Wednesday, November 30, 2011

Satisfying you? oohhh



Kadang-kadang kita memang tak dapat puaskan hati semua orang. Buat tu salah, buat ni salah......  Semua salah di mata orang lain. Tapi, dalam hidup ni kadang-kadang kita kena la jugak wat keputusan untuk diri sendiri. Apa pun kita kena la pikir mana yg terbaik untuk diri sendiri dan orang lain jugak. So, orang lain takleh la salahkan kita sebab kita tau perbuatan kita tu adalah untuk kebaikan sume orang.


Aku pun manusia biasa jugak, bukan malaikat. Kalau kau orang nak salahkan aku ke, tak nak maafkan aku ke, tu hak kau or,okey. Jangan kau ingat kau sorang je punye hati dan perasaan dalam dunia ni. Orang lain pun ada. Yang membezakan seseorang insan dengan insan yang lain adalah tahap keimanannye jer. Bukan paras rupa pun. Bukan harta semata. Ermm...  




Sejuk sikit hati tengok gambar kat atas ni. Hilang rasa marah, stress dan depress  
dengan kerenah manusia kat dunia ni.




Aku pun pernah jugak rasa stress bila bertimpa-timpa masalah datang pada satu masa yang sama. Tapi, takdelah siap sampai nak maki hamun orang lain, marah melulu macam orang gila meroyan.. Nampak sangat tak matang lagi dan tak tau nak handle masalah tu. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannye. Cuma cara kita berfikir nak menyelesaikannye jer yang membezakan antara orang yang berilmu atau tak. Betol, tak?


Relaxxxxxx sudahhhh, bro.....




p/s:  When you think no one cares, look around. You are loved more than you know...

Wednesday, November 23, 2011

speechless

"When I say that I love you, it's mean I give the best for you....!!!"

Sunday, November 13, 2011

Terimalah seadanya.




Memang.
Semua orang suka disayangi insan lain.
Semua orang juga menyayangi seseorang yang istimewa dalam hidup mereka.
Tak perlu nyatakan sebab untuk apa kita menyayangi orang lain kerana ia datang dari hati nurani.
Tanpa sebab dan tanpa syarat.
Cinta tanpa syarat.

Kita semua mengharapkan pasangan hidup kita seorang yang terbaik,
Kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita sendiri punya banyak kelemahan.
Bila jumpa orang yang tak sempurna sibuk betul asyik nak cari kesalahannya saja.
Langsung tak mahu mencari kelebihannya.
Langsung tak pernah menghargai apa yang dibuat untuk kita.

Si dia tersalah sikit je mula mengungkit yang bukan-bukan.
Rasanya tak perlu lah teruskan hubungan tu sebab ia hanya akan menghancurkann sebuah hati nurani insan lain.
Andai diteruskan hubungan tu, bukan bahagia yang diperolehi.
Tapi bala.

Berwasadtiah.
Bersederhanalah.
Tak perlu mengharapkan insan yang terlalu sempurna.
Setiap orang memang tak sempurna.
Setiap orang memang punya kelebihan dan juga kekurangan.
Mungkin kelebihan kita dapat mengatasi kekurangannya.
Dan kelebihannya pula dapat mengatasi kekurangan kita.


Yang penting hati.
Ya.
Yang penting hati.
Jujur dan ikhlas, setia serta bertanggunjawab.
Sedia menjadi imam kepada keluargaku dan menerima aku sebagai makmumu
Bukan harta bertimbun.
Langsung tak boleh dibawa masuk kubur.
Bukan paras rupa.
Sampai saatnya berkedut semua.
Andai seribu halangan mendatang, bertahanlah kerana ia takkan menjadi penghalang kehancuran hubungan itu.

Aku terima kau seadanya.
Kau pula sanggup tawa nangis bersama hingga usai usia
Kita bercinta kerana-NYA.
Moga kita bercinta hingga ke syurga-NYA.
Cukuplah kau seorang saja.
Insya-ALLAH










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...