Sunday, December 11, 2011

Manual vs Auto dan Lampu-lampu

Salam.


Jumaat lepas, aku diarahkan oleh Mr. jejai utk melawat student practical kat area ayer itam dan kluang. Mak aiii... memula tak pasti la boleh g ke tak dalam minggu-minggu terawal ni... Maklumlah, semester ni time table aku memang full. Boleh dikatakan setiap hari class aku pasti akan bermula pukul 8.30 am dan berakhir jam 5.30 pm. Nak tak nak terpaksala curi masa.






Adoiiyaii Mr. jejai, maklumla ekau tu mini boss aku, kalau tak, ekau jer la yang pergi (jgn marah aa hehehe). So, jumaat lepas class pukul 12.30. teruslah gerak ke ayer itam bersama opis mate, Ms P. tak pasti la sempat ke tak sempat utk settel 2 tempat. So, kitorang pon redah jek la.. Plannning awal naik kete aku jer, tapi dah last2 minit, Ms. P suggest bwk kete dia sebab kete dia auto, manakala kete den manual. Dia bgtau la dia  dah biasa naik auto, so manual ni dia tak biasa. Mana tau, nak ganti-ganti drive nanti senang jer.


Aku ok jer. Kesian gak kalau bawak kete aku, dia plak tak biasa dengan manual rules hehe. Cuma sebenornye, aku seumur idup tak pernah langsung bawak kete auto ni. Ada gak siblings offer bawak tapi aku tak moh langsung. So, dalam situasi yang amat genting ni aku pun ikut jela walaupun dlm hati tertanya-tanya jugak. Boleh ke aku bawak ni??? Hua hua hua. 


Abis je melawat students tu, sempat gak lepak kat kluang mall jap round-round. Memang tengah sales ooo.. Banyak handbag dan kasut yang berjenama tengah sales sampai 70% kauuu..... Kalah Jusco Tebrau yang dekat sangat dengan rumah aku tuu.. Tapi, bila pikir-pikir, watpe aku nak beli lagi sedangkan yang dah ada pon tak terpakai-pakai.... Dah jadik pembaziran la pulakk. Kan membazir ni bestfren syaitann yang direjam. So, kitorang pon saje je window shopping..


Time pergi tu, Ms P yang bawak. aND masa nak balik tu, barulah aku yg bawak. Cian dia keletihan. Masa memula tu, agak kekok la jugak. Tapi aku yakinkan diri jer. Tawakkal dan gunakan kepakaran dan kemahiran memandu yang dimiliki.  






Laaa...rupe-rupenye senang benorr nak bawaknyeeeeee. Cume tekan minyak jer. Tak payah sebok-sebok nak tukar-tukar gear. Power stereng lagi. Lepas ni boleyla aku order sebuah kete auto kat MR. rIGHT. Senang nak gi memana. So, lepas mam Prosperity Burger at McD, kitorang pon balik ke tempat asal. Lagipon dah malam. 


Yang aku hangin ni bila drive memalam buta kebanyakan kete suke benor bukak lampu tinggi-tinggi menjulang. Geram betol laa..Macam kete dia sorang jer yang ada lampu. Taula jalan area kluang -kota tu gelap tanpa lampu jalan, sama la macam jalan area kota - bandar penawar. tapi agak-agak la bukak lampu tu oiiiii..Ingat la kat orang lain. Prihatin la sikit. Kalau la aku dapat jumpe drebar tu, aku ketok jer pakai cangkul. Pentingkan diri sendiri jer.


Mana la tau disebabkan kesilauan yang melampau tu boleh mengakibatkan ada kenderaan lain hilang arah dan tak nampak jalan raya. Terus masuk Metro muka depan. Bukan semua pemandu tu tak rabun. Ada yang pakai spec dan power spec yang tinggi. Ditambah dengan lampu kete yang kaler putih, biru, hijau dan warna warni membuatkan mereka ni ditindas sebenornye. Pikirla orang lain sikit. En. JPJ sila la wat pemeriksaan....


Mood: Geram




p/s: Balik tu singgah mam doyan kat pasak.  Rugi tak dapat mam doyan tembaga. Dah sold out...Apapun, syukur semuanya selamat. Nyam3









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...