Monday, February 11, 2013

Menghitung hari...

Salam.

Jam ni dah masuk hari baru. Berdebar-debar rasanya nak menghitung detik waktu hari ini. Hari yang aku tunggu selama ni. Ha ha ha...Rasa takut, ngeri, berdebar-debar, berderau dan gembira bercampur-baur menjadi satu....Hari ni la yang buat aku rasa bahagia sangat-sangat sepanjang umur ni ececece...


Tak tau la macam mana excitednye aku nak citer...Tapi, rasa takut sangat2 andai perancangan ini tak menjadi seperti yang dirancang.. Harap-harap semuanya berjalan lancar...Jujurnya, aku rasa bahagia sangat-sangat sebab ALLAH s.w.t telah mempertemukan aku dengan seseorang yang sangat charming dan memahami aku. Dia selalu membahagiakan aku dan menerima aku seadanya waktu suka dan duka ... Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab kedua-dua keluarga kami dapat menerima dan merestui hubungan ini.



Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup kami berdua kerana keluarga si dia akan datang untuk melamar aku untuk dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Oh!!dalam hati aku ni rasa macam nak melompat-lompat je hehehe. Mana taknya, orang yang aku sayang selama ni bakal menjadi milik aku,insya-ALLAH.


Aku harapkan pembaca tegar blog aku ni mendoakan agar urusan kami dipermudahkan oleh-NYA. Ameen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...