Wednesday, December 12, 2012

kehilangan..

Entry kali ni agak touching sikit...
Sesiapa kat sini yang tak pernah mengalami kehilangan?



Aku pun pernah mengalami kehilangan.... Yang pertama, barang yang paling aku sayang dan yang kedua, orang yang paling bermakna dalam hidup ini..



Kalau sebut pasal barang, memang la aku akan sayang semua barang-barang aku. Sama ada yang aku beli sendiri dengan hasil tulang empat kerat atau pun yang orang bagi hadiah kat aku. Even just hadiah key chain pun aku akan simpan baik-baik, dan jaga elok-elok...So, kalau barang tu hilang, aku akan carik sampai dapat sampai jumpa...

Kali kedua kehilangan adalah bila orang yang paling aku sayang tinggalkan aku hanya untuk sebab yang remeh temeh...bukan disebabkan aku ada orang lain, atau dia ada orang lain tapi sebab yang aku sendiri tak tahu. Entahlah, semuanya berlaku dengan sangat pantas. Tak tau nak ceritakan macam mana lagi. Cukuplah selama ni semua ni berjalan dengan lancar... Tapi, disebabkan oleh kekangan masa, boleh pulak semua ni terjadik. Adatla kan dalam persahabatan atau perhubungan ada suka, duka, geram, masam, manis...Tapi, tak sangka pulak semua ni tak seperti yang dirancangkan walhal selama ni ...

Apa pun, hidup perlu diteruskan..... Janji Ditepati tu tak tau la akan ditepati lagi ke tak,,,atau sekadar di pinggiran je...

Biarlah masa menentukan...Kita sebagai hamba-NYA kena sedar semua yang berlaku ni ada hikmahnya...

Friday, November 2, 2012

Kembali....

SALAM.

Dah lama tak update blog ni. Diam tak diam dah berbulan-bulan gak blog ni sepi tanpa utusan dan celoteh dari tuan punye hehe..Rindu tauuu dengan blog kesayangan ni.......

Maklumlah..sebelum ni princess bizi sesangat sampai x cukup masa nak spend untuk diri sendiri...So, sekarang ni baru la ada masa lapang untuk berkongsi citer kat sini...

Macam-macam ada kat fikiran aku sekarang ni.....Semuanya dah bercampur-campur baur...Tak tau macam mana nak luahkan...

Takpela, nanti sambung menulis lagi. Masa dah time untuk bersiap nak bermain badminton dengan yang opismate yang lain. Hehehe..loceng pun dah bunyik.

Jumpa lagi, dear

Wednesday, May 30, 2012

Tonight I celebrate my love - Peabo Bryson & Roberta Flack (With lyrics)...

Ada org dedicate lagu ni untuk aku. Ermm..boleh jalan dah. Sorry, Its too late. I won't forgive you as long as i'm alive 


Thursday, May 24, 2012

Peringatan Diri: Amalan harian

Peringatan Diri: Amalan harian: AMALKAN SETIAP HARI ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan p...

Monday, April 23, 2012

JOM STUDY ;)

SALAM.
kali ni nak cerita tentang intake baru plak. 28 APRIL NI. saje jer nak promote kat adik-adik lepasan SPM lepas yg berminat nak sambung DIPLOMA kat INSTEDT, kami ada tawarkan beberapa program dengan syarat2 minimum 3 KREDIT sahaja. Jom zassss..




ANTARA PRASARANA YANG DISEDIAKAN: 








PANDANGAN SISI


MASJID AS-SYIFAA



                                                                      HOSTEL 


BILIK KULIAH


LIBRARY


KOLEJ YANG BERDEKATAN DENGAN TERMINAL DAN BAS PENGANGKUTAN DISEDIAKAN


                                                                     MAKMAL KOMPUTER




                                                                     STADIUM YANG LUAS
PROGRAM YANG DITAWARKAN & SYARAT KEMASUKAN

Diploma Kejururawatan  KPT/JPS 01/14 (A7545)-(Progam Bertemuduga)
Syarat Kelayakan Masuk : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM atau peperiksaan setaraf dengannya) dengan memperolehi 5 kepujian dalam mata pelajaran termasuk Matematik dan Sains, serta lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian                                : 3 tahun / 6 semester
Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat-Uitm KPT/JPS 07/10 (A7580) 
Syarat Kelayakan Masuk : Lulus SPM dengan memperolehi  5 kepujian  dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lulus dalam Matematik atau sijil Pentadbiran Pejabat dari Uitm dengan CGPA minimum 2.70
Tempoh Pengajian                : 2 ½  tahun /5 semester                           
*Pemohon dan Ibu bapa wajib bumiputera.

Diploma Pengajian Sukan –Uitm KPT/JPS 07/10 (A8281)-(Program Bertemuduga)
Syarat Kelayakan Masuk :Lulus SPM dengan memperolehi 5 kepujian dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan, 2 subjek lain. Nota : i.Bagi calon yang mempunyai pengalaman kerja atau penglibatan dalam bidang sukan, salinan permohonan dan salinan kelayakan yang telah disahkan perlu dihantar.
Tempoh Pengajian                : 2 ½ tahun / 5 semester                           
*Pemohon dan Ibu bapa wajib bumiputera.

