Wednesday, November 6, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H buat semua.

Assalamualaikumussalam w.b.t. dan Selamat Pagi.
 
Salam Maal Hijrah 1435H buat semua kaum muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah. Semoga tahun baru Hijrah ni memberikan kita semangat untuk menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. 

Alhamdulillah, setelah bercuti 4 hari di rumah, arini dah start masuk opis. ,Maklumla, cuti Deepavali dicampur dengan  cuti Awal Muharram menjadikan hari cuti Cik Sue panjang sikit je. . Aduhai, rasa mcam tak cukup je empat hari tu dok kat umah, berkongsi cerita dengan mak dan bak. Maklumla, kalau dah lama tak jumpa, pasti ada je pelbagai kisah dan ragam yang tersimpan rapi dalam kotak memori bonda untuk diceritakan dengan Cik Sue. Pasti ada je kisah sedih, duka, duka, bahagia dan lucu yang nak dikongsikan kami bertiga. 

So, bila nak balik BP ni semula, rasa sayu je nak tinggalkan mereka berdua. Rasa macam nak benti keje jauh-jauh ni dan nak carik keje baru kat JB ni. Walaupun mak tak luahkan dari kata-kata, tapi Cik Sue dapat rasakan mak memang sedih je berpisah dengan anak kesayangan dia ni daripada pandangan mata dan air mukanya. Bak pula bertanya bila Cik Sue nak balik lagi. Kalau tunggu lama lagi, hujan air mata juga rasanya. Tapi, apakan daya. Hidup ini kan satu perjuangan. Dalam perjuangan pula memerlukan pengorbanan. Pengorbanan itu pula perlu dilakukan demi orang-orang tersayang...

Semoga kehadiran tahun baru Hijrah 1435 ini memberikan seribu keberkatan untuk Cik Sue sekeluarga dan juga untuk pembaca semua. Moga tahun baru ni lebih baik daripada tahun yeng sebelumnya.

P/S: Preparation untuk semester baru sedang rancak dilakukan. Nak update notes, L1, L2 dan upgrade lagi supaya lebih effective and efficient.

Monday, August 5, 2013

JOM KETAHUI KELEBIHAN ESP-SOY PROTEIN ISOLATE POWDER DARI SHAKLEE

JOM TERJAH PRODUK ESP- SOY PROTEIN ISOLATE POWDER YANG HEBAT DARI SHAKLEE

Produk yang sangat semulajadi ni punyai banyak kelebihan tau. Antara kelebihannya yang ramai orang tak tahu adalah:

1)  Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem
     imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan
     tekanan. Ia juga menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa
     lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
 
2)  Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
     - Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda
      telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat
      mudah diserap oleh tubuh manusia.

3)  Baik Untuk Prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti
     keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia
     memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA
     kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus
     dan pembesaran prostat

4)   Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah,
      organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada
      awet muda.

5)   Baik untuk Hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya
      dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu
      merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
      Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian,
      dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*

6)  Kulit Remaja – Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan
     kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot,
     percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

7)   Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut
      gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

8)   Membaiki Memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan
      rangsangan.

9)   Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Haaa...dah tau manfaatnya, jom PM/SMS laju-laju kat no saya, CIK SUE (017-7988536) untuk dapatkan produk ni sebelum kehabisan stok. Maklumla, dah nak raya AIDILFITRI ni ramai orang berebut-rebut nak dapatkannye sebab inginkan khasiatnye...So, kalau stok dah abis, anda kena tungguuu lagi untuk dapatkan khasiatnye..

JOM JOM JOM.. Jangan malu jangan segan hubungi saya untuk nak sihat dan nak cantik secara semulajadi.

Thursday, July 18, 2013

RAMADHAN YANG KURINDUI..

Salam RAMADHAN yang mulia buat semua.

Hari ni dah masuk 8 Ramadhan. Cepat betul rasanya masa berlalu, kan? Rasanye tak terlewat lagi Cik Sue nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca muslim dan muslimah.

