Tuesday, February 1, 2011

customer service

Salam.

Kali ni aku nak citer pasal customer service. Takdela, bukan apa. Aku ni bukan la nak memandai-mandai bagitau aku ni bagus sangat ker pasal customer service. Tapi ini adalah kisah benar based on pengalaman aku daa.

Ada la satu hari tu, aku hantar la sorang student gi sebuah klinik yang memang dibuka 24 jam. Dengan ditemani sahabatnye, kami bertiga pergilah ke klinik tersebut. Nak dijadikan cerite, sorang student ni kakinye terlanggar besi dang mengakibatkan kuku kakinya tercabut. 85% dah tercabut, manakala lagi 15% masih lagi melekat kat kuku kakinye. nak cabut sendiri takut pulak dijangkiti kuman katanya. 

Masa tu, klinik gov. dah tutup pun. Kalau nak ke sana, hanya untuk kes kecemasan sahaja. Sebelum pergi tu, mereka pun ada la jugak bertanya tentang anggaran kos yang perlu dibayar oleh mereka. Maklumla masa tu dah nak hujung bulan pun. Mungkin mereka pun berfikir berkali-kali tentang caj yang mungkin lebih tinggi akan dikenakan. Yang bestnye ada sorang housemate dia suggest utk share sorang sikit utk bayarkan duit klinik. alhamdulillah ada teman serumah macam tu.. Sume pun setuju and sanggup berkongsi utk kawan diorang. Suke aku tengok perangai student kalau macam ni. Tak berkira pun.

Sampai klinik sana, aku pun cuba la beritahu misi yang jaga kat recept ttg prob student and tanya berapakah charge yang akan dikenakan. Ada sorang misi tu inform around RM 30 after less student discount. Ok la kalau macam tu. Lepas je student tu wat rawatan, so masa utk payment and ambik ubat.

Selepas student tu nak bayar dan selepas melangkah keluar dari klinik tu, diorang berdua bagitau aku. Salah sorang misi/ nurse tu bagitau kalau nak bayaran murah, pergilah kat klinik yang satu lagi, murah sikit. Tak payahla gi klinik mereka. Mak aii, terkejut aku dengar statement berani mati dari mulut student tu. Macam tak caye jer staf kat situ yang cakap macam tu. Maklumla, diorang kena la faham student tu belum pun kerja lagi. No source of income. Depends on PTPTN n family jer.

Ada ke patut diorang cakap macam tu. Kalau la aku yang dengar sendiri statement tu, sampai bila2 pun aku takkan datang klinik tu lagi walaupun tahap kesihatan yang kritikal. Kecik ati aku dengar statement tu. Aku pun pernah jadik student dulu. Ada ke patut staf tu diorang cakap macam tu? Betapa tak profesional dan ego sungguh.

Sepatutnye, mana-mana perniagaan pun tak sepatutnye berkata macam tu. Seperti ada double standard. Means orang yang tak mampu tak boleh pergi klinik dia, kalau xde duit or tak cukup, tak boleh masuk tempat dia. Nonsense la. Berlagak. Nampak sangat ethics staf dia kurenggg. customer service dia fail. Secara tak langsung klinik tu boleh menghadapi masalah kekurangan pelanggan at future. Benda-benda macam ni senang jer tersebar dari mulut ke mulut. Promotion yang free jer. Mana boleh diorang cakap macam tu walaupun pesakit tu seorang yang miskin atau sederhana atau berpendapatan rendah. Double standard.

Apa yang aku tau, customer is always right. Kalau tak pun, mesti respect customer and appreciate them nicely. Aku rasa. lepas ni aku mungkin takkan datang kot unless kalau dah xde langsung alternatif lain barula aku nak datang klinik tu. Hilang mood aku 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...