Friday, July 8, 2011

Konvokesyen Day

Salam.

Konvokesyen kali ke-5 Kolej INSTEDT telah berlangsung dengan jayanya di Persada Johor pada hari Ahad, 3 Julai 2011. Alkisahnya, kami para lecturer telah diberikan penghormatan untuk menghadiri dan memakai jubah di barisan akademik. Rasa memang seronok dan bangga tengok penganugerahan DIPLOMA kepada anak-anak didik yang kini dah berjaya menentukan hala tuju masing-masing. Pengorbanan mereka telah berbayar kini dan tibalah masa untuk membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk mereka pula .

Harap-harap mereka mengerti dan faham tentang erti pengorbanan kedua orang tua mereka. Tetapi, ,maaflah pelajar-pelajar sekalian kerana tidak dapat berjumpa dan bergambar kenang-kenangan dengan anda sekalian. Saya pun rasa terkilan juga kerana tidak dapat berjumpa dengan anda semuanya seperti pelajar-pelajar sebelum ini. Apakan daya, selepas majlis tamat, kami terus diminta untuk menjamu selera. Keluar sahaja dari Dewan Jamuan, tak dapat berjumpa dengan mereka kerana masing-masing sedang bergambar di  atas pentas. Sedih dan terkilan jugak. Maaf ya semua.

Lagipun, saya pun dah berjanji untuk menghantar emak membeli barang dapur di pasar SMART, JB. Apakan daya, dah berjanji dengan emak, tak sampai hati pulak nak melambatkan. Maklumlah, pulang ke kampung sebulan cuma sekali atau sebulan dua kali sahaja. Takut-takut dia terkilan pulak tak dapat nak meluangkan masa dengan saya ni hehe.

Apapun, saya nak ucapkan tahniah kepada kesemua pelajar-pelajar kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Tanggungjawab anda semua semakin bertambah kerana anda juga kini sebahagian daripada masyarakat dan perlu bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.

p/s : Itulah pentingnya high education! hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...