Friday, January 21, 2011

Jemputan kahwin

Salam.

Banyak betul dapat jemputan kahwin minggu ni. Rasa macam berderet-deret jer...Bulan ni jer ada beberapa staff yang ajak celebrate hari bahagia mereka. Bulan depan pun sama gak. Bulan Mac apa lagi. Tengah pening ni nak pikir tarikh bila, pakai baju per, planning nak g dengan saper dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang rasa heppi jer gi majlis orang lain. Sedikit sebanyak boleh kongsi kebahagiaan mereka. Maklumlah, nak tunggu majlis sendiri mungkin tak tau bila lagii. Kira pergi majlis orang ni untuk meraikan diri sendiri jugak la kononnye..

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cik Hazeniza yang telah selamat dinikahkan. Sok nak berkonvoi ramai-ramai gi rumah beliau. Ohh kengkawan.....jom kita beramai-ramai ke Kluang...

Hadiah pun dah dapat selepas berhempas pulas memujuk tokey kat kedai elektrik Tan Radio Kota Tinggi cawangan baru. Normally boleh dapat banyak kurang la kalau gi kedai tu. Kira ni promote kat u all la jugak ni secara tak langsung.Wahh memang banyak pilihan la...puas hati sungguhh. We all collect ramai2 utk bagi hadiah besarrr punye hehheheh...

So, tunggu je yer Gee. insya-Allah, kalau xde aral, kite g umah u ek Sila sediakan red carpet tau hehehehe



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...