Friday, July 5, 2013

JDT vs THE RED WARRIOR

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca.

29 Jun 2013 yang lepas Cik Sue pergi tengok match JDT vs Red Warrior tau. Excited nak tengok team Johor bertarung di Stadium Bukit Jalil. Live gitew. Tapi, takdela sampai beratur beli tiket dan bersesak-sesak sampai Bukit Jalil tu. Penat ooo nak drive jauh-jauh. Memang plan asal Mr. H nak sangat-sangat ajak Cik Sue gi tengok match tu kat sana, tapi last minutes kitorang tengok kat Dataran Johor Bahru tu. Depan jam besar sebelah HSA tu.. Live broadcast lagi.

Ramai gak orang yang datang. Tak sangka betul, peminat fanatik JDT ni sanggup spend time diorang tengok beramai-ramai kat dataran ni, sedangkan diorang boley je tengok kat depan tv. Tapi, tu untuk yang ada ASTRO jela.

Apa yang Cik Sue salute sangat, diorang sanggup bawak anak-anak sekali sebagai penyokong pasukan feveret mereka tu. Baju diorang pun memang 95% sume pakai jersi JDT. Hehehe. Cayalahhh..Bangga giteww..

Cuma kesian gak kalau yang bawak baby malam-malam tu. Maklumla, baby tu kan tak sesuai dengan suasana malam..Orang tua-tua kata baby tak elok kalau dibawa berjalan malam..

Tapi, yang membuatkan Cik Sue suke sangat-sangat bila ada sekumpulan penyokong fanatik JDT yang tak henti-henti bersorak dan menyanyikan lagu JDT. Makin berkobar-kobar semangat penonton dan Cik Sue sendiri. Dari awal match sampai tamat diorang memang sporting habis. Walaupun team JDT tak score even 1 gol dan kecundang di tangan THE RED WARRIORS 1-0, tapi, diorang memang tak kisah pun hilang suara menjerit dan bersorak..Bestnyee..


                             
                         


Apa pun, team JDT dah wat yang terbaik malam tu. Congrates sangat-sangat. Biasalah, menang atau kalah tu kan memang adat.

Majulah sukan untuk negara.

Balik tu, kitorang singgah makan kat Taman Dahlia. Memang sodap sangat-sangat...Sangat puas hati. Next time, kitorang memang plan nak makan kat situ lagi. Kalau sempat, Cik Sue wat entry pasal makan kat situ eh..

P/S: JDT, LUASKAN KUASAMU! HEHEHE



2 comments:

Lin said...

Wah... Mr.H gitu.. Bila nak kenalkan dengan Lin?? hihi

cik_sue said...

Eh, bukan ke Lin dah jumpa masa kitorang gi majlis kahwin Lin aritu? Tapi, just dari jauh je la hehe..Coming soon, akak kenalkan face to face eh hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...