Thursday, January 17, 2013

Senak...S

Minggu ni rasa tak sedap hati, tak sedap badan dan tak sedap segala-galanya....Tak tahu nak release macam mana....rasa macam nak gi karaoke jer... Tapi, tak tau nak gi dengan saper plak..

Apa yang aku buat semua tak kena...Apa la nak jadik ni..



Semalam class 3 jam pagi dan 3 jam petang. Kuliah yang kedua tu buat aku rasa macam nak stress je. Ulang balik benda yang sama. Mujur orang yang mendengarnye berlainan. Macam nak pengsan pun ada gak. Sabar je la. Tahan kan aje. Control diri depan students. Andai kata tetibe aku pengsan, bebudak ni la yang menghantar gi klinik hehehe.. Mujur takde pape berlaku..

Karaoke. Tetibe je plan nak gi karaoke. Seumur hidup aku, baru sekali gi karaoke. Tu pun gi dengan sorang bestfren yang rajin melayan karenah aku ni haa..Kalau tak, sampai sudah tak pernah masuk situ. Nampak sangat aku ni kuno sikit. Tak pernah gi ke tempat sosial yang sering dimasuki orang yang moden macam diorang. Nasib baik ada cinderella sorang tu, kalau tak.xde maknenye aku nak hangout kat situ

Tak tahula kenapa mood aku tak berapa nak okey minggu ni..Adakah disebabkan stress, tension dan keletihan...atau pun ????? Aku pun tak tahu.




Rasa macam nak terlelap je kat meja opis ni. Andaikata kat opis ni ada panthouse, aku la orang pertama yang akan bawak bantal, bantal peluk, selimut,dan patrick tu hehehe..Mujur takde.

Takpola... Nasib baik takdo. Tengah pikir apa aktiviti yang patut dirancang utk dibuat hujung minggu ni...

  

4 comments:

apple hijau said...

salam, ce cuba cik_sue gi jogging tepi tasik ke main badminton ke window shopping ke memasak ke...tu pun boleh hilangkan rasa yg tidak enak tu.. kalau tak menjadi...tak dapek den nak nolong do.. :D

cik_sue said...

tq for youer ideaa cik epal...nak g jogging tp ujan non stop je...nak g window shopping gak tp nak pujuk mr. H temankan hehe..cume kalo blom gajian tu mcm tak berapa nak best sangatlaa...
hehehe

FiFi LiNA said...

i miss u Mrs.S.. miss u alot =)

cik_sue said...

tq mr. H...miss u too ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...