Semoga ibadah kita semua diterima ALLAH. Jom kita upgrade lagi amal ibadah kita tahun ni supaya lebih baik dari tahun lepas.



Tuesday, July 16, 2013

VIVIX yang SUPERB! AMAZING! VOUGE DE BAS!

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Sue nak perkenalkan satu produk SHAKLEE kepada semua pembaca blog kesayangan Cik Sue ni. Produk ni memang SUPERB sangat-sangat. Bukan nak cakap tipu tau, tapi memang banyak kelebihannye.. Jom terjah hihi..

Memula sekali Cik Sue nak bagitau yang semua produk SHAKLEE ni bukan ubat tau, Ia hanyalah supplement atau makanan tambahan untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. So, janganlah semua pembaca akan beranggapan produk-ni yang boleh menyembuhkan semua penyakit. Kita hanyalah berusaha merawat dan menjaga kesihatan, yang boleh menyembuhkan hanyalah Dia, ALLAH yang Satu.

Pembaca semua janganlah ragu-ragu lagi tau sebab kesemua produk SHAKLEE ni adalah halal dan 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia dan hidrokuinon kata orang-orang sekarang ni hehe.

Jom tengok gambar dulu



Haaa..cantik kan botol merah tuu...Tapi, yang lebih penting lagi adalah manfaat yang berada dalam botol merah maroon yang agak cun tu tau..

Vivix ni mengandungi antioksidan dan boleh membantu kita nampak awet muda dari usia sebenar. Amboiii, sape tak nak jadi muda dari usia sebenar,kan? Hehehe...Yela, umur 40 an tapi nampak macam 20-an je, Anak-anak pun dah nampak macam sebaya je hehe

Penghalang kanser. Kanser adalah satu penyakit yang sangat digeruni oleh semua orang,kan? Bila sebut je, semua orang mesti rasa ngeri dan takut merasakan kesengsaraan pesakitnya. 

Citer dia macam ni, tubuh kita terdiri dari sel-sel yang tidak terbilang jumlahnya. Sel-sel kita menjalani ‘kehidupan’ sepertimana manusia sendiri, misalnya bernafas, makan dan berkumuh. 

Sel kita memerlukan pemakanan seimbang yang optimum untuk kekal sihat dan kuat. Sel dalam tubuh kita ni menjalani ‘cycle’ yakni baikpulih, mati dan menggantikan sel yang mati dengan sel baru.

3 keadaan yang mungkin berlaku semasa penggantian sel:-
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lemah kerana kurang nutrien. Proses ini dinamakan degenerasi. Kanser dikatakan berpunca dari keadaan ini.
  • Sel mati digantikan dengan sel yang sama dengan yang asal.
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lebih baik, lebih kuat, lebih gagah! Inilah proses janasemula atau juga dikenali sebagai anti-penuaan.

Ada sorang membe Cik Sue belikan Vivix ni untuk ayah dia. Ayahnya memang menghidapi kanser dan dah jalani operation untuk kanser. Lepas tu, ayah dia tak larat nak berjalan. So, dia pun try la bagi ayah dia gunakan produk Vivix ni. Alhamdulillah, selepas 2 minggu ayah dia dah sihat dan dah boleh pergi outstation. Haa..camner? Mesti pembaca semua teruja kan?

Biasanya warga emas atau orang tua kita memang perlukan Vivix ni sangat-sangat tau. Sebabnye, bila berlakunya peningkatan usia, mereka akan merasakan sakit sendi-sendi, tulang pun bisa-bisa, berdiri pun sekejap je boley bertahan. Lepas tu, dah tak tahan sebab kadang-kadang kaki pun kebas-kebas. Sebab tu, kita tengok mereka gunakan tongkat untuk memberi sokongan semasa mereka berjalan.

Okey, sekarang ni, cuba baca bagaimanakah fungsi sel-sel kita menjadi lemah dan ‘tidak cantik’?

