Sunday, March 27, 2011

Lari




Penat. Kadang-kadang aku merasakan tak cukup kuat menghadapi hari-hari mendatang. Dengan bebanan, tekanan, kecelaruan dan kebuntuan yang melanda sekarang ni, rasa macam nak lari jauh-jauh dari sini. Lepas tu pergi mengelilingi dunia dengan merantau dan pergi ke tempat yang tak pernah dilawati sebelum ni. Tapi, aku hanyalah pacal yang hina. Terlalu banyak kekurangan dan kelebihan yang hanya Engkau saja yang tahu.

Dugaan datang silih berganti. Tapi aku percaya tiap yang bermula dengan kesukaran pasti akan berakhir dengan kegembiraan dan tiap yang bermula dengan kebahagiaan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tapi, perlukah kita menunggu sesuatu yang tak akan pasti? Entahlah..

Ku mohon agar Engkau permudahkanlah segala urusanku, YA Allah..Amin

Monday, March 21, 2011

kerja itu satu ibadah...

Salam. 
Minggu ni agak sibuk rutin harianku. Aduii, bertambah la lagi kerje yang memang dah makin bertambah. Ni pun curi-curi masa jer menulis.
Sepanjang bulan Mac dan April ni makin bertambah la kesibukan aku yang memang semakin busy. Tetibe jer tercalon jadi Treasury of Anugerah Ketua Eksekutif utk 30 Mac ni masa meeting minggu lepas. Sabo jela den. Bukan tak mau, tapi apa la salahnya bagi kat orang baru.  Karang ada yang cakap aku gile kuasa. Maklumla, jawatan ni pun antara yang terglemer jugak kwang3 (glemer  ker?) Mujurla, aku ni memang minat bab-bab duit, wang, kira-kira dan sewaktu dengannye. So, takdelah problem sangat. Cuma nak tunggu SUME AJK yang lain bagi bajet diorang la agak lambat skit.
Selain dari itu, ada satu program yang aku pun kena  gak handle setiap semester. Memang wajib dilaksanakan untuk student UiTM. Maklumla, sekali terjebak gi kursus Modul LPPKP yang lepas, terus melekat jadik Setiausaha Program sampai la skarang ni. Sekarang ni nama dah tukar kepada Program Kemahiran Insaniah pulak. Sume student UiTM memang WAJIB untuk menjalani Modul 1-6 sebelum mereka grad. Selagi tak abis modul, maka selagi itu la depa akan repeat modul tu again hahahaha...
Mereka juga akan dapat 2 transkrip, satu untuk akademik, satu lagi untuk kemahiran insaniah ni. Kepada student-students tersebut, bukan menyeksa jiwa raga u all pun, attend jer MODUL dah dapat credit kat situ. Sonang bonar. Rugi la kalau tak pergi.  Lagipun, program ni memang sangat berguna untuk masa depan mereka sendiri jugak.
Tetibe jer 2 hari sebelum kejadian, membe plak bagitau fasilitator tak cukup. So, nak tak nak, terpaksa la aku dengan sorang lagi member merelakan diri sendiri sebagai bidan terjun untuk ganti fasi-fasi yang lain. Maklumla, sebelum ni  keje belakang tabir je. So, kena la study semula sume modul ni dulu. Memang best jadik fasi ni. We just make sure all the participants follow n take part all the activities. Aku ni memang agak suke bila memotivasikan orang, maka tanpa disangka-sangka respon dari mereka sangat la baik. Sampaikan mereka terkesan dan tershare plak problem mereka. Tu yang buatkan group aku lambat abis tu daripada group membe2 yang lain. Takpela, demi anak bangsa, den sanggup berkorban hehehe .
Hari-hari yang mendatang menunggu dengan kerja-kerja yang akan ditambahkan lagi. Teringat satu quotes ‘Bekerja la dengan ikhlas kerana ianya adalah satu ibadah’. Tu yang buat aku makin bersemangat karana menharapkan keredhaan-NYA..Renungkan.

Thursday, March 17, 2011

Sihat ker?

Salam.




Entry ari ni tentang penjagaan kesihatan. Ermmm untuk semua orang sila la jaga kesihatan anda elok-elok yer. Jangan mengada-ngada nak ambil makanan yang tak elok untuk anda setiap hari. Jangan beri alasan, kalau sakit nanti barulah pergi klinik, sekarang ni kita enjoy...makan jer semuanye puas-puas hahahahaha. For example, mee segera, minuman bergas, ais dan makanan ringan memangla sedap. Sape tak terliur?

