Monday, March 7, 2011

ku kehilanganmu...

Salam.

Aku dah kehilangan sesuatuu dalam hidupku ini. Yang amat berharga. Tak ada tolok bandingnyer. Dia telah meninggalkan aku dengan kesan yang sangat mendalam. Dengan kesan parut yang masih ada, aku teruskan kehidupanku. Walau aku menangis air mata darah sekalipun, dia memang tak akan kembali lagi.





Alangkah sedihnyer berpisah denganmu. Selama ini kita bersama, banyak sungguh kenangan bersamamu. Aku rasa perpisahan denganmu terlalu awal.... Spertinye kita baru berkenalan semalam. Tapi, kehilanganmu membuat aku rasa seperti terkapai-kapai sendirian. Selama ini, kau banyak membantu aku dalam perjalanan hidupku, membantu aku meneruskan perjuanganku, dan menerima aku seadanya. Kau telah menjadi teman hidupku seumur hidupku.

Kini, setelah seminggu kau menunjukkan tanda-tanda kesakitan yang mendalam, juga yang memberi kesan terhadap kesihatanku, aku terpaksa redha akan kepergianmu menghadap Illahi. Jika itu boleh membuatkan kau bahagia dan hilang sakit-sakitmu serta sakit yang kutanggung selama ini, aku relakan. Walaupun aku sedar selepas ini kita tak boleh bersama seperti selalu, aku gagahkan jua perasaanku ini.

Kau akhirnya tewas di tangan seorang lelaki bergelar doktor. Dia telah memisahkan kau dari aku hanya dalam masa kurang 10 minit sahaja. Aduiii...setelah lama aku menyimpanmu di dalam mulutku sepanjang usia kita, akhirnye kau berjaya juga berpisah daripada gusiku yang semakin membengkak akibat tahap kesihatnmu yang semakiin uzur.

Bersemadilah kau wahai gigi geraham kesayanganku. Kehilanganmu menjadikan aku kehilangan satu aset tetapku...Sesungguhnye kehilanganmu tiada galang gantinya......Semoga aku bertemu dengan penggantimu satu hari nanti sama ada gigi batu, gigi emas atau plastik huhuhuhuhu

Apapun, hidup perlu diteruskan....

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Lina, ha ha...nak wat camner, bertemu dan berpisah atau tercabut ni dah jadi asam garam idup! Patah tumbuh, ilang berganti

cik_sue said...

tapi yg tak bestnye, ianya xkan tumbuh lagi lepas ni...uihuhuhuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...