Salah satu faktor utama ialah dari pemakanan yang kita makan. Makanan yang ditapis hingga hilang nilai nutrien, yang tinggi kalori kosong, tinggi gula dan sebagainya merosakkan sel-sel kita. 

Faktor lain ialah pencemaran alam termasuk udara dan juga pemikiran yang terbeban dengan tekanan dan stress.

Anti penuaan bukanlah untuk menolak proses tua meniti usia, tetapi ia adalah untuk memastikan sel kita sentiasa sihat agar tubuh kita tidak mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan aktiviti penuaan ini.
  • Penyakit berkaitan jantung
  • Penyakit berkaitan otak
  • Kekurangan tenaga di peringkat sel
  • Penyakit berkaitan sistem imun

So, selepas baca apa yang Cik Sue tulis ni, harap-harap datangla kesedaran kepada kita semua untuk menjaga kesihatan kita masing-masing. Janganla menunggu sampai umur kita dah terlajak menjadi warga emas, barula kita nak menjaga kesihatan. Takmo takmo macam tu eh..Nanti kita jugak yang rugi...


Untuk dapatkan produk terbaik ni pada harga terbaik dan istimewa, jom sms/call Cik Sue di talian 017-7988536. 
Jangan malu, jangan segan, Cik Sue MEMANG nak membantu anda semua jaga kesihatan masing-masing hehe



Friday, July 5, 2013

JDT vs THE RED WARRIOR

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca.

29 Jun 2013 yang lepas Cik Sue pergi tengok match JDT vs Red Warrior tau. Excited nak tengok team Johor bertarung di Stadium Bukit Jalil. Live gitew. Tapi, takdela sampai beratur beli tiket dan bersesak-sesak sampai Bukit Jalil tu. Penat ooo nak drive jauh-jauh. Memang plan asal Mr. H nak sangat-sangat ajak Cik Sue gi tengok match tu kat sana, tapi last minutes kitorang tengok kat Dataran Johor Bahru tu. Depan jam besar sebelah HSA tu.. Live broadcast lagi.

Ramai gak orang yang datang. Tak sangka betul, peminat fanatik JDT ni sanggup spend time diorang tengok beramai-ramai kat dataran ni, sedangkan diorang boley je tengok kat depan tv. Tapi, tu untuk yang ada ASTRO jela.

Apa yang Cik Sue salute sangat, diorang sanggup bawak anak-anak sekali sebagai penyokong pasukan feveret mereka tu. Baju diorang pun memang 95% sume pakai jersi JDT. Hehehe. Cayalahhh..Bangga giteww..

Cuma kesian gak kalau yang bawak baby malam-malam tu. Maklumla, baby tu kan tak sesuai dengan suasana malam..Orang tua-tua kata baby tak elok kalau dibawa berjalan malam..

Tapi, yang membuatkan Cik Sue suke sangat-sangat bila ada sekumpulan penyokong fanatik JDT yang tak henti-henti bersorak dan menyanyikan lagu JDT. Makin berkobar-kobar semangat penonton dan Cik Sue sendiri. Dari awal match sampai tamat diorang memang sporting habis. Walaupun team JDT tak score even 1 gol dan kecundang di tangan THE RED WARRIORS 1-0, tapi, diorang memang tak kisah pun hilang suara menjerit dan bersorak..Bestnyee..


                             
                         


Apa pun, team JDT dah wat yang terbaik malam tu. Congrates sangat-sangat. Biasalah, menang atau kalah tu kan memang adat.

Majulah sukan untuk negara.

Balik tu, kitorang singgah makan kat Taman Dahlia. Memang sodap sangat-sangat...Sangat puas hati. Next time, kitorang memang plan nak makan kat situ lagi. Kalau sempat, Cik Sue wat entry pasal makan kat situ eh..

P/S: JDT, LUASKAN KUASAMU! HEHEHE



Friday, June 28, 2013

Assalamualaikum semua.

Kepada semua yang berminat nak tau tentang produk SHAKLEE ni silalah refer kepada badge Cik Sue untuk maklumat lanjut.

