Thursday, March 17, 2011

Sihat ker?

Salam.




Entry ari ni tentang penjagaan kesihatan. Ermmm untuk semua orang sila la jaga kesihatan anda elok-elok yer. Jangan mengada-ngada nak ambil makanan yang tak elok untuk anda setiap hari. Jangan beri alasan, kalau sakit nanti barulah pergi klinik, sekarang ni kita enjoy...makan jer semuanye puas-puas hahahahaha. For example, mee segera, minuman bergas, ais dan makanan ringan memangla sedap. Sape tak terliur?

 Amboiii3333 sedapnye mulut tu bercakap..... Sekarang boleyla cakap macam tu sebab belum kena sakit lagi. Cuba kalau dah diserang macam-macam penyakit, lepas tu anda pulak memang dah tak larat nak drive or pergi sendiri? Terguling-guling la anda di atas katil yang dah tak macam katil lagi. Sume berterabur mengenang sakit yang tak tertahan lagi. So, apa yg anda nak buat time dah tak larat macam tu?

Haaa apalagi....mesti la nak call somebody untuk mintak tolong, kan sebab rasa tak tertahan menanggung penderitaan kononnye. At least housemate, opismate or family, kan? Bagi yang stay kat hostel tu, mestilah u all akan call warden betui tak? Ermmm...so, sebelum korang akan memohon bantuan dan pertolongan daripada mereka, sila renungkan sejenak. Di saat-saat macam tu, korang pernah tak rasa menyesal dengan tidak menjaga kesihatan sendiri. Sebab yang sakitnye anda bukan orang lain. Selain itu, secara tak langsung anda mesti akan merasakan tak mahu menyusahkan orang lain, kan? Tapi,jika tak ada seorang pun yang boleh menawarkan bantuan pada masa tersebut macamana pulak??? Call tak angkat, mesej tak berbalas, dan-dan pulak masa tu credit kering..Aduiiiiiiiyaii....

Maka, sila la fikirkan keburukan jika mengambil makanan yang tidak berkhasiat sume tu. Apatah lagi, jika anda seorang pelajar. Sila jaga kesihatan anda sebab anda menggunakan otak dan tubuh badan untuk menerima dan  memproses maklumat serta berfikir dan mengingat fakta. Makanan segera seperti contoh di atas tu mengandungi pelbagai bahan-bahan yang hanya merosakkan organ-organ terpenting dalam badan anda. Dan hasilnye akan menjadikan anda semua penyakit lupa, nyanyuk, kencing kotor, gastrik, ulu hati dan migrain.Sayangnye muda-muda lagi dah ada penyakit lupa.

Maka, start dari sekarang ni jagalah kesihatan masing-masing untuk masa depan anda juga dan bukan orang lain. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, telur dan amalkan diet yang seimbang.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...