Bukan Kemahuan Fikiran

Aku relakan kau pergi dari sisi hatiku
Begini lama setelah tiada jalan penyudah
Jiwa yang hampa kan bertanya apa... masih

Percintaan bukanlah kemahuan fikiran
Di perasaan tersimpan segalnya rahsia
Dan tiada dapat ku tahankan rindu itu

Di antara kita bicara berbeza
Siapa yang merasa dia melara
Tiada upaya menahan derita
Cinta yang hampa

Seraut wajahmu yang paling indah
Walau kekal di hati ini
Seterusnya hidup bersimpul di dalam
Diri ini...

Terlepaslah diriku dari rindu yang sarat
Aku kini terlemas dalam sendu berbisa
Selamanya...