Monday, March 21, 2011

kerja itu satu ibadah...

Salam. 
Minggu ni agak sibuk rutin harianku. Aduii, bertambah la lagi kerje yang memang dah makin bertambah. Ni pun curi-curi masa jer menulis.
Sepanjang bulan Mac dan April ni makin bertambah la kesibukan aku yang memang semakin busy. Tetibe jer tercalon jadi Treasury of Anugerah Ketua Eksekutif utk 30 Mac ni masa meeting minggu lepas. Sabo jela den. Bukan tak mau, tapi apa la salahnya bagi kat orang baru.  Karang ada yang cakap aku gile kuasa. Maklumla, jawatan ni pun antara yang terglemer jugak kwang3 (glemer  ker?) Mujurla, aku ni memang minat bab-bab duit, wang, kira-kira dan sewaktu dengannye. So, takdelah problem sangat. Cuma nak tunggu SUME AJK yang lain bagi bajet diorang la agak lambat skit.
Selain dari itu, ada satu program yang aku pun kena  gak handle setiap semester. Memang wajib dilaksanakan untuk student UiTM. Maklumla, sekali terjebak gi kursus Modul LPPKP yang lepas, terus melekat jadik Setiausaha Program sampai la skarang ni. Sekarang ni nama dah tukar kepada Program Kemahiran Insaniah pulak. Sume student UiTM memang WAJIB untuk menjalani Modul 1-6 sebelum mereka grad. Selagi tak abis modul, maka selagi itu la depa akan repeat modul tu again hahahaha...
Mereka juga akan dapat 2 transkrip, satu untuk akademik, satu lagi untuk kemahiran insaniah ni. Kepada student-students tersebut, bukan menyeksa jiwa raga u all pun, attend jer MODUL dah dapat credit kat situ. Sonang bonar. Rugi la kalau tak pergi.  Lagipun, program ni memang sangat berguna untuk masa depan mereka sendiri jugak.
Tetibe jer 2 hari sebelum kejadian, membe plak bagitau fasilitator tak cukup. So, nak tak nak, terpaksa la aku dengan sorang lagi member merelakan diri sendiri sebagai bidan terjun untuk ganti fasi-fasi yang lain. Maklumla, sebelum ni  keje belakang tabir je. So, kena la study semula sume modul ni dulu. Memang best jadik fasi ni. We just make sure all the participants follow n take part all the activities. Aku ni memang agak suke bila memotivasikan orang, maka tanpa disangka-sangka respon dari mereka sangat la baik. Sampaikan mereka terkesan dan tershare plak problem mereka. Tu yang buatkan group aku lambat abis tu daripada group membe2 yang lain. Takpela, demi anak bangsa, den sanggup berkorban hehehe .
Hari-hari yang mendatang menunggu dengan kerja-kerja yang akan ditambahkan lagi. Teringat satu quotes ‘Bekerja la dengan ikhlas kerana ianya adalah satu ibadah’. Tu yang buat aku makin bersemangat karana menharapkan keredhaan-NYA..Renungkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...