Thursday, February 17, 2011

Aku, kau dan dia

Aku, Kau dan Dia...

                          



Ibarat cinta tiga segi jer cerita ni.
Aku sukakan Kau. Tapi Kau tak tahu pun yang Aku sukakan Dia berbanding Kau. Kau selalu buat macam-macam untuk bahagiakan Aku. Tapi, mungkin Aku merasakan Aku akan lebih bahagia semasa berada di samping Dia berbanding Kau.. Aku akui. aku memang sayangkan Kau, tetapi Aku tak dapat membohongi perasaan Aku terhadap Dia bahawa Aku juga sayangkan Dia selain Kau.

Aku akan sentiasa berusaha membahagiakan Kau dan Dia. Aku sedar bahawa Aku terpaksa memilih salah satu di antara Kau dan Dia satu hari nanti. . Aku sedar bahawa Aku memang tak boleh memiliki kedua-duanya. Aku tahu itu, tetapi aku sengaja tak mahu menerima kenyataan tersebut. Aku tak boleh kehilangan kedua-duanya. Aku ibarat ditelan mati emak dan diluah mati bapak.

Kau mula curiga dan mencemburui Aku sejak kehadiran Dia dalam hidup Aku. Kau mula merasakan bahawa Aku dan berubah. Kata Kau, Kau tidak diperdulikan oleh Aku sejak akhir-akhir ini. Kau juga menyatakan bahawa Kau benar-benar cinta dan sayang pada Aku sejak mula mengenali Aku. Takkan pernah berubah sampai bila-bila.

Dia. Dia adalah seorang yang sempurna pada Aku. Kadang-kadang kehadiran Dia membuatkan aku tak mahu kehilangan Dia dari sisiku. Aku tak mahu berpisah walau sesaat dari Dia. Ada sesuatu dalam diri Dia yang membuatkan Aku tak boleh hidup tanpa Dia. Entah kenapa la dengan Aku ini. Aku tak tahu Dia pun merasakan yang sama atau sebaliknya. Dia ibarat seorang yang setia denganku, sanggup terima Aku seadanya. Baik dan buruk Aku pun Dia tak pernah mempersoalkan. Dia selalu menasihatkan Aku ke arah kebaikan dan membuatkan Aku sentiasa berasa bahagia. Cuma Aku sahaja yang tak mahu langsung menerima ajakannya ke arah itu

Tetapi, Aku terlupa kadang-kadang Aku hanya mementingkan diriku sendiri berbanding Dia. Aku inginkan selalu perhatian daripada Dia, tapi kadang-kadang Aku tak pernah memberikan perhatianku pada Dia. Aku ingin selalu disayangI dari Dia, tapi tak pernah memberikan Dia peluang untuk menyayangi orang lain.

Kau pula selalu membuatkan Aku merasa tersepit. Kata Kau, Kau amat cemburukan Dia kerana Aku selalu melebihkan Dia daripada Kau. Aku pun tak tahu mengapa. Tapi, Aku memang tak boleh membohongi hati ini. dIA merupakan seseorang yang istimewa dalam hidupku. Mungkin Aku akan dapat melupakannya suatu hari nanti dan terus setia dengan Kau selamanya.



Aku teruskan perjalanan hidupku ini dengan memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar Tuhan sentiasa memberkati perjalanan hidupku ini dengan cahaya-NYA. Aku mengharapkan keredhaan-MU agar orang-orang yang kusayangi ini sentiasa memperolehi kasih sayang-MU hingga hujung nyawa mereka..


P/S- Sayu jer baca kisah dalam sedutan novel sulung aku ni. Kalau la aku jadik salah seorang dalam watak ni, mesti aku adalah orang yang sangat tak boleh menerima kehadiran orang ketiga dalam hidup aku. Bior ler aku bawak diri huhuhuhuhu. Asalkan mereka bahagia berdua..Sob sob sob.. Korang yang lain, tunggulah aku published novel aku yer...So, sila sediakan wang anda secukupnye hehehe



7 comments:

Mohd Khuzarul Haziq said...

p/s 2 peee??? peruntukkan susut nilai erhhhhh???? best la cite cik suhana niii...sye akan menjadi pembaca setia andaaaaaa..sye bce cite anda smpai x sedar tetikus sye jatuh dari katillll....malah bnyk lagi yg sye x sedarrrrr....tpi sempat lak nk buat2 nOvel2 cm niiii...????sye difaham kn bahawa cik suhana tersangat la bzzzz...hahahaha,wawawawa

FaizalSulaiman said...

wahh

novel tuh!

cik_sue said...

mohd. khuzarul haziq
- itu la namanya seorang penulis kreatif.. idea datang mencurah-curah dalam masa 10 minit jer. u baik sedar diri, jangan sampai tak sedar langsung udahla hahahahaha. kisah ni ada kena mengena dengan u ke?lalalalala

cik_sue said...

faizal sulaiman
- en.FS, idea baru ni still in progress...nak siapkan modul prof. dulu barula modul utk novel ni hehehe...sokonglah barangan buatan Malaysia hehehe

Mohd Khuzarul Haziq said...

ntah laaaaaa...sye rse xde kOtttttt.....klau de pOn, sye x kn terasa cOs sye bukan nye de prasaan pOnnnn....hahahaha... cik suhana pOn xde perasaan knnnn...????wawawa... btOl la 2 sye ckppppppp...hehehehehe

cik_sue said...

yerla khuzarul, sy dh tau dah u pun mmg dah xde perasaan, kan?...hahahaha
jgn risau, i tak marah pun.. i x paksa pun hehehehe

anum said...

sokong buatan malaysia ker....buatan cik suhana.... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...