Sunday, May 29, 2011

Siapa Yang Cantik? |

Siapa Yang Cantik? 

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
 
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya. 

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, May 21, 2011

Sukarnye menjaga hati, kan?

Salam.



Entri hari ini adalah menjaga hati. Sebenarnye, agak susah untuk kita menjaga hati semua orang, betul tak? Yelah, kita kena la pastikan semua orang-orang di sekeliling kita tak terasa terkilan dan kecil hati dengan tingkah laku dan perbuatan kita. Mungkin tanpa kita sedari kita pernah lukakan hati seseorang yang dekat dengan kita.

Atau pun kita pernah merasa orang lain tak pernah nak menjaga hati kita?Bagaimana pulak kalau best friend kita sendiri tak nak jaga hati kita? Kita beria-ia cuba menjaga hati dia dan back up dia baik punye bila orang lain nak kutuk dia, tapi dia pulak sibuk-sibuk mengata kita depan membe lain kat belakang? caner tu? Dia siap sebarkan kelemahan kita depan orang lain dan tak nak langsung menerima kekurangan kita? Atau pun tak nak tegur dan cuba perbetulkan?

Apa yang korang akan buat? Adakah korang akan balas balik? Atau korang sindir semula? Atau korang diamkan jer wat tak tau? Atau pun korang kecik hati sampai berdendam dengan kawan korang sendiri?

Aduii memang pedih la bila kengkawan kita especially best friend kita sendiri sanggup mendedahkan kelemahan kita kat orang lain, kan? Sepatutnya, bukan ker dia yang patut cover line kelemahan kita tu dan sanggup bantu mengatasi masalah tersebut? Aduii baru la tau betapa sukarnye nak mencarik sahabat yang sejati dan sanggup terima kita seadanya.. (mood: sedih)

Aku pernah la mengalami sendiri situasi macam ni. Masa dulu la...Dah lama gak. Kawan baik aku sendiri tak sanggup menerima kelemahan yang ada pada aku dan sanggup beritahu membe kitorang yang lain tentangnye. Aku sebenarnye takdelah kisah sangat tentang perkara tu tapi yang aku tak sangka tu, dia sanggup beritahu orang lain dan tak sanggup terima kekurangan yang ada pada aku.

Dan, masya-ALLAH, TUHAN berikan petunjuk kat aku untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan mereka berdua sambil berbisik (mereka tak sedar agaknya walaupun diorang berbisik, tapi aku telah terdengar apa yang diperkatakan oleh mereka berdua walaupun suasana agak bising di tempat kejadian). Alhamdulillah ya Alah, Kau tunjukkan kebenaran juga akhirnya. Sedih gak rasanya. Bengang pun ada gak.

Lepas tu, aku terus pergi dari situ dan rasa sedih sangat. Kecik hati ini hanya Tuhan saja yang tahu. Maklumlah, aku tak sangka dia akan berkata begitu depan orang lain. Patutnye, sebagai kawan dia jaga la maruah kawan dia, betul tak? Bukanlah makin disebarkan kat orang lain. Patutlah, aku perasan selalunya kalau kitorang borak-borak mesti dia asyik nak gurau-gurau sampai makan dalam pekenakan aku jer... Alaaa, aku biasalah malas nak ambik port pun. Anggap tu semua gurauan semata.

Tapi, setelah apa yg kudengar dengan mata kepala aku sendiri, barulah aku paham hint-hint yang dia maksudkan. Selama ini,aku tak pernah nak kutuk membe baik aku sendiri waima depan orang lain. Pada aku, sebagai sahabat, kita kena la jaga maruah orang lain especially kawan kita sendiri, kan? Bukan buka pekung si dia dengan orang lain.

Sampai saat ni aku terfikir la, adakah dia ikhlas berkawan @ bersahabat dengan aku ni? Banyak sangat ke yang dia tak puas hati dengan aku sepanjang aku kenal dengan dia.Kadang-kadang bila pikir balik, aku rasa macam selama ni aku cuba untuk jaga hati orang lain. Jaga perkataan dan perbuatan. Jaga tingkah laku (cuma kadang-kadang gurau-gurau manja jer dengan orang yang dikenali jer tau) hehehe. Tak tau la pulak kalau tu pun tak boleh terima... Tapi, takdela aku sampai hati bocorkan rahsia membe aku kat orang lain....