Jangan risau tentang harga. Cik Sue cuma nak membantu para pembaca semua sihat dan kuat je. Harga sume produk murah-murah je. Kalau nak contact Cik Sue, boleyla roger-roger ek hehe




P/S : Salam ukhwah untuk semua. Alhamdulillah jerebu di Bandar Penawar dah makin kurang sejak hujan   
         turun dengan lebatnye 2-3 hari ni.



Wednesday, June 26, 2013

Assalamualaikum dan salam hari Rabu.
Harap-harap semua sihat-sihat belaka ek..

Kali ni nak bgtau yg pembaca-pembaca semua kali ni tentang status terbaru Cik Sue. Cik Sue dah join ahli keluarga SHAKLEE tau aka Independant Distributor Agent. Amboiii, terbeli-belit lidah nak menyebutnye dalam bahasa omputih ni..

Gambar ihsan Mr. Google


Untuk makluman semua pembaca, sebenarnye Cik Sue ni bukanla jenis orang yang suke jadik ahli sesuatu persatuan atau organisasi atau badan pertubuhan melainkan ia memberikan sesuatu kelebihan atau pun banyak kegunaannye kepada kita macam point-point bonus yang boley ditebus (redeem) tu.

Tapi, setelah diperkenalkan oleh sorang membe kat opis tentang produk SHAKLEE ni memang dah disahkan oleh syarie' di MALAYSIA dan disahkan oleh KKM yg produk ni memang halalan toyyiba, Cik Sue memang tak ragu-ragu lagi. 100% halal untuk orang Muslim. Apa lagi untuk non Muslim.


Nak intro sikit je. Produk ni adalah supplement atau makanan tambahan yang mempunyai pelbagai fungsi. Jangan terkeliru, okey..Ini bukannye ubat. Diulangi sekali lagi. Ia bukan obat. Sesuai untuk semua golongan daripada kanak-kanak hinggalah dewasa dan tak terkecuali warga emas. Produk ni memang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan takde langsung bahan kimia, memang semuanya daripada tumbuh-tumbuhan. Tak tipu pun tau.

Sume pembaca janganla ragu dan bimbang wokey.. Cik Sue akan cuba dedahkan rahsia-rahsia yang patut kita semua ketahui tentang setiap produk pada next post... Kalau anda juga sama seperti Cik Sue dan berminat nak mendaftar jadik ahli, jangan risau, Cik Sue boley bantu anda.. Jadik ahli ni memang banyak kelebihannye tau.. Anda boleh membeli pada harga yang murah untuk kegunaan sendiri atau anda boleh bersama Cik Sue untuk menjual produk ni kepada sahabat-sahabat kita yang memerlukan..

Tunggu tau post Cik Sue pada keluaran seterusnye... Macam-macam ada..

P/S: Kesihatan adalah anugerah Allah. Sekali kita kehilangannye, berjuta wang yang kita habiskan pun dah tak bermakna lagi...

Salam ukhwah dari Cik Sue..

Thursday, May 16, 2013

First step

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama blog ni agak sunyi dengan entry dari aku..Aduhai..Kali ni nak citer pasal planning aku dan Mr. H untuk majlis kami yang tinggal 3 bulan lagi.. So, start dari awal tahun 2013 tu kitorang dah start saving untuk beli barang-barang. So, kami kena la saling ingat-mengingatkan untuk saving sebab ditakuti our expenditure terlebih bajet. So, terpaksa la kitorang ikat perut sikit..Sabar ye Mr. H.. Tak lama je lagi hehe..

tema kaler ni untuk aku tau..
gambar ikhsan mr. pinterest

Tema dah pilih dah. Beliau hantar kat aku kaler biru turqoise + putih, manakala aku hantar kat beliau kaler purple. Suke bebenor beliau dengan kaler feveret tu hehehe..So, aku abadikan kaler tu special untuk beliau tau hehe.
tema kaler yang ni plak untuk beliau hehe..
gambar ikhsan mr google

Kitorang plan nak wat simple-simple jer..Tapi, untuk majlis yang besar baru la wat grand sikit ..So, marila kita sambung saving jom hehe..


