Monday, October 17, 2011

Pendidik ooo pendidik.,

Cikgu? Guru?  Pensyarah? Pendidik?

Sama jer sume tu.

Ingat dulu masa kecik-kecik aku tak suke jadik cikgu sebab x glemer langsung hehehe... Kelakar betoi masa tu. Cikgu siap tanya kitorang sorang-sorang, apa cita-cita kami pada masa depan. Aku pun terpikir gak satu cita-cita ni, konon-konon dengan bangganya bagitau, 'saya nak jadik stewardess, cikgu. Pramugari'. Cikgu tu pun macam percaya tak percaya jer dengar aku cakap. siap gelak-gelak lagi. Aku siap berangan lagi maklumlah, boleh selalu travel naik flight, gi negara orang putih, gi Tanah Haram, pakai cantik-cantik, glemer gitu..Hahahaha..

Tapi, bila dah meningkat dewasa ni, aku dapat rasakan bahawa pekerjaan sebagai seorang guru ni adalah murni dan ibadah dan paling mencabar sangat. Orang selalu kata, jadik guru ni senang jer kerjenye. Pergi class, mengajar. Lepas tu, dah abis mengajar boleh balik la. Kerje plak dok kat opis jer menanda dan bagi markah. Lepas tu, boleyla borak-borak, minum-minum kat kafe.Tu yang ramai nak jadik guru dengan sebab-sebab macam tu la.

Adoiyaii, sume orang cakap sonang je la. Tapi, sebenarnye tak seindah mimpi pun. Melayan kerenah pelajar-pelajar, ada yang mendengar kata dan nakal, tak datang class, tak siapkan assignment, ada yang tak datang class semata-mata pentingkan tido jer... Yang tak tahan tu, ada yang dah sampai class dan tertido sampai buat macam-macam aksi hahaha. Orang lain sibuk-sibuk kemas barang nak balik, dia tak sedar langsung pun bising-bising. kELAKAR SUNGGUH.

aDA LAGI....Kami kena kejar due date untuk laporan penasihat persatuan, advisor event students, prepare kertas kerja n proposal new events, jadik AJK setiap event organized, dan macam-macam lagi la..rasanya tak tertulis kat sini pun.

Letih. Baru tau betapa cikgu-cikgu aku dulu rasa betapa penatnye otak berfikir dan berjalan menjadi academician ni. Alhamdulillah, rasa sayang sangat dengan post ni. Rasa tak nak lepaskan. Tapi, apa pun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...

p/s: Bestnye pengalaman kene g BTN 3 hari 2 mlm di Kompleks Hening Cipta dI Pontian. Joint venture dengan  YPJ sekali. Tak tahan tetibe dapat gelaran pejuang Malaysia hahaha. Sayang Malaysia.

1 comment:

Mohd Khuzarul Haziq said...

perhhhhh...nk jadi pramugari, pakaian seksi wOoooooooo....huhhhh..."cube bayangkan"..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...