Entahlah, kadang-kadang rasa tak dihargai walaupun kita dah buat yang terbaik untuknye... Tak tahu lagi apa yang aku PATUT buat.... Apa pun, aku malas nak cakap lebih-lebih sebab dah tau perangai dia macam tu. Tapi dah lama kisah ni. Sampai sekarang ni kitorang macam biasa jer bagaikan tak de pape yang berlaku walaupun aku dah tau perangai sebenar dia ni haa. Malas nak kecah.

So, aku cuba untuk menjaga hati orang lain walaupun kadang-kadang hati sendiri terluka...Teringat kat dua orang sahabat yang sanggup bersama-samaku ketika susah dan senang, Cik Efa dan Cik Mala. Mereka sanggup menjaga hati aku dan sanggup berkorban apa saja untuk membahagiakan aku seperti aku juga menghargai mereka dan takkan bagi orang lain kutuk mereka depan aku. Tapi, sekarang ni kami masing-masing dah terpisah demi masa depan masing-masing... Indahnya saat-saat manis dulu

Apa pun yang terjadik, hidup perlu diteruskan walaupun tanpa orang-orang tersayang. Tak pela aku redha Ya Allah. Bersangka baikla dengan semua orang.Yang penting kita enjoyyy...Berusaha menjaga hati orang lain walaupun hati sendiri terluka. Boleh gituuuuu????


Tuesday, May 17, 2011

Terima kasih





Salam.

Susah sangat ke nak ucapkan terima kasih tu? Adakah ia memerlukan seseorang mengeluarkan wang sebelum cakap?Atau perlu mengangkat kayu api baru boleh ucapkan kata-kata tersebut? Tak pun kena bagi hadiah mahal-mahal baru kena cakap? Rasanya dua patah perkataan ajaib tu adalah words yang paling senang sangat disebut tetapi dengan cara ikhlas, bukan terpaksa.

Sejak kecik lagi kami dah diajar oleh mak dan bak untuk cakap dua perkataan ajaib tu kepada orang lain atas bantuan atau apa sahaja pemberian kepada kita. Jangan sombong dan suke meninggi diri kelak nanti semua ofrang lari. Aku ingat lagi pesanan mereka sampailah kami semua dah besar panjang dan alhamdulillah aku masih lagi adapt dalam kehidupan seharian.

Percaya atau tak, dua perkataan tu dapat membantu kita membina hubungan baik dengan insan lain. Bila kita ucapkan dengan seikhlas hati, secara automatiknya kita sedang membina dan mengukuhkan ikatan ukhwah kita dengan orang lain. Insya-ALLAH murah rezeki.

Dan dengan words tu jugak hubungan tersebut boleh bertahan hingga hujung nyawa,tau. Cubalah. Selain dua words tersebut, perkataan maaf dan tolong juga amat berharga buat sesetengah orang. Kadang-kadang hanya dengan perkataan tersebut juga kita akan terhalang daripada permusuhan dengan orang lain.

Tapi, sekarang ni words tu dah semakin dilupakan orang zaman sekarang. Nak cakap bukan main susah sangat, konon takut jatuh status. Malu, ego dan pentingkan diri sendiri jer, Tak payahla nak sombong-sombong ek, kita semua ni sama jer di sisi TUHAN. Yang membezakan antara kita umat manusia ni adalah ketaqwaan dan keimanan kita kepada-NYA. Bukan pangkat, status dan kekayaan. Bila dah meninggalkan dunia yang fana ni pun kita semua akan dihantar ke tanah perkuburan jugak akhirnya.

Terima kasih semua sebab jadik followers ;)

P/S - Sentiasa ingin menjadi yang terbaik dalam mengamalkan sunnah Rasullullah s.a.w.

Thursday, May 12, 2011

Aku mencintainya.....




★ Aku mencintainya, tanpa melihat kata "SEMPURNA" . .

★ Aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan hatiku . .

★ Aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fisikalnya
...
★ Aku mencintainya dengan sebentuk cinta yang ku punya . .