Tuesday, April 2, 2013

10 JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN..

Salam.

Semalam aku telah terjumpa satu artikel yang sangat menarik. Suke sangat baca artikel ni. Sejuk je hati ini baca...So, arini aku ingatkan nak kongsikan dengan pembaca semua...Dah la dalam mood fantasia bulan madu ni, hehehe... Semoga artikel ni dapat memberikan info dan maklumat kepada sesiapa yang bercita-cita ke arah itu ye... Cer cek.. cer cek
Credit to http://amekaw.com/sumber/


10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Monday, February 11, 2013

Menghitung hari...

Salam.

Jam ni dah masuk hari baru. Berdebar-debar rasanya nak menghitung detik waktu hari ini. Hari yang aku tunggu selama ni. Ha ha ha...Rasa takut, ngeri, berdebar-debar, berderau dan gembira bercampur-baur menjadi satu....Hari ni la yang buat aku rasa bahagia sangat-sangat sepanjang umur ni ececece...


Tak tau la macam mana excitednye aku nak citer...Tapi, rasa takut sangat2 andai perancangan ini tak menjadi seperti yang dirancang.. Harap-harap semuanya berjalan lancar...Jujurnya, aku rasa bahagia sangat-sangat sebab ALLAH s.w.t telah mempertemukan aku dengan seseorang yang sangat charming dan memahami aku. Dia selalu membahagiakan aku dan menerima aku seadanya waktu suka dan duka ... Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab kedua-dua keluarga kami dapat menerima dan merestui hubungan ini.



Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup kami berdua kerana keluarga si dia akan datang untuk melamar aku untuk dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Oh!!dalam hati aku ni rasa macam nak melompat-lompat je hehehe. Mana taknya, orang yang aku sayang selama ni bakal menjadi milik aku,insya-ALLAH.


Aku harapkan pembaca tegar blog aku ni mendoakan agar urusan kami dipermudahkan oleh-NYA. Ameen.

Thursday, January 17, 2013

Senak...S

Minggu ni rasa tak sedap hati, tak sedap badan dan tak sedap segala-galanya....Tak tahu nak release macam mana....rasa macam nak gi karaoke jer... Tapi, tak tau nak gi dengan saper plak..

Apa yang aku buat semua tak kena...Apa la nak jadik ni..



Semalam class 3 jam pagi dan 3 jam petang. Kuliah yang kedua tu buat aku rasa macam nak stress je. Ulang balik benda yang sama. Mujur orang yang mendengarnye berlainan. Macam nak pengsan pun ada gak. Sabar je la. Tahan kan aje. Control diri depan students. Andai kata tetibe aku pengsan, bebudak ni la yang menghantar gi klinik hehehe.. Mujur takde pape berlaku..

Karaoke. Tetibe je plan nak gi karaoke. Seumur hidup aku, baru sekali gi karaoke. Tu pun gi dengan sorang bestfren yang rajin melayan karenah aku ni haa..Kalau tak, sampai sudah tak pernah masuk situ. Nampak sangat aku ni kuno sikit. Tak pernah gi ke tempat sosial yang sering dimasuki orang yang moden macam diorang. Nasib baik ada cinderella sorang tu, kalau tak.xde maknenye aku nak hangout kat situ

Tak tahula kenapa mood aku tak berapa nak okey minggu ni..Adakah disebabkan stress, tension dan keletihan...atau pun ????? Aku pun tak tahu.




Rasa macam nak terlelap je kat meja opis ni. Andaikata kat opis ni ada panthouse, aku la orang pertama yang akan bawak bantal, bantal peluk, selimut,dan patrick tu hehehe..Mujur takde.

Takpola... Nasib baik takdo. Tengah pikir apa aktiviti yang patut dirancang utk dibuat hujung minggu ni...

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...