 Amboiii3333 sedapnye mulut tu bercakap..... Sekarang boleyla cakap macam tu sebab belum kena sakit lagi. Cuba kalau dah diserang macam-macam penyakit, lepas tu anda pulak memang dah tak larat nak drive or pergi sendiri? Terguling-guling la anda di atas katil yang dah tak macam katil lagi. Sume berterabur mengenang sakit yang tak tertahan lagi. So, apa yg anda nak buat time dah tak larat macam tu?

Haaa apalagi....mesti la nak call somebody untuk mintak tolong, kan sebab rasa tak tertahan menanggung penderitaan kononnye. At least housemate, opismate or family, kan? Bagi yang stay kat hostel tu, mestilah u all akan call warden betui tak? Ermmm...so, sebelum korang akan memohon bantuan dan pertolongan daripada mereka, sila renungkan sejenak. Di saat-saat macam tu, korang pernah tak rasa menyesal dengan tidak menjaga kesihatan sendiri. Sebab yang sakitnye anda bukan orang lain. Selain itu, secara tak langsung anda mesti akan merasakan tak mahu menyusahkan orang lain, kan? Tapi,jika tak ada seorang pun yang boleh menawarkan bantuan pada masa tersebut macamana pulak??? Call tak angkat, mesej tak berbalas, dan-dan pulak masa tu credit kering..Aduiiiiiiiyaii....

Maka, sila la fikirkan keburukan jika mengambil makanan yang tidak berkhasiat sume tu. Apatah lagi, jika anda seorang pelajar. Sila jaga kesihatan anda sebab anda menggunakan otak dan tubuh badan untuk menerima dan  memproses maklumat serta berfikir dan mengingat fakta. Makanan segera seperti contoh di atas tu mengandungi pelbagai bahan-bahan yang hanya merosakkan organ-organ terpenting dalam badan anda. Dan hasilnye akan menjadikan anda semua penyakit lupa, nyanyuk, kencing kotor, gastrik, ulu hati dan migrain.Sayangnye muda-muda lagi dah ada penyakit lupa.

Maka, start dari sekarang ni jagalah kesihatan masing-masing untuk masa depan anda juga dan bukan orang lain. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, telur dan amalkan diet yang seimbang.





Monday, March 14, 2011

Psikopat

Salam.


Hari ni tetibe jer eden rasa geram dan stress dengan perangai seseorang ni. Dahla tak mengaku salah sendiri, masih lagi nak tegakkan benang basah dia. Ahh sudahhh. Hilang mood aku. Dia ingat eden tak tau dia sengaja nak tutup kesilapan dia sendiri dengan putar belit cerita auta dia seperti sebelum ni. Eden ada bukti la, bukan cakap kosong jer. Ramai yang jadik saksi masa tu.

Kau dah salah tapi nak tunjuk protes kat aku pulak! Kurang sopan sungguh. Kalau ekau tu adik den, memang den dah lempang laju-laju (trademark adik den hehe). Ahh geramnye.. Tapi, takpe, eden malas nak gaduh-gaduh depan orang ramai. Kang kecian pulak ekau yang malu nanti... Kita kena la profesional jugak nak mengatasi orang yang teramat la emosional ni. Dia pikir dia sorang je betul, tapi sebenarnye SALAH.

Matlamat tak menghalalkan cara, okey. Jangan la ingat ekau jer nak menang, ekau jer yang betul. Kebenaran tetap terbukti. Kalau nak cakap lebih lanjut kisah sebelum ni, sumenye berpihak kepada eden, tau. Ekau masih lagi tak mengambil pengajaran dari kisah sebelum ni, kan?


Takpola, tak bererti eden tak melawan eden dah kalah. Kita tunggu jer nanti. Baru ekau tau langit tu tinggi rendah yek.

Saturday, March 12, 2011

Kerana Mulut...

Salam.
                      


Kisah yang akan dipaparkan kali ini sebenarnye dah jadi macam satu kebiasaan kepada sebilangan orang. Tak kira la kanak-kanak, remaja dan dewasa. Perkara ni dah jadi macam biasa jer dalam kehidupan seharian mereka. Rasanya kita semua yang terlibat samada secara langsung atau tak setiap hari.

