Saturday, June 18, 2011

Smoking? Best ke?

Salam.


Smoking?
Aduhhh...sampai sekarang ni aku tertanya-tanya dalam diri sendiri apa bestnye smoking ni ek?Tak tahulah kenapa sebab sampai sekarang ni aku rasa fenomena ni dah jadik biasa pada kebanyakan lelaki. Dah penat aku cuba la carik info kelebihan merokok ni daripada mana-mana sumber internet, majalah, dan media massa. Sayangnya, semua menunjukkan ke arah yang negatif, especially bila ia berkait rapat dengan kesihatan.

Mengikut kajian, seseorang yang menghisap rokok setiap hari dapat meningkatkan resiko terkena kanser paru-paru, kerongkong, rongga mulut, gangguan pembuluh darah, gangguan kehamilan dan sakit jantung. Menurut kajian juga, seseorang yang secara rutin merokok 3 hingga 4 batang sehari, lapan kali lebih berisiko terkena kanser mulut jika dibandingkan orang yang tidak merokok. Bahkan hasil terbaru menunjukkan bahwa dalam perkembangannya merokok akan mengakibatkan kanser pankreas.

Makk aiii, ngeri jer dengar. Ni yang wat aku takut sangat nak cari suami yang merokok ni. Takut gak kalau-kalau dia tinggalkan dunia ni terlalu awal daripada aku dan keluarga...
Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan Ya Allah...

Yang aku tak boleh tahan tu, bila gi kuar makan kat tempat awam, ada jer orang yang sesuka ati dia melepaskan asap yang mengandungi beribu-ribu racun tu. Racun tu pulak, bukan dia yang sedut sendiri, tapi paksa orang lain pulak yang sedut asap dia. Geram betul aku! Apasal plak nak suruh orang sedut asap dia? Sedut jelah sendiri! 

Untuk pengetahuan anda semua, asap rokok yang terlepas ke udara mengandung nikotin, karbon monoksida, hidrogen sianida dan amonia. Semua zat-zat tersebut adalah racun mematikan yang lambat laun boleh merenggut kesehatan tubuh perokok pasif. Bahkan kesannya boleh jadik lebih parah jika dibandingkan dengan perokok aktif.

Yang lagi satu aku tak boleh tahan, bila smoking dalam kereta. Pernah la ternampak sorang mamat ni drive kereta dia dengan cermin tingkap tertutup kat jalan raya. Tetibe jer, nampak dia buka tingkap untuk buang puntung rokok dia. Mak aiiii....sanggup dia biar kerete dia berbau asap dalam air-conditioner tuuu... Ish3...tak tahan den nak hidu. Confirm melekat bau dia berabad-abad dalam kete tu...Kalau la aku naik taxi, aku sanggup cari taxi yang tak berbau racun tu. 

Yang paling aku kesian adalah golongan remaja atau student yang dah terjebak dengan kegiatan ni. Kasihan sangat sebab mereka ni dahla hanya dapat duit kocek daripada family untuk perbelanjaan menampung mereka sepanjang menuntut ilmu, tapi sanggup pulak tu tak makan semata-mata nak beli rokok tu. Haaa.. sekali dah terjebak, memang agak sukar nak tekadkan  hati untuk berhenti. 

Masih tak nak berhenti? Tunggu sajalah bila dah kronik nanti baru nak menyesal. Masa tu dah tak boleh nak putar waktu lagi. Dah tak guna pun nak menyesal. Memang suke agaknye tengok  bila orang yang tersayang ditinggalkan menangis dan meraung

Sekadar mengingatkan untuk yang terlupa....



Monday, June 13, 2011

reBRANDing ouch...

sALam.

Pernah tak u all rasa nak rebranding diri sendiri tetibe? Aku rasa sekarang ni aku memang perlukan status baru ni. Malas la nak pikir status lama yang tak pernah berkesudahan. Maklum la, kisah lama tu biarlah berlalu. Apa pun yang terjadik hidup perlu diteruskan, gituu...

Status baru yang akan datang ni pasti lebih mencabar, kan? Dah nama pun rebranding. So, aku akan buang status lama yang dah usai bak lagu Amy Mastura dalam citer Cinta Korporat dulu. Maka, aku akan buat penjenamaan semula aku yang baru.

Oppss...bukan tukar jantina okey... Takutnya kalau terhumban ke neraka. Bukan jugak tukar kerjaya,tau.  Aku memang suke bab berkongsi ilmu ni. Kalau tak masuk class sehari macam ada jer yang tak kena oo..Korang teka jela...sampai masa nanti aku bagitau eh.
 
Kali ni, semua serba baru. Dan lepas ni tak perlu lagi nak mengenang kisah-kisah lama, sedih dan membosankan. Pastinya lepas ni lebih ceria dan happening....

Watch out guys hua hua hua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...