Tuesday, May 3, 2011

Satu Keinsafan ...

Salam.

Dah lama rasa tak menulis. Sebenornye, memang banyak cerita yg nak diluahkan. Minggu lepas, kami teman sepejabat telah menerima berita tentang salah seorang staf di opis telah kehilangan seorang bonda tercinta. Maka, kami pun decide untuk menziarahi keluarga beliau sebagai penghargaan buat kali terakhir kepada arwah. Sepanjang aku kenali walaupun tak la rapat, tapi pernah jugak la berbuka puasa di rumah beliau 2 tahun lepas. Arwah memang seorang yang kuat semangat. Maklumlah, walaupun sakit dan letih, tapi masih mampu masakkan untuk tetamu.




Rasa sedikit kesedihan dan kesayuan apabila masa untuk penghormatan terakhir untuk arwah. Aku rasakan bagaimanakah nanti saat-saat seperti itu akan aku alami jika kehilangan orang-orang tersayang...Atau pun aku sendiri yang akan pergi meninggalkan orang-orang yang kusayangi satu hari nanti.. Aku tak sanggup kehilangan insan-insan yang sayangkan aku seadanya..Adakah aku cukup bersedia? Sudah banyakkah amalan yang kukumpul sekarang? Ohh...tak sanggup aku pergi lagi meninggalkan dunia ini dengan bekalan yang masih lagi belum cukup untuk dibawa bersama..Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi dan mengasihiku sejak aku kecil dahulu...

Aku sedar, aku pun hanyalah manusia biasa...Tak lepas daripada kesilapan. Maka, aku cuba menghargai apa yang aku ada sekarang sebelum semuanya akan aku tinggalkan atau ditinggalkan suatu hari nanti. Rasa keinsafan menyelinap masuk ke sukma dan jiwaku....Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan jasad satu hari nanti. Cuma masa, saat dan ketika sahaja yang aku tak pasti. Semuanya rahsia Allah. Hanya Dia yang berhak menentukan perjalanan hidup kita ini.

Aku percaya. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia telah menentukan yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hamba-NYA yang hina ini perlu percaya dengan qada' dan qadar Dia.

Apapun yang terjadi kepada kita, kita perlu sentiasa bersyukur. Pasti ada hikmahnya atas semua ini. Kita hanya perlu mencari apakah hikmah yang tersembunyi tu...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...