Saturday, October 22, 2011

Tentang Hati dot com: Zodiak yang paling diminati. Anda?

Tentang Hati dot com: Zodiak yang paling diminati. Anda?: Pertama: Aquarius Berdikari, bertimbang rasa, mempunyai pendirian diri dan mempunyai perasaan ingin tahu yang amat kuat. Inilah ciri2 ...

Monday, October 17, 2011

Pendidik ooo pendidik.,

Cikgu? Guru?  Pensyarah? Pendidik?

Sama jer sume tu.

Ingat dulu masa kecik-kecik aku tak suke jadik cikgu sebab x glemer langsung hehehe... Kelakar betoi masa tu. Cikgu siap tanya kitorang sorang-sorang, apa cita-cita kami pada masa depan. Aku pun terpikir gak satu cita-cita ni, konon-konon dengan bangganya bagitau, 'saya nak jadik stewardess, cikgu. Pramugari'. Cikgu tu pun macam percaya tak percaya jer dengar aku cakap. siap gelak-gelak lagi. Aku siap berangan lagi maklumlah, boleh selalu travel naik flight, gi negara orang putih, gi Tanah Haram, pakai cantik-cantik, glemer gitu..Hahahaha..

Tapi, bila dah meningkat dewasa ni, aku dapat rasakan bahawa pekerjaan sebagai seorang guru ni adalah murni dan ibadah dan paling mencabar sangat. Orang selalu kata, jadik guru ni senang jer kerjenye. Pergi class, mengajar. Lepas tu, dah abis mengajar boleh balik la. Kerje plak dok kat opis jer menanda dan bagi markah. Lepas tu, boleyla borak-borak, minum-minum kat kafe.Tu yang ramai nak jadik guru dengan sebab-sebab macam tu la.

Adoiyaii, sume orang cakap sonang je la. Tapi, sebenarnye tak seindah mimpi pun. Melayan kerenah pelajar-pelajar, ada yang mendengar kata dan nakal, tak datang class, tak siapkan assignment, ada yang tak datang class semata-mata pentingkan tido jer... Yang tak tahan tu, ada yang dah sampai class dan tertido sampai buat macam-macam aksi hahaha. Orang lain sibuk-sibuk kemas barang nak balik, dia tak sedar langsung pun bising-bising. kELAKAR SUNGGUH.

aDA LAGI....Kami kena kejar due date untuk laporan penasihat persatuan, advisor event students, prepare kertas kerja n proposal new events, jadik AJK setiap event organized, dan macam-macam lagi la..rasanya tak tertulis kat sini pun.

Letih. Baru tau betapa cikgu-cikgu aku dulu rasa betapa penatnye otak berfikir dan berjalan menjadi academician ni. Alhamdulillah, rasa sayang sangat dengan post ni. Rasa tak nak lepaskan. Tapi, apa pun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...

p/s: Bestnye pengalaman kene g BTN 3 hari 2 mlm di Kompleks Hening Cipta dI Pontian. Joint venture dengan  YPJ sekali. Tak tahan tetibe dapat gelaran pejuang Malaysia hahaha. Sayang Malaysia.

Monday, October 3, 2011

suntuknye...

Assalam.

Dah lama x update blog aku sekarang. Macam dah bersawang pun ada gak. Dah penuh dengan web of spiderman and spiderwoman. Kalau dibelek setiap sudut, mesti dah bercucu-cicit anak2 spider kat sini. Tak pun dua tiga keturunan anai-anai yang dok menumpang sini.

Ntahla, rasa macam masa ni berlari terlalu pantas dan tak sempat nak mengejarnye je.. Aduhaii...apo la nak jadik. Kerje semakin banyak. Kes semakin complicated. Masa semakin suntuk. Dateline plak semakin gering. semua nak cepat, segera dan wajib.

Sekarang ni dah lega sikit cos students semua sedang menduduki final examination diorang. Lega jap jer. cos lepas ni nak kena habiskan marking plak. Lepas tu, preparing their semester result...












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...