Saturday, June 18, 2011

Smoking? Best ke?

Salam.


Smoking?
Aduhhh...sampai sekarang ni aku tertanya-tanya dalam diri sendiri apa bestnye smoking ni ek?Tak tahulah kenapa sebab sampai sekarang ni aku rasa fenomena ni dah jadik biasa pada kebanyakan lelaki. Dah penat aku cuba la carik info kelebihan merokok ni daripada mana-mana sumber internet, majalah, dan media massa. Sayangnya, semua menunjukkan ke arah yang negatif, especially bila ia berkait rapat dengan kesihatan.

Mengikut kajian, seseorang yang menghisap rokok setiap hari dapat meningkatkan resiko terkena kanser paru-paru, kerongkong, rongga mulut, gangguan pembuluh darah, gangguan kehamilan dan sakit jantung. Menurut kajian juga, seseorang yang secara rutin merokok 3 hingga 4 batang sehari, lapan kali lebih berisiko terkena kanser mulut jika dibandingkan orang yang tidak merokok. Bahkan hasil terbaru menunjukkan bahwa dalam perkembangannya merokok akan mengakibatkan kanser pankreas.

Makk aiii, ngeri jer dengar. Ni yang wat aku takut sangat nak cari suami yang merokok ni. Takut gak kalau-kalau dia tinggalkan dunia ni terlalu awal daripada aku dan keluarga...
Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan Ya Allah...

Yang aku tak boleh tahan tu, bila gi kuar makan kat tempat awam, ada jer orang yang sesuka ati dia melepaskan asap yang mengandungi beribu-ribu racun tu. Racun tu pulak, bukan dia yang sedut sendiri, tapi paksa orang lain pulak yang sedut asap dia. Geram betul aku! Apasal plak nak suruh orang sedut asap dia? Sedut jelah sendiri! 

Untuk pengetahuan anda semua, asap rokok yang terlepas ke udara mengandung nikotin, karbon monoksida, hidrogen sianida dan amonia. Semua zat-zat tersebut adalah racun mematikan yang lambat laun boleh merenggut kesehatan tubuh perokok pasif. Bahkan kesannya boleh jadik lebih parah jika dibandingkan dengan perokok aktif.

Yang lagi satu aku tak boleh tahan, bila smoking dalam kereta. Pernah la ternampak sorang mamat ni drive kereta dia dengan cermin tingkap tertutup kat jalan raya. Tetibe jer, nampak dia buka tingkap untuk buang puntung rokok dia. Mak aiiii....sanggup dia biar kerete dia berbau asap dalam air-conditioner tuuu... Ish3...tak tahan den nak hidu. Confirm melekat bau dia berabad-abad dalam kete tu...Kalau la aku naik taxi, aku sanggup cari taxi yang tak berbau racun tu. 

Yang paling aku kesian adalah golongan remaja atau student yang dah terjebak dengan kegiatan ni. Kasihan sangat sebab mereka ni dahla hanya dapat duit kocek daripada family untuk perbelanjaan menampung mereka sepanjang menuntut ilmu, tapi sanggup pulak tu tak makan semata-mata nak beli rokok tu. Haaa.. sekali dah terjebak, memang agak sukar nak tekadkan  hati untuk berhenti. 

Masih tak nak berhenti? Tunggu sajalah bila dah kronik nanti baru nak menyesal. Masa tu dah tak boleh nak putar waktu lagi. Dah tak guna pun nak menyesal. Memang suke agaknye tengok  bila orang yang tersayang ditinggalkan menangis dan meraung

Sekadar mengingatkan untuk yang terlupa....



8 comments:

Mohd Khuzarul Haziq said...

lme nye sye tungu artikel ni diterbit kn yerrr.... perOk ni klau di msOk kn kaunseling cm ne pOn lau hati ckp nk rOkok, mksOd nye mmg x leh b'hentiiiiii.... tpi t klau kawin ngan S*h**a nnti sye b'henti laaaaaa...hahaha...sye isap rOkok tpi sye x suke bau asap rOkokkk...bnyk org lah isap rOkok kt tOilet kOlejjj...student n staf/lectr leh jOin s'kaki lak 2...ishh3... cian sye yg suke kluO msOk tOilet niii...lau nk isap rOkok pOn cari lh tempat yg t'buka ckittttttttttttt....

cik_sue said...

HAHAHAHA....sendiri mau ingatla yek.. kalau dah sakit nanti jgn la pulak nak susahkan orang lain hehehe

Mohd Khuzarul Haziq said...

menghitung hariiii

cik_sue said...

ooooo....i tau u x lama lg nak tutttt ek?

Mohd Khuzarul Haziq said...

tut peeee???? ishhh2... kiteeee????

cik_sue said...

apa yang kite nye????sungguh x paham?

Mohd Khuzarul Haziq said...

biar tuhan yg mengertiiiiiiiiiiiii.....

cik_sue said...

what ever....
i don't mind

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...