Diploma Pengurusan Perniagaan KPT / JPS 03/13 (A 3057)
Syarat Kelayakan : Lulus SPM, 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian                : 2 ½ tahun / 5 semester        
                  
Diploma Perakaunan  KPT / JPS 03/13 (A3058)
Syarat Kelayakan Masuk : Lulus SPM, 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian                : 2 ½ tahun / 5 semester   
                       
Diploma Teknologi Maklumat   KPT/JPS 03/13 (A 4152)
Syarat Kelayakan Masuk : Lulus SPM dengan kepujian 3 mata pelajaran  termasuk Matematik atau lulus Sijil Teknologi Maklumat dengan mendapat PNG 3.0 ke atas.
Tempoh Pengajian                : 2 ½ tahun / 5 semester      
    
Diploma Pengurusan Perhotelan    KPT /JPS 03/13 (PA 10391)
Syarat Kelayakan Masuk : Lulus SPM, 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian                : 3 tahun / 6 semester             
                 
Diploma Pengurusan Pelancongan KPT/JPS 12/12 (PA 10484)
Syarat Kelayakan Masuk : Lulus SPM, 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian               : 3 tahun / 6 semester

Diploma Kesetiausahaan Undang-Undang            (PA0947)                       
Syarat Kelayakan Masuk : Lulus SPM, 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian                : 3 tahun / 6 semester


*Program baru yang akan ditawarkan :
1. Diploma Media Grafik Digital
2. Diploma Kesetiausahaan Perubatan
3. Diploma Pengajian Islam Kontemporari






Untuk maklumat lanjut, anda bolehla menghubungi saya sendiri di talian 07-82222008 ext. 124 (cik suhana @ sue) sebagai salah seorang pegawai tele-marketer untuk maklumat lanjut. 
DONT' WORRY, SAYA TAK MAKAN ORANG, MAKAN NASI SAJA hehehe

p/s : first intake - 28 APRIL 2012
        second intake - 26 MEI 2012
        LAST INTAKE!!!!!!!!!! - 9 JUNE 2012

So, apa lagi, sila roger-roger saya di talian tersebut ASAP hehe..
selamat membuat pilihan yang tepat


Thursday, March 29, 2012

sedapnye sampai menjilat jari tau

Salam.

Entri kali ini aku nak citer tentang salah sorang kakak aku yang paling aku sayang. Namanya sheeda. Bukan sheeda dangdut tu tau, tapi, sheeda coklat.

Dia ni suka sangat memasak. Tak kira lah masak kek, biskut, kuih-muih, desert atau makanan berat, pasti dia akan jadik orang yang first utk carik resepi kat dalam majalah, internet atau media elektronik. Apa lagi, dia akan terus cuba dan mencuba resepi terbarunya dan promote kat we all untuk merasa air tangannye. Memang boleh tahan la jugak rasanya.

Apa pun, aku salute sangat kat dia cos dia akan siapkan sume persiapan untuk anak-anak dia dulu sebelum persiapan untuk dirinya sendiri. Contohnya, sebelum family dia pi mana-mana, dia dan suaminya akan pastikan sume anak-anak dia yang 3 orang tu disuap makan, dimandikan, dilayan dan disiapkan dulu sebelum
mereka berdua bersiap.

Teruja sungguh tengok family dia. Maklumlah, anak-anak dia tu memang hyperactive, tak kiralah lelaki ke perempuan. so, kalau aku, memang tak menang tangan dibuatnye. Maklumlah, budak tengah nak membesar.

Eh, sebenornye, entry kali ni adalah tentang keinginan dia untuk meminta aku promote hasil kerajinan dia tu untuk dikongsikan dengan orang ramai. So, dia bagitau la skang ni dia tengah wat business kek dan coklat secara kecil-kecilan. so, apa kata layannnn dulu gambar kat bawah ni. zasssss


ni kek besday hand made lagi...



 sedapnye....


 wow!


dah dapat tempahan kek love aka rainbow cake


dah banyak orang tempah coklat vanilla ni dari dia untuk party hari jadi, majlis formal n tak formal serta hantaran


coklat ni paling menggiurkan aku tau! ouch!!! sedap sampai menjilat jari



ni pun dibuka untuk tempahan. mcm nak beli berbundle-bundle jer


ni pun sama gak


dah macam kuih tart plak



pinky coklat nyammm3....


ni salah satu contoh coklat yg comel dan cutee sangat


aku rasa, cukuplah setakat ni...dahla sume cantik-cantik macam aku, kang tak sempat dijual, aku yang abiskan dulu. boleh gitu...

so, sesapa yang berminat, bolehla mengorderkan diri untuk menempah yek kat aku. dengan  pm through fb inbox Lina Suhana Xiaojie. carik jer nama tu. terus inbox k.

roger n out

Monday, March 26, 2012

Tentang Hati dot com: tanda-tanda lelaki jatuh cinta dengan jujur dan ik...


