Monday, November 29, 2010

Dendam dalam diam....


Ngeri betol tengok berita malam tadi. Akibat dendam dan cemburu, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman yang bertubi-tubi hingga terburai perut mangsa. Masya-Allah, apa nak jadik manusia zaman sekarang ni? Peristiwa ini berlaku di Malaysia sendiri, bukan luar negara.Tu yang menakutkan ni.
Kalau tak suka dengan seseorang tu, sesuka hati dia je nak tetak, sembelih, bunuh, bakar, simbah asid, dan macam-macam lagi yang tak payah la diceritakan. Semua orang tau dah. Ingat manusia ni macam ikan ke? Sungguh berita tu menunjukkan mentaliti orang kita ni masih di takuk lama, belum merdeka pun. Kat dalam tv siap promote lagi iklan budi bahasa budaya kita, konsep 1Malaysia untuk keharmonian pelbagai kaum, tapi kalau kejadian ni masih lagi berleluasa tak berbaloila budget gomen kuar duit ratus ribu.
Tak payah tengok jauhla. Kadang-kadang dengan adik beradik pun boleh berdendam hanya disebabkan harta, pangkat dan nama. Apa lagi dengan orang luar? Dengan kawan sendiri pun boleh bergaduh sampai membawa maut walhal puncanye perkara yang sangat remeh. Pelik betul la.
Nak dijadikan cerita, ada satu cerita yang sipi-sipi macam ni. Untuk pengetahuan semua, kawasan rumah aku berdekatan dengan kawasan perindustrian di JB. So, kalau nak ke mana-mana memang perlu melalui area kilang tu. Boleh dikatakan kesemua pekerja kilang-kilang tersebut terdiri daripada warga asing seperti Nepal, Bangladesh dan Vietnam daripada operator, supervisor, technician, sampai la kepada pak guard dia (based on kaler baju mereka yg berbeza).Mereka memang ramai. Kalau berjalan, macam semut. Mungkin bahagian admin jer kot orang tempatan.
So, satu hari semasa aku sedang memandu untuk menghantar emak  bertugas dengan ditemani anak sedara, kami ternampakla ada beberapa pekerja asing (Nepal or Vietnam) sedang berbalah sambil memegang botol (tak pasti halal or haram) sedang ditenangkan oleh beberapa anggota Polis di simpang jalan. Mujur awal pagi lagi, kenderaan  tak banyak lagi, kalau tak, free show jer diorang berlakon. (Biasanya jalan area simpang tu memang jem giler time orang nak gi keje).
Mak aii, warga asing pun tau gaduh sesame sendiri ke?Ingatkan orang tempatan jer. Mujur ada abang Polis tu, kalau tak, mungkin akan terjadinya pertumpahan darah jika dibiarkan berlarutan. Huhuhuhu, tak pasal-pasal boleh masuk Metro. Yang aku pelik tu, selalunya warga-warga asing ni kalau nak berjalan pergi atau pulang kerja, mereka pasti akan pegang tangan kawan sejantina mereka tu sambil berjalan, ibarat tak nak lepaskan langsung. Tak kisah la lelaki or wanita.
Tapi, lepas peristiwa tu, aku terpikir mereka pun manusia biasa juga. Kadang-kadang perkara remeh pun boleh jadik besar sampai berbunuh-bunuhan. Pada aku la, toksahla kita nak berdendam dengan orang lain. Berfikirla secara positif dan professional untuk settle problem. Kesannya, nanti memang akan memakan diri sendiri. Apa salahnya jika ada problem, berbincang cara baik, slow talk elok-elok. Kalau memang tak boleh settle, baru la wat report Polis. Negara kita kan ada undang-undang. Kalau tak puas ati terus bunuh bukan boleh settle the problem, makin menambahkan masalah lain pulak ada la. Kesannya adalah kepada orang-orang tersayang huhuhu...
Maka, pikirlah masak-masak sebelum buat sesuatu keputusan. Semoga negara kita yang kecil ni tak la kehilangan nyawa warganya dengan percuma. Lainla, kalau mati di jalan FISABILLILAH, lawan dengan musuh Negara. Lebih berfaedah untuk kebaikan semua.Dapat pahala lagi!

Monday, November 15, 2010

Sooooo tired

Salam

Minggu ni adalah minggu-minggu yang memenatkan sebenarnye.....tak sempat nak update blog..Setiap malam ada saje perkara yg membuatkan tidurku tak lena. Bayangkan jer la kesibukan di pejabat membuatkan aku penat dan lepak. Especially minggu-minggu peperiksaan akhir ni kami kena la menjaga dewan peperiksaan untuk pelajar2.  Tanggungjawab Pengawas dan Ketua Pengawas Peperiksaan.

Tapi, dalam pada itu juga, kitorang terpaksa menghabiskan marking paper . Kalau student seramai 20-30 orang takpela..Tapi, kalau sampai beratus-ratus tu tak ke haru dibuatnye? Baru satu paper. Kalau dua tiga paper macam tu?Adui lepaknyer...