Topik hari ini adalah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Maksudnye disebabkan mulut jer, macam-macam boleh jadik. Kerana mulut, perhubungan yang dibina bertahun-tahun terlerai macam tu jer... Aduiiii..bukannye senang nak memulakan sesuatu perhubungan tu, terpaksa berkorban masa, tenaga, usia dan wang ringgit. Ambik berat toksah citerla. Adatla nak memulakan perhubungan, macam-macam kita buat untuk nak mengambil hati si dia. Baik buruk semua terpaksa ditelan.Terima seadanya. Semata-mata nak buktikan sayang dan setia yang tak berbelah bagi.

Tapi, bila dah tak suke jer, bukannye nak mengambil kira apa pengorbanan pihak satu lagi yang telah dicurahkan sebelum ni. Terus jer cakap nak break sebab dah tak tahan dengan kekurangan si dia. Kadang-kadang alasan yang remeh semacam. Konon alasan tak nak ambil berat lagi la, tak pedulikan dia la, rupe-rupenye dia dah ada yang lain... Tu diaa...Walhal dulu sanggup berkorban apa saja. Hingga hujung nyawa la, amboiii senangnye nak putuskan perhubungan. Senang je cakap nak putuskan hubungan. Lidah memang tak bertulang, kan? Yang kesiannyer si dia yang berendam air mata kesan daripada mulut tuu...Kerana mulut, orang lain yang menderita..Erm..

Kerana mulut juga, boleh terjadiknye perang sesama manusia walaupun perang saudara. Pernah dengar tak fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh? Haaa..selalunye orang kita ni bila dengar sesuatu perkara yang tak betul jer, terus tuduh bukan-bukan tanpa usul periksa. Lepas tu, terus sebar-sebarkan tanpa siasat terlebih dahulu. Contohnya, si A bagitau B yang C tuduh B curi barang dia. B pulak dengar jer cerita tu apalagi, terusla kumpulkan geng-geng dia untuk serang C. Entah betul ntah tak B terus serang C sebab malukan dia...Maka, apa lagi, B pun terus datang rumah C marah-marah dan disebabkan kemarahan yang menyala-nyala dengan ditemani syaitan yang bertepuk-tepuk kegembiraan, maka terjadikla perang saudara seperti bertumbuk, bergaduh, lebih teruk jika sampai mengacukan senjata dan mengancam nyawa. Seandainya tiada yang menahan, maka berlakulah pertumpahan darah di kalangan anak Adam. Sungguh berdosa besar jika hingga hilang nyawa yang tak berdosa.  Selepas tu, keluar air mata darah nak menyesal pun dah tak guna.
Apa salahnya berbincang dan tanya elok-elok. Kurangkan perasaan marah dan panas baran tu. Cuba jadik orang yang waras sikit.

Satu lagi kerana mulut ni pulak. Kebanyakan adik-adik kita sampailah kawan-kawan kita suka sangat keluarkan perkataan yang kesat dan tak sesuai nak mention kan kat sini. Pada mereka benda tu semua hanyalah sekadar gurauan semata-mata. Perkataan tu pulak adalah haiwan yang diharamkan dalam Islam. Remaja sekarang ni sesuka hati je nak keluarkan perkataan tu. Sama ada mereke bergurau ker, melatah ker, bergaduh ker, perkataan tu jugak yang keluar dari mulut. Perkataan tu dah la haram, bila disebut berulang-ulang kali boleh terkena pada batang idung sendiri tuuu...Ish3... Maklumlah, kata itu kan doa...

Kat dalam family aku sendiri, kami tak pernah diajar sebut perkataan-perkataan macam tu. Bila dengar orang lain sebut jer, mak dengan bak mesti pesan jangan ikut kawan-kawan yang tak elok perangainye. Cari kawan yang baik akhlaknya. Alhamdulillah, sampai sekarang aku tak berani nak sebut kata-kata kesat tersebut. Yang pelik pasal family aku ni, abang aku yang dua orang ni sampai sekarang diorang kaki bangku. Maklumlah, kawan diorang tak ramai sebab abang aku tu mana la suka melepak macam kawan-kawan diorang yang lain. Tu yang tak reti main bola walau dah besor panjang. Tapi, alhamdulillah, mereka sangat ringan tulang dan rajin tolong mak dan bak kat kebun. Maklumla, kami ni bukan berasal dari keluarga yang senang. Dan kami kalau bergaduh adik beradik pun tak pernah keluarkan kata-kata kesat. Sekadar gaduh-gaduh manja tu adalah hehehehe.... 

