Sunday, December 4, 2011

Jodoh itu ketentuan TUHAN, bukan?

Salam.
Diam tak diam dah masuk bulan Disember 2011. Bulan depan dah masuk tahun baru 2012 pulak. Ermm.. cepatnye masa berlalu. Pejam celik pejam celik rasa sekejap jer tahun 2011 ni. Tak sabar rasanya nak masuk tahun baru 2012.

Pencarian untuk calon-calon Prince Charming untuk Princess sudah pun bemula. So, sesiapa yang rasa diri dia tu layak, bolehla hantar borang terus kepada aku yek. hehehe.By hand lagi la bagus. Hahahaha....



Amboiiiiiii sesuke hati aku jer wat iklan macam tu. ingat senang ke nak carik calon ni macam beli ikan kat pasar?  pilih jer mana berkenan pastu timbang kilo dan bayor... Hua hua hua.... Kalau mata merah, mesti tak segar dan dah lama..Kalau fresh, orang lain dah cop dulu...

Apa pun, aku bukan la nak pilih and demand yang gorgeous, healthy wealthy, handsome and complete package... Aku mencari yang wasadtiah jer... Kalau dapat, satu reward  la untuk aku, keh keh keh.... Aku still cari yang punye 4 ciri tu seperti sabda Rasullallah s.a.w.... tak banyak pun.. Kalau korang ada kenal hamba Allah yang ada ciri-ciri ni bolehla rekemen kat aku ek...


Ciri-ciri Utama Calon Suami Menurut Perspektif Islam
  1. Berilmu dan bertakwa
  2. Bertanggungjawab supaya boleh memimpin keluarga
  3. Memiliki akhlak terpuji
  4. Memiliki/mamahami ilmu agama supaya boleh membimbing isteri
  5. Tidak berpenyakit
  6. Rajin usaha
  7. Sekufu dan sesuai/serasi mengikut pandangan Islam dan adapt/’urf/pandangan masyarakat umum (kadang-kadang berbeza mengikut tempat/zaman/masa/keadaan/adapt kebiasaan masyarakat)


 Dipetik dari Majalah Wanita, Okt 09 :..


Moga-moga niat aku yang baik ni dipermudahkan oleh ALLAH... Dan kalau korang rasa korang dah terjumpe orangnye, sila lah roger-roger kat aku ek. Dapat pahala extra tau hehehe


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...