Saturday, March 12, 2011

Kerana Mulut...

Salam.
                      


Kisah yang akan dipaparkan kali ini sebenarnye dah jadi macam satu kebiasaan kepada sebilangan orang. Tak kira la kanak-kanak, remaja dan dewasa. Perkara ni dah jadi macam biasa jer dalam kehidupan seharian mereka. Rasanya kita semua yang terlibat samada secara langsung atau tak setiap hari.

Topik hari ini adalah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Maksudnye disebabkan mulut jer, macam-macam boleh jadik. Kerana mulut, perhubungan yang dibina bertahun-tahun terlerai macam tu jer... Aduiiii..bukannye senang nak memulakan sesuatu perhubungan tu, terpaksa berkorban masa, tenaga, usia dan wang ringgit. Ambik berat toksah citerla. Adatla nak memulakan perhubungan, macam-macam kita buat untuk nak mengambil hati si dia. Baik buruk semua terpaksa ditelan.Terima seadanya. Semata-mata nak buktikan sayang dan setia yang tak berbelah bagi.

Tapi, bila dah tak suke jer, bukannye nak mengambil kira apa pengorbanan pihak satu lagi yang telah dicurahkan sebelum ni. Terus jer cakap nak break sebab dah tak tahan dengan kekurangan si dia. Kadang-kadang alasan yang remeh semacam. Konon alasan tak nak ambil berat lagi la, tak pedulikan dia la, rupe-rupenye dia dah ada yang lain... Tu diaa...Walhal dulu sanggup berkorban apa saja. Hingga hujung nyawa la, amboiii senangnye nak putuskan perhubungan. Senang je cakap nak putuskan hubungan. Lidah memang tak bertulang, kan? Yang kesiannyer si dia yang berendam air mata kesan daripada mulut tuu...Kerana mulut, orang lain yang menderita..Erm..

Kerana mulut juga, boleh terjadiknye perang sesama manusia walaupun perang saudara. Pernah dengar tak fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh? Haaa..selalunye orang kita ni bila dengar sesuatu perkara yang tak betul jer, terus tuduh bukan-bukan tanpa usul periksa. Lepas tu, terus sebar-sebarkan tanpa siasat terlebih dahulu. Contohnya, si A bagitau B yang C tuduh B curi barang dia. B pulak dengar jer cerita tu apalagi, terusla kumpulkan geng-geng dia untuk serang C. Entah betul ntah tak B terus serang C sebab malukan dia...Maka, apa lagi, B pun terus datang rumah C marah-marah dan disebabkan kemarahan yang menyala-nyala dengan ditemani syaitan yang bertepuk-tepuk kegembiraan, maka terjadikla perang saudara seperti bertumbuk, bergaduh, lebih teruk jika sampai mengacukan senjata dan mengancam nyawa. Seandainya tiada yang menahan, maka berlakulah pertumpahan darah di kalangan anak Adam. Sungguh berdosa besar jika hingga hilang nyawa yang tak berdosa.  Selepas tu, keluar air mata darah nak menyesal pun dah tak guna.
Apa salahnya berbincang dan tanya elok-elok. Kurangkan perasaan marah dan panas baran tu. Cuba jadik orang yang waras sikit.

Satu lagi kerana mulut ni pulak. Kebanyakan adik-adik kita sampailah kawan-kawan kita suka sangat keluarkan perkataan yang kesat dan tak sesuai nak mention kan kat sini. Pada mereka benda tu semua hanyalah sekadar gurauan semata-mata. Perkataan tu pulak adalah haiwan yang diharamkan dalam Islam. Remaja sekarang ni sesuka hati je nak keluarkan perkataan tu. Sama ada mereke bergurau ker, melatah ker, bergaduh ker, perkataan tu jugak yang keluar dari mulut. Perkataan tu dah la haram, bila disebut berulang-ulang kali boleh terkena pada batang idung sendiri tuuu...Ish3... Maklumlah, kata itu kan doa...

Kat dalam family aku sendiri, kami tak pernah diajar sebut perkataan-perkataan macam tu. Bila dengar orang lain sebut jer, mak dengan bak mesti pesan jangan ikut kawan-kawan yang tak elok perangainye. Cari kawan yang baik akhlaknya. Alhamdulillah, sampai sekarang aku tak berani nak sebut kata-kata kesat tersebut. Yang pelik pasal family aku ni, abang aku yang dua orang ni sampai sekarang diorang kaki bangku. Maklumlah, kawan diorang tak ramai sebab abang aku tu mana la suka melepak macam kawan-kawan diorang yang lain. Tu yang tak reti main bola walau dah besor panjang. Tapi, alhamdulillah, mereka sangat ringan tulang dan rajin tolong mak dan bak kat kebun. Maklumla, kami ni bukan berasal dari keluarga yang senang. Dan kami kalau bergaduh adik beradik pun tak pernah keluarkan kata-kata kesat. Sekadar gaduh-gaduh manja tu adalah hehehehe.... 

Aduiii...bahaya sungguh bahaya mulut ni tau... Banyak kes dah terjadik hanya disebabkan kerana mulut ni. Maka, aku ingatkan diri aku sendiri dan kita semua sebelum buat sesuatu tindakan tu sila pikir-pikirkan kesan dan akibat daripada tindakan tersebut. Sebab akhirnya, kesan tu akan datang pada diri kita jugak samada baik atau buruk. Tuhan bayar cash lagi tau. 


6 comments:

Mohd Khuzarul Haziq said...

lalalalala

cik_sue said...

paham-paham la yer hehehe

cik_sue said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Khuzarul Haziq said...

buat-buat x thuuuuuu...hahaha...ye la sye thu la sye salahhhhhhhhh....selalu ckp x penah pkkkkk...

cik_sue said...

bagus la jika kamu dah mula lakukan perubahan...maka janganlah kamu ulangi kesilapan tersebuttt untuk kesekian kalinye atau...

cik_sue said...

bagus la jika kamu dah mula lakukan perubahan...maka janganlah kamu ulangi kesilapan tersebuttt untuk kesekian kalinye atau...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...