Saturday, April 23, 2011

tak seindah mimpi

Salam.

Benar orang kata, realiti hidup ini selalunya tak seindah mimpi. Dalam mimpi, macam-macam kisah indah dan plot-plot yang tak terjangkau akan wujud dalam mimpi. Memang indah dan best. Tapi, bila tersedar semula dari mimpi, semua kisah tu hanyalah di dalam mimpi sahaja.

Yang nyata, realiti memang tak seindah mimpi. Apa yang diharapkan selalunya akan berakhir dengan sebaliknya. Apa pun, kita kena la redha dan bertawakkal dengan apa yang telah ditentukan-NYA untuk kita. Pasti itu yang terbaik dan telah dirancangkan khas untuk kita. Kerana Allah lebih tahu tentang hamba-hamba yang diciptakan-NYA...


Sunday, April 10, 2011

Kisah Kasih di Hujung Minggu

Salam.



Minggu ni aku dapat cuti ganti sehari. Hari Sabtu pulak tu. Maklumla minggu lepas 7 hari non stop bekerja..Haa apa lagi, aku pun planning macam-macam yang akan aku buat utk spend time kat umah dengan family lagi. Siap bawak balik keje yang bertimbun ni. Dalam hati gumbiranya tak terkata. Konon-konon nak ajak family gi jalan-jalan la, shopping la. Lepas tu plan nak g tukar tayar kete lagi. Baru teringat dah lama tak tukar pun. Maybe benang tayar tu pun dah terkeluar huhuhu...

Tetibe sampai rumah sunyi jer tak macam selalu riuh. Eh, kenapa pulak ni. Rupe-rupenye majority ahli keluarga diserang virus muntah-muntah dan demam. Daripada emak, adik dan anak sedara pun terkena tempiasnye. Kasihannye. Maka, agak suram jugak la rumah ni untuk minggu ni. Sume orang dah melepek kat umah tu. Tk larat nak berjalan. Aku rasa diorang ni sume keracunan makanan. Cian si comel Habibah pun kena jugak. Dahla kurus dan kecik, malam tido siap mengigau lagi. Ish3...

Maka, yang menjadi mangsa adalah aku dan ayahanda yang alhamdulillah masih sihat. Dari pagi sampai petang, aku g tolong la apa yang patut. buat bf, masak, mengemas, layan kawan dia dan wat kuih  lagi. Mak lagi kasihan, dia dapat order wat kuih eno dari orang kampung sebelah, maka aku la yang membantu dari awal sampai abis. Maka, tak dapat la aku meneruskan rancangan untuk ajak diorang jalan-jalan....Huhuhuhu...agak sedih ni, Maklumla, bukan senang dapat meluangkan masa untuk family macam ni...

Apapun, rasa bangga la jugak dapat bantu bonda tercinta di saat-saat beliau memerlukan aku minggu ni. Hehehe...Maklumlah, sebelum ni aku selalu tiada bila dia perlukan aku. Kali ni, biorla aku berkorban untuk dia asalkan dia bahagia dan sihat..hehehe...touching sikit. Aku sedar bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Redha emak tu penting tuu..Kasih ibu sepanjang usia....Tak ada took bandingnye...Takpela mak, sok luse mak dah sihat kita g shopping erh puas-puas. Hehehehe....

Mak tungguuuu ye masa tuu

Tuesday, April 5, 2011

What you give you get back....

Salam.


Wow! Tajuk hari ini memang best untuk didengar dan dihayati serta dijadikan penguat semangat diri. Aku sendiri rasa teruja bila dengar ayat tu.

Maklumlah, aku pun suke jugak berkongsi kata-kata perangsang dengan semua orang, even students, friends, relatives dan opismates. Agak suke jugak bila apa jua yang kita berikan kepada orang lain kita akan dapat balasannya semula pada masa akan datang. Tapi apa yang diberikan tu mestilah in good condition. Contohnye la kan, jika kita nak bagi hadiah baju kat member mestilah baju tersebut tak pernah kita gunakan atau baju tersebut memang cantik, bernilai dan dia memang idam-idamkan. tak semestinye mahal tapi dia akan suke dan berpuas hati. Insya-Allah pada masa akan datang akan ada orang yang akan hadiahkan kita baju yang agak kita sukai.


Tapi, jika kita berikan kat orang lain dengan hati yang tak ikhlas dan sesuatu itu tak sempurna dan cacat maka itulah juga yang kita akan dapat pada masa akan datang. Maka jika kita hadiahkan orang lain dengan baju yang agak lusuh dan telah digunakan atau pun yang telah koyak dan rosak, maka itu jugalah yang kita akan dapat nanti. Perkara ini adalah ibarat seperti roda. Kadang kita akan berada di atas, kadang kita akan berada di bawah. Maka, bila berada di atas jangan pula lupe melihat ke bawah. Dan bila kita berada di bawah, jangan sesekali lupe untuk mendongak ke atas.

Itulah pesan bonda dan ayahanda yang takkan pernah aku lupekan sampai bila-bila.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...