Salam. Arini, entry aku bukan air tangan sendiri, just mintak share drpd blog org lain hehehe..just nak share skit la..

tanda-tanda lelaki jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda.. Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:


  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki.. :)
tentangcinta.com

Wednesday, March 21, 2012

rinduuuuuu

Rindu nyer dah lama tak menulis kat sini...agaknye dah bersawang dah pun.... Banyak sangat labah-labah dah wat rumah kat sini. siap ada anak pinak, cucu cicit lagi. Almaklumlah, dah lama bz, since skang ni student dah start berperang kat dalam dewan pekse tu, baru la den ada masa nak menulis hehehe....

 

Petang tadi ada la opismate ajak g high tea utk meraikan student dia first batch yang dah nak abis. Bukan tamat belajar, tapi utk meraikan student final semester yang akan pergi ke praktikal pada semester depan. Biasalah majlis penghargaan walaupun kecil-kecilan tapi usaha dan penat lelah mereka yang organiza tak ternilai.

Adoiii...mata pon dah tak larat nak bukak ni. Sok plak we all beramai-ramai akan wat gerak gempur ke sekolah-sekolah. Dapat geng dengan mak aka k.leen, rahaini dan sri, gempak la jugak. Almaklumlah, sok, result SPM kuar. So, we all pun kena la turun padang....Den dapat gi area Pontian. 

Best gak sesekali dapat g jejauh. selalu kat area JB jer agak bosan gak huhu. Jom kite tengok apa yang akan terjadik sok. Harap-harap sume akan berlaku seperti dirancangkan. selamat pergi dan pulang. Ameen. 

Tuesday, February 7, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH ;)

Salam.
Syukur alhamdulillah. Speechless. Tak sangka 3 malam lepas amat bertuah bagi aku. Nak tau kenapa?
                                      

Tak sangka aku antara top 4 yang dapat JACK POT utk cabutan bertuah ANNUAL DINNER utk kompeni aku. Untung beb, just datang makan jer sape xnak. Tapi, yang tak bestnye agak jauh sangattttt kat TANJUNG PUTERI GOLF RESORT sampai tersesat aku masa nak balik darpada Pasir Gudang ke ulu TiRAM NAIK HIGHWAY. Last-last sampai ke senai. Sudahnye, aku pusing satu johor malam tu.

Lupe nak citer yang hadiah jack pot aku dapat tu adalah LCD TV PENSONIC. Tak taulah 22", 28" atau 32", Cos just dapat mock slip. So, kalau nak tau, kena la balik opis rabu depan untuk claim.

Syukur alhamdulillah sebab tak sangka pun dapat menang TV ni. Al malkumlah, kat umah sewa dah ada tv pun. Aku harap-harap dapat la mesin basuh ker, apa ker, tapi sayangnye tak dapat pulak. Takpelah, mungkin TUHAN nak bagitau yang TV ni lebih baik dari Mesin basuh tu kot. Anyway, syukur sangat-sangat.

Dah 3 tahun ANNUAL DINNER pulang dengan tangan kosong tanpa cabutan bertuah, tapi kali ni syukurlah, dapat pulang grand prize lagi..  kelassss... Terima Kasih Allah.


Wednesday, January 4, 2012

WELCOME 2012

Assalamualaikum.


Berlabuhnye tirai 2011 bermakna akan terbukalah hijab 2012. Macam-macam kisah yang terjadi sepanjang 2011 yang dah berlalu. Ada yang sedih, tragis, ada yang gumbira, ada yang terkilan, geram, marah dan tension.

Sayu jer rasanya nak tinggalkan 2011 ni. Maklumlah, rasa macam tak nak bertukar tahun jer. Apa pun, hidup perlu diteruskan juga. Masa semakin suntuk untuk menambahkan amal ibadat untuk dibawa ke sana. So, tak leh la nak sia-siakan masa yang ada. Umur aku pun makin bertambah setahun lagi. Tapi, jodoh pun tak kunjung tiba lagi. So, misi untuk tahun ini diteruskan lagi untuk mencari si dia. Hahaha...

Azam aku tahun ni nak membizikan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh hilangkan free time n tension. Malas la nak pikir-pikir perkara yang dah lepas. Biarlah jadikan pengajaran jer. Plan tahun ni nak mengajar kat tuition class. Harap-harap tertunai la impian tu. Insya-Allah. Maklumla, kalau kita tak upgrade diri kita, sape lagi yg nak wat untuk kita, kan?

Lagi satu aku nak try wat business la. Selama ni blaja dan mengajar je tentang bisnes, tapi rugi la kalau tak apply. Senang la untuk masa depan nanti. Selain dari minat boleh gak dapat tambahkan pendapatan. So, aku akan cuba grab the chance.  Korang doakan la sume berjalan lancar.

Ameen.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...