Mujur la semester ni aku mengajar hanya 3 subjek:
1st subject - Management Accounting utk student part 5 (20 orang)
2nd subjek - Financial Accounting 2 (killer paper) utk student part 3 (24 orang)

3rd subject - Introduction to Accounting utk student part 1 (160 orang)

Untuk dua subjek yang sikit jumlahnye tu aku tak kisahla nak marking, tapi bila nak start marking paper yg berjumlah ratusan tu....penat menunggu bila la nak habis..memakan masa seminggu gak. Maklumla, bila dah ramai, jawapan yg diberi pun pelbagai la berbanding dalam skema aku tu.

Pelik betul la, kadang2 format yg diberi lain, lain pulak format yg wujud dalam kertas jawapan mereka. Tak tau la depa terlupe atau buat2 lupe atau study last minit sampai format subjek lain pon depa buleh masukkan dalam subjek aku ni. Kelakar pon ada. Maklumla, bila study last minit, sume dah bercampur dalam otak Sukar nak asingkan2...Mmmm....tengok jela resultnye nanti yer student2. Betapa terkejut atau tak je la nanti u all dapat resultnye....

So, bila siang dah lepak macam tu, malam pulak aku sentiasa on call. Eh, bukan la macam doktor tu pun kerje aku. Just as a warden je. So, malam2 hingga awal pagi bila ada student sakit ke, tak sihat, pengsan, gaduh dgn kawan serumah, masalah peribadi n memerlukan rawatan kaunseling di hostel, maka aku perlula datang ke tempat kejadian untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.  Kerja ni tak tentu pun.

Bukan la setiap hari macam tu. Ada masa-masanya jugak. Tapi, yang aku pelik sangat tu, bila takde kes, seminggu dua xde problem. Tapi, bila dalam sehari ada kes pelajar sakit, maka berderetla kes mereka sepanjang minggu. Tapi dengan pelajar yang berlainan la, bukan dengan org yang sama. Perkara ni masih menjadi musykil kepada aku hingga kini. Agak2 diorang dah plan awal-awal kot? Suratan atau kebetulan?





Tapi sebenarnye, jadik warden ni adalah perkara yang mematangkan aku. Kita dapat lihat setiap yang berlaku adalah satu pengajaran dan ilmu baru kepada aku, bagaimana kita nak mengatasi sesuatu permasalahan dengan tenang dan bertanggungjawab. Selain itu, aku dapat rasakan setiap dari kita ni adalah manusia yang berbeza watak serta perangai dan datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Maka, bila tiada persamaan dan wujudnye perbezaan, akan ada pelbagai masalah yang akan muncul kemudian hari. Maka, di sinilah aku akan memulakan peranan untuk mengatasi masalah tersebut dengan masuk dalam kehidupan mereka dan menganggap diriku sebahagian dr mereka.

Kadang-kadang aku rasa, aku ni memang layak la jadik cikgu kaunseling. Tak sia-sia masa sekolah menengah dulu cikgu aku lantik aku jadik PRS di SMTDJB masa FORM 2-3. Tq yer cikgu. Hehehehe. Tapi masa further study dulu terlupe plak nak ambik course ni. Ntah macammana pulak boleh ambik course lain ek

Maka, bila terjadinyer kes-kes seperti di atas, ku rasakan perjalanan hidup aku ni memang interesting. Sebab bukan semua orang berpeluang untuk dapat pengalaman yang sangat mahal macam aku ni. Syukur kepada ALLAH S.W.T. sebab bg aku peluang ni untuk membantu orang lain dengan kelebihan yang aku ada. Maka, tu la antara sebab kenapa kadang2 tak sempat nak update blog ni. hehehehe

Friday, November 5, 2010

Jom Lepak...

Salam.

Wah! Tetibe jer Pukul 8.40 pm mlm td (mlm semalam) dapat mesej daripada En.Maarof (boss) ajak lepak makan-makan dengan 2 orang opis mate yang lain, Azah dan Ainul. Macam tak percaya jer ada orang nak belanja. Baru terpikir malam ni malam raya. Raya Deepavali daa...Sok mesti cuti punyer...Apalagi, cepat la aku bersiap-siap. Perut pun tengah lapar ni hehe..Macam tau-tau jer ada orang nak belanja Lagipun, dah lama tak gathering ramai-ramai macam ni. Kalau takde cuti 1Malaysia, mungkin tak dapat spend time macam ni.

Macam-macam tajuk kitorang borak dan gelak-gelak. Teringat semula kenangan 2-3 tahun yang lepas. Mengimbas kembali kisah-kisah awal kenal masing-masing. Daripada topik tornado, ribut petir, kenangan first MSR sampai lah Instedt Idol, sume kitorang layan...Instedt Idol kali ni memang havoc giler. Siap usahasama dengan PDRM tuuuu....Biggest event oooo...

Last-last sedar jer dah pukul 12.40. Mata masing-masing pun dah mengecik....Tak tau la bila lagi dapat join macam ni lepas ni....