Aduiii...bahaya sungguh bahaya mulut ni tau... Banyak kes dah terjadik hanya disebabkan kerana mulut ni. Maka, aku ingatkan diri aku sendiri dan kita semua sebelum buat sesuatu tindakan tu sila pikir-pikirkan kesan dan akibat daripada tindakan tersebut. Sebab akhirnya, kesan tu akan datang pada diri kita jugak samada baik atau buruk. Tuhan bayar cash lagi tau. 


Monday, March 7, 2011

ku kehilanganmu...

Salam.

Aku dah kehilangan sesuatuu dalam hidupku ini. Yang amat berharga. Tak ada tolok bandingnyer. Dia telah meninggalkan aku dengan kesan yang sangat mendalam. Dengan kesan parut yang masih ada, aku teruskan kehidupanku. Walau aku menangis air mata darah sekalipun, dia memang tak akan kembali lagi.





Alangkah sedihnyer berpisah denganmu. Selama ini kita bersama, banyak sungguh kenangan bersamamu. Aku rasa perpisahan denganmu terlalu awal.... Spertinye kita baru berkenalan semalam. Tapi, kehilanganmu membuat aku rasa seperti terkapai-kapai sendirian. Selama ini, kau banyak membantu aku dalam perjalanan hidupku, membantu aku meneruskan perjuanganku, dan menerima aku seadanya. Kau telah menjadi teman hidupku seumur hidupku.

Kini, setelah seminggu kau menunjukkan tanda-tanda kesakitan yang mendalam, juga yang memberi kesan terhadap kesihatanku, aku terpaksa redha akan kepergianmu menghadap Illahi. Jika itu boleh membuatkan kau bahagia dan hilang sakit-sakitmu serta sakit yang kutanggung selama ini, aku relakan. Walaupun aku sedar selepas ini kita tak boleh bersama seperti selalu, aku gagahkan jua perasaanku ini.

Kau akhirnya tewas di tangan seorang lelaki bergelar doktor. Dia telah memisahkan kau dari aku hanya dalam masa kurang 10 minit sahaja. Aduiii...setelah lama aku menyimpanmu di dalam mulutku sepanjang usia kita, akhirnye kau berjaya juga berpisah daripada gusiku yang semakin membengkak akibat tahap kesihatnmu yang semakiin uzur.

Bersemadilah kau wahai gigi geraham kesayanganku. Kehilanganmu menjadikan aku kehilangan satu aset tetapku...Sesungguhnye kehilanganmu tiada galang gantinya......Semoga aku bertemu dengan penggantimu satu hari nanti sama ada gigi batu, gigi emas atau plastik huhuhuhuhu

Apapun, hidup perlu diteruskan....

Wednesday, March 2, 2011

aduiiii...gigi ohh gigi..

salam.

Korang pernah tak rasa macam mana penangan rasa sakit gigi? Dengan rasa ngilu, pening kepala, gigi dan gusi yang membengkak, memang mengusik dan menggangu jiwa raga. Selain itu, aktiviti harian yang biasa dilakukan pun akan terganggu.Stressn tension, rasa macam nak marah orang jerrr....tapi, sabor jela,,,,




Aduiii...entah kenapa la malam tadi tetibe jer aku diserang sakit gigi yang amat sangat....Masya-ALLAH..... rasa macam tak boleh tido dengan urat-urat gigi berdenyut2 sampai ke otak. Rasa macam nak menjerit je malam tdi. Tp, bila pikir balik, karang nanti orang lain ingat aku ni kena histeria pulak, NAUZUBILLAHIMINZALIK....

Bengang gak dengan membe aku bila aku mengadu sakit gigi malam tadi, dia siap wat lawak bodoh plak... Tensen plak. Stress betul, makin sakit hati rasanya. Daripada aku meraung Last2. off  kan jer hp sampai pagi.
 
Nak pi klinik pulak, klinik tu cume provide service ari selasa dengan kamis jer...so, nak x nak, tunggu jela ari kamis sok. Siang ni pulak, rasanya cume agak pening2 lalat skit. tak pulak sakit tu menyerang waktu siang. Stress betul, Tunggula ko mlm ni gigi. kalau sakit makin teruk datang, aku cabut jer ko tu pakai playar. huhuhuhuh......

Sedang menghitung hariiii esok.....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...