Tuesday, May 17, 2011

Terima kasih





Salam.

Susah sangat ke nak ucapkan terima kasih tu? Adakah ia memerlukan seseorang mengeluarkan wang sebelum cakap?Atau perlu mengangkat kayu api baru boleh ucapkan kata-kata tersebut? Tak pun kena bagi hadiah mahal-mahal baru kena cakap? Rasanya dua patah perkataan ajaib tu adalah words yang paling senang sangat disebut tetapi dengan cara ikhlas, bukan terpaksa.

Sejak kecik lagi kami dah diajar oleh mak dan bak untuk cakap dua perkataan ajaib tu kepada orang lain atas bantuan atau apa sahaja pemberian kepada kita. Jangan sombong dan suke meninggi diri kelak nanti semua ofrang lari. Aku ingat lagi pesanan mereka sampailah kami semua dah besar panjang dan alhamdulillah aku masih lagi adapt dalam kehidupan seharian.

Percaya atau tak, dua perkataan tu dapat membantu kita membina hubungan baik dengan insan lain. Bila kita ucapkan dengan seikhlas hati, secara automatiknya kita sedang membina dan mengukuhkan ikatan ukhwah kita dengan orang lain. Insya-ALLAH murah rezeki.

Dan dengan words tu jugak hubungan tersebut boleh bertahan hingga hujung nyawa,tau. Cubalah. Selain dua words tersebut, perkataan maaf dan tolong juga amat berharga buat sesetengah orang. Kadang-kadang hanya dengan perkataan tersebut juga kita akan terhalang daripada permusuhan dengan orang lain.

Tapi, sekarang ni words tu dah semakin dilupakan orang zaman sekarang. Nak cakap bukan main susah sangat, konon takut jatuh status. Malu, ego dan pentingkan diri sendiri jer, Tak payahla nak sombong-sombong ek, kita semua ni sama jer di sisi TUHAN. Yang membezakan antara kita umat manusia ni adalah ketaqwaan dan keimanan kita kepada-NYA. Bukan pangkat, status dan kekayaan. Bila dah meninggalkan dunia yang fana ni pun kita semua akan dihantar ke tanah perkuburan jugak akhirnya.

Terima kasih semua sebab jadik followers ;)

P/S - Sentiasa ingin menjadi yang terbaik dalam mengamalkan sunnah Rasullullah s.a.w.

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Suhana, betoi...2 perkataan mudah disebut tp sukar nak ucap...mungkin bukan budaya kita tp apa salah diterapkan setiap ari kat benak kita dan anak-anak.

cik_sue said...

betul tu cikgu...sedang mengingatkan orang lain di samping orang lain juga diri sendiri ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...