Wednesday, November 3, 2010

Cinta Gila

Cinta.

Bila bercakap tentang cinta semua orang memberikan maksud dan falsafah yang berbeza-beza. Sangat banyak definisi cinta ni...Ada yang berpendapat cinta tu indah, mengasyikkan, menyeronokkan, dan kadang-kadang cinta jugak boleh jadikan dunia ini macam dia punye sorang jer....Tapi, tak lupa juga ada yg bagitau cinta ini kadang-kadang menyesakkan jiwa, cinta itu perlukan pengorbanan, cinta itu menyakitkan, cinta ini membunuhku, cinta itu umpama sambal belacan, walaupun pedas, masam dan masin, tapi ia juga sedap dimakan..

Ada gak orang kata cinta itu buta. Tapi, pada aku, cinta itu tak buta pun. Cuma manusia jer yang buta sebenarnyer kerana mereka tak tahu dan salah menilai. Cinta tu adalah anugerah ILLAHI pada kita semua. Sangat-sangat berharga. Hanya manusia yang tahu menghargai jer TUHAN berikan dia perasaan tu. Kenapa aku katakan manusia tu yang buta?

Yola, coba pikir la kan....kerana cinta, manusia ni sanggup buang keluarga buang saudara. Mak bapak yang membela dan menjaga sejak saiz tapak tangan pon tak diendahkan lagi. Kasihan si ibu, penat menjaga si gadis hingga remaja tetibe disambar sang helang yang entah dari mana munculnye. Kerana cinta juga, manusia sanggup ikut kata hati dan naluri. Nasihat orang lain semua tak nak dengar. Pujuk rayu kekasihnye jela yang sanggup didengari. Orang kata buruk dan busuk semuanya pada dia wangi sahaja....

Tu yang biasa kita dengar anak gadis remaja kita yang masih bawah umur yang sepatutnye pergi ke sekolah untuk menimba ilmu sanggup dibawa lari oleh kekasihnye dan kahwin lari di Lombok. Alasannya si lelaki tu sanggup sehidup semati bersama. Lautan api sanggup direnangi konon. Lepas tu menetap di sana dengan keluarga si lelaki yang mana tiada kemudahan asas langsung berbanding di negara kita ni. Bayangkanla, kalau nak makan terpaksa bercucuk tanam dan berkebun sendiri, tiada air paip dan bekalan elektrik, pendek kata serba serbi tiada. Dah sampai sana, barulah menyesal nak balik semula ke Malaysia. Bukan la nak menghina atau mengutuk, tapi itu adalah hakikat sebuah cinta.


Kadang-kadang pula, hanya disebabkan putus cinta, ditinggalkan kekasih atau cinta tak berbalas, ada manusia sanggup bunuh diri dengan macam2 cara...  Gantung diri, terjun bangunan, bakar diri, kelar tangan sendiri dan ada lelaki yang sanggup simbah jer asid kat muka si dia sebab menolak cintanya dll..Gile ke apa?  Tuhan bagi kita akal tu utk berfikir dan membezakan mana baik atau buruk. Bukan ikutkan hati dan perasaan jer..Konon alasan hidup ini tak bermakna tanpa si dia. Atau si dia adalah cinta sejati maka kalau si dia dah tak cintakan dirinya tak guna teruskan kehidupan lagi.Atau si dia jela yang sayangkan dirinya lebih dari orang lain. Kalau tak berkahwin dengan si dia, takkan ada sesiapa pon yang akan berkahwin dengannya. Apa ni? Macam orang tak beriman jer??? Nauzubillahi min zaliq...

Astagfirullahalzim....Rasanya banyak lagi contoh yang kita semua tahu dan dah terjadik pon dalam masyarakat kita ni. Bukti pon dah cukup. Emmm...please la....saudara-saudaraku sekalian.....Fikirla masak-masak sebelum nak buat keputusan. Kita gunakan akal kita ni pada tempat yang sepatutnye....Rugi rasanya kehilangan remaja kita sebagai pewaris bangsa yang akan mewarisi dan memimpin kita semua hanya dengan cinta gila ni.

Kalau dah tak ada jodoh, redha je lah. Fikir positif jer. Pasti ada hikmah di balik semua ni. Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya jika kita tak sanggup menghadapinya. Manalah tahu, jika jodoh kita bukan dengan si dia, Tuhan akan pertemukan kita dengan seseorang yang lebih baik dan sempurna daripada si dia. Yang lebih menghargai, menyayangi dan sanggup susah senang bersama. Yang lebih beriman, berilmu dan sanggup meminpin kita ke jalan-Nya. Kalau si dia bukan jodoh kita, lepaskanlah si dia pergi. Doakanlah dia berbahagia dengan pilihannya. Kita perlu tekad, redha dan tabah kerana cintakan manusia tidak akan kekal lama berbanding mencintai-Nya. Dia akan sentiasa bersama-sama orang yang beriman. Hanya cinta kepada ALLAH dan RASUL sahaja yang kekal untuk selamanya...

Insya-ALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...