Tuesday, April 5, 2011

What you give you get back....

Salam.


Wow! Tajuk hari ini memang best untuk didengar dan dihayati serta dijadikan penguat semangat diri. Aku sendiri rasa teruja bila dengar ayat tu.

Maklumlah, aku pun suke jugak berkongsi kata-kata perangsang dengan semua orang, even students, friends, relatives dan opismates. Agak suke jugak bila apa jua yang kita berikan kepada orang lain kita akan dapat balasannya semula pada masa akan datang. Tapi apa yang diberikan tu mestilah in good condition. Contohnye la kan, jika kita nak bagi hadiah baju kat member mestilah baju tersebut tak pernah kita gunakan atau baju tersebut memang cantik, bernilai dan dia memang idam-idamkan. tak semestinye mahal tapi dia akan suke dan berpuas hati. Insya-Allah pada masa akan datang akan ada orang yang akan hadiahkan kita baju yang agak kita sukai.


Tapi, jika kita berikan kat orang lain dengan hati yang tak ikhlas dan sesuatu itu tak sempurna dan cacat maka itulah juga yang kita akan dapat pada masa akan datang. Maka jika kita hadiahkan orang lain dengan baju yang agak lusuh dan telah digunakan atau pun yang telah koyak dan rosak, maka itu jugalah yang kita akan dapat nanti. Perkara ini adalah ibarat seperti roda. Kadang kita akan berada di atas, kadang kita akan berada di bawah. Maka, bila berada di atas jangan pula lupe melihat ke bawah. Dan bila kita berada di bawah, jangan sesekali lupe untuk mendongak ke atas.

Itulah pesan bonda dan ayahanda yang takkan pernah aku lupekan sampai bila-bila.

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...