Thursday, March 29, 2012

sedapnye sampai menjilat jari tau

Salam.

Entri kali ini aku nak citer tentang salah sorang kakak aku yang paling aku sayang. Namanya sheeda. Bukan sheeda dangdut tu tau, tapi, sheeda coklat.

Dia ni suka sangat memasak. Tak kira lah masak kek, biskut, kuih-muih, desert atau makanan berat, pasti dia akan jadik orang yang first utk carik resepi kat dalam majalah, internet atau media elektronik. Apa lagi, dia akan terus cuba dan mencuba resepi terbarunya dan promote kat we all untuk merasa air tangannye. Memang boleh tahan la jugak rasanya.

Apa pun, aku salute sangat kat dia cos dia akan siapkan sume persiapan untuk anak-anak dia dulu sebelum persiapan untuk dirinya sendiri. Contohnya, sebelum family dia pi mana-mana, dia dan suaminya akan pastikan sume anak-anak dia yang 3 orang tu disuap makan, dimandikan, dilayan dan disiapkan dulu sebelum
mereka berdua bersiap.

Teruja sungguh tengok family dia. Maklumlah, anak-anak dia tu memang hyperactive, tak kiralah lelaki ke perempuan. so, kalau aku, memang tak menang tangan dibuatnye. Maklumlah, budak tengah nak membesar.

Eh, sebenornye, entry kali ni adalah tentang keinginan dia untuk meminta aku promote hasil kerajinan dia tu untuk dikongsikan dengan orang ramai. So, dia bagitau la skang ni dia tengah wat business kek dan coklat secara kecil-kecilan. so, apa kata layannnn dulu gambar kat bawah ni. zasssss


ni kek besday hand made lagi...



 sedapnye....


 wow!


dah dapat tempahan kek love aka rainbow cake


dah banyak orang tempah coklat vanilla ni dari dia untuk party hari jadi, majlis formal n tak formal serta hantaran


coklat ni paling menggiurkan aku tau! ouch!!! sedap sampai menjilat jari



ni pun dibuka untuk tempahan. mcm nak beli berbundle-bundle jer


ni pun sama gak


dah macam kuih tart plak



pinky coklat nyammm3....


ni salah satu contoh coklat yg comel dan cutee sangat


aku rasa, cukuplah setakat ni...dahla sume cantik-cantik macam aku, kang tak sempat dijual, aku yang abiskan dulu. boleh gitu...

so, sesapa yang berminat, bolehla mengorderkan diri untuk menempah yek kat aku. dengan  pm through fb inbox Lina Suhana Xiaojie. carik jer nama tu. terus inbox k.

roger n out

Monday, March 26, 2012

Tentang Hati dot com: tanda-tanda lelaki jatuh cinta dengan jujur dan ik...


Salam. Arini, entry aku bukan air tangan sendiri, just mintak share drpd blog org lain hehehe..just nak share skit la..

tanda-tanda lelaki jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda.. Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:


  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
  5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki.. :)
tentangcinta.com

Wednesday, March 21, 2012

rinduuuuuu

Rindu nyer dah lama tak menulis kat sini...agaknye dah bersawang dah pun.... Banyak sangat labah-labah dah wat rumah kat sini. siap ada anak pinak, cucu cicit lagi. Almaklumlah, dah lama bz, since skang ni student dah start berperang kat dalam dewan pekse tu, baru la den ada masa nak menulis hehehe....

 

Petang tadi ada la opismate ajak g high tea utk meraikan student dia first batch yang dah nak abis. Bukan tamat belajar, tapi utk meraikan student final semester yang akan pergi ke praktikal pada semester depan. Biasalah majlis penghargaan walaupun kecil-kecilan tapi usaha dan penat lelah mereka yang organiza tak ternilai.

Adoiii...mata pon dah tak larat nak bukak ni. Sok plak we all beramai-ramai akan wat gerak gempur ke sekolah-sekolah. Dapat geng dengan mak aka k.leen, rahaini dan sri, gempak la jugak. Almaklumlah, sok, result SPM kuar. So, we all pun kena la turun padang....Den dapat gi area Pontian. 

Best gak sesekali dapat g jejauh. selalu kat area JB jer agak bosan gak huhu. Jom kite tengok apa yang akan terjadik sok. Harap-harap sume akan berlaku seperti dirancangkan. selamat pergi dan pulang. Ameen. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...