Sunday, November 13, 2011

Terimalah seadanya.




Memang.
Semua orang suka disayangi insan lain.
Semua orang juga menyayangi seseorang yang istimewa dalam hidup mereka.
Tak perlu nyatakan sebab untuk apa kita menyayangi orang lain kerana ia datang dari hati nurani.
Tanpa sebab dan tanpa syarat.
Cinta tanpa syarat.

Kita semua mengharapkan pasangan hidup kita seorang yang terbaik,
Kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita sendiri punya banyak kelemahan.
Bila jumpa orang yang tak sempurna sibuk betul asyik nak cari kesalahannya saja.
Langsung tak mahu mencari kelebihannya.
Langsung tak pernah menghargai apa yang dibuat untuk kita.

Si dia tersalah sikit je mula mengungkit yang bukan-bukan.
Rasanya tak perlu lah teruskan hubungan tu sebab ia hanya akan menghancurkann sebuah hati nurani insan lain.
Andai diteruskan hubungan tu, bukan bahagia yang diperolehi.
Tapi bala.

Berwasadtiah.
Bersederhanalah.
Tak perlu mengharapkan insan yang terlalu sempurna.
Setiap orang memang tak sempurna.
Setiap orang memang punya kelebihan dan juga kekurangan.
Mungkin kelebihan kita dapat mengatasi kekurangannya.
Dan kelebihannya pula dapat mengatasi kekurangan kita.


Yang penting hati.
Ya.
Yang penting hati.
Jujur dan ikhlas, setia serta bertanggunjawab.
Sedia menjadi imam kepada keluargaku dan menerima aku sebagai makmumu
Bukan harta bertimbun.
Langsung tak boleh dibawa masuk kubur.
Bukan paras rupa.
Sampai saatnya berkedut semua.
Andai seribu halangan mendatang, bertahanlah kerana ia takkan menjadi penghalang kehancuran hubungan itu.

Aku terima kau seadanya.
Kau pula sanggup tawa nangis bersama hingga usai usia
Kita bercinta kerana-NYA.
Moga kita bercinta hingga ke syurga-NYA.
Cukuplah kau seorang saja.
Insya-ALLAH










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...