini bukan sekadar cerite tapi mempunyai makna tersirat.



sebenarnya kisah di atas ini mempunyai kaitan yang sgt2 rapat dengan kita sebagai manusia. hidup kita penuh ujian bukan? haa..jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita. stuju dengan saya?



kita selalu akan kembali kepada fitrah, iaitu kembali pada Allah bila kita menghadapi kesusahan bukan? tapi berapa ramai antara kita yang mengingati Allah ketika kita dalam keadaan senang lenang? tak ramai...tak ramai. bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita. malah lebih sayang pada kita. kerana Dia sentiasa menunggu2 hambaNya meminta2, merayu2 pada Dia.



semakin banyak ujian/mehnah yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.



Firman Allah:Sesungguhnya, orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu." (Al-Fussilat 41:30)

Ungu - Dilema Cinta (Super HQ Audio/Video)

Friday, October 22, 2010

Kasih sayang tanpa syarat

...Erm..rasa syukur kupanjatkan kepada Illahi kerana telah memberi peluang aku untuk bernafas di bumi-NYA yang fana ini. Juga bertemu dan berjumpa dengan orang-orang yang begitu bermakna dalam hidup ini. Tiada satu orang pun yang kutemui dalam sehari merupakan orang yang tidak penting dalam hidup ini. Pelbagai jenis ragam manusia telah kutemui sepanjang menghirup udara di bumi-Mu Ya Allah..Yang seronoknya, mereka lah yang telah mewarnakan hidup aku dengan canda tawa ketawa duka mereka yang sangat kuhargai...

Adatlah tu jika ada orang yang sayang dan bencikan aku. Aku tak boleh memaksa mereka sayang atau pun bencikan aku. Mereka ada hak meluahkan perasaan mereka. Sama ada aku suka atau tak, aku tak boleh paksa mereka tukarkan perasaan aku... Aku amat hargai orang yang sayang atau pun bencikan aku. Sangat berterima kasih kerana mereka juga sedar akan kewujudan aku di muka bumi ini...Terasa bermakna hidup ini.

Aku rasa bersyukur dan terharu sangat jika ada orang yang sayangkan aku dengan seikhlas hati dan perasaan setulus murni. Dalam sejuta, sukar nak mencari orang seperti itu...Aku amat menghargainya kerana tak pasti lagi kita akan berjumpa dengan orang sepertinya pada masa akan datang..Kalau jumpa pun mungkin ada perbezaannya kerana tiap manusia tu berbeza-beza....


Begitu juga dengan seseorang yang membenciku pun aku amat berterima kasih padanya kerana aku merasakan kelebihanku banyak hingga mereka mencemburuiku... Malah rasa bersyukur pada-Nya....Tak guna berdendam dan membalas perbuatan buruk kerana makin hilang keberkatan silaturrahim

Malah, aku semakin menghargai hidup ini... 

Thursday, October 21, 2010

Kepulangan yang dinanti

Dia sudah kembali semula...Secara tiba-tiba. Dulu dia pergi tanpa bicara dan pulang tanpa dipinta. Menjadikan suasana yang dulu suram semakin bermakna. Tapi kenapa dia seperti sudah berubah? Adakah dia sudah ketemu sesuatu yang berharga di sana berbanding di sini....

Persoalan ni macam dalam lagu la pulak.....Persoalan ini makin mengganggu benak fikiranku. Tak mengapa, banyak lagi rahsia yang belum terungkap dan perlu diluahkan....Esok pasti muncul lagi. Tak bermakna tanpa dia hidup ini akan berakhir...Makin terasa kebahagiaannya hehehe

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Salam. Wah! hari ini adalah tarikh yang bersejarah sangat kepada semua orang.. Jarang boleh jumpa tarikh macam hari ini, 10.10.10. Seumur hidup cuma sekali jer. Maklum la, bila dah jarang jumpa tarikh spesel macam arini, sume orang nak wat spesel atau bende yang bersejarah dlm hidup mereka....tarikh perkahwinan, declaration, vacation, publication etc.

Aku pulak?... nak menghabiskan hari yang bersejarah ni dengan siapkan carrymark student je la...tengah berusaha menyiapkan sebelum due date tamat...... chaiyok3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...