★ Aku mencintainya, tanpa melebihi rasa cintaku padaNYA . .

★ Aku mencintainya dengan melihat segala kelebihan dan kekurangan yang ia miliki . .

Monday, May 9, 2011

Minggu Pemantapan Pelajar JPP

Salam.

Seronoknya dapat tengok student-student baru masuk. Biasalah, bila ada student baru mesti ada minggu orientasi, kan? Hehehe..Setelah mereka berkenal mesra dan rapat dengan ajk induk, urusetia dan fasilitator yang sanggup tak tidur menjaga mereka selama seminggu, maka tibalah masa untuk mereka beramah mesra dengan pensyarah jabatan masing-masing atau dikenalai dengan Minggu Pemantapan Pelajar.

Haa...time ni la, nak kenal sape lecturer, kat mana letaknye toilet, bilik kuliah, lab, library dan lain-lain. Maklumla, semuanya masih baru dan mereka kena adapt dengan the new environment. Manalah tau kalau-kalau ada yang tersesat pulak bila dah start lecture soon hehe.

Haa..sepanjang hari ni adalah aktiviti taklimat dan suaikenal yang telah dijalankan oleh jabatan kami. Tengok sume student-student baru ni teringat masa aku mula-mula zaman study dulu. Rasa macam nak kembali ke zaman study dulu je. Mana taknye, jumpa kawan baru, semangat nak study tu memang sentiasa membara jer hehehe...Pelbagai reaksi sempat aku shoot sewaktu aktiviti dijalankan. Tengok jela betapa gumbiranya mereka ni lalalala


Tengok tu, macam-macam aksi daaa depa ni buat. Apa pun, alhamdulillah sumenye berjalan dengan lancar.




Laa ni tengah dok pikir apa nak buat untuk program minggu depan plak...

Fasilitator?

Tuesday, May 3, 2011

Satu Keinsafan ...

Salam.

Dah lama rasa tak menulis. Sebenornye, memang banyak cerita yg nak diluahkan. Minggu lepas, kami teman sepejabat telah menerima berita tentang salah seorang staf di opis telah kehilangan seorang bonda tercinta. Maka, kami pun decide untuk menziarahi keluarga beliau sebagai penghargaan buat kali terakhir kepada arwah. Sepanjang aku kenali walaupun tak la rapat, tapi pernah jugak la berbuka puasa di rumah beliau 2 tahun lepas. Arwah memang seorang yang kuat semangat. Maklumlah, walaupun sakit dan letih, tapi masih mampu masakkan untuk tetamu.




Rasa sedikit kesedihan dan kesayuan apabila masa untuk penghormatan terakhir untuk arwah. Aku rasakan bagaimanakah nanti saat-saat seperti itu akan aku alami jika kehilangan orang-orang tersayang...Atau pun aku sendiri yang akan pergi meninggalkan orang-orang yang kusayangi satu hari nanti.. Aku tak sanggup kehilangan insan-insan yang sayangkan aku seadanya..Adakah aku cukup bersedia? Sudah banyakkah amalan yang kukumpul sekarang? Ohh...tak sanggup aku pergi lagi meninggalkan dunia ini dengan bekalan yang masih lagi belum cukup untuk dibawa bersama..Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi dan mengasihiku sejak aku kecil dahulu...

Aku sedar, aku pun hanyalah manusia biasa...Tak lepas daripada kesilapan. Maka, aku cuba menghargai apa yang aku ada sekarang sebelum semuanya akan aku tinggalkan atau ditinggalkan suatu hari nanti. Rasa keinsafan menyelinap masuk ke sukma dan jiwaku....Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan jasad satu hari nanti. Cuma masa, saat dan ketika sahaja yang aku tak pasti. Semuanya rahsia Allah. Hanya Dia yang berhak menentukan perjalanan hidup kita ini.

Aku percaya. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia telah menentukan yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hamba-NYA yang hina ini perlu percaya dengan qada' dan qadar Dia.

Apapun yang terjadi kepada kita, kita perlu sentiasa bersyukur. Pasti ada hikmahnya atas semua ini. Kita hanya perlu mencari apakah hikmah yang tersembunyi tu...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...