Thursday, July 18, 2013

RAMADHAN YANG KURINDUI..

Salam RAMADHAN yang mulia buat semua.

Hari ni dah masuk 8 Ramadhan. Cepat betul rasanya masa berlalu, kan? Rasanye tak terlewat lagi Cik Sue nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca muslim dan muslimah.

Semoga ibadah kita semua diterima ALLAH. Jom kita upgrade lagi amal ibadah kita tahun ni supaya lebih baik dari tahun lepas.



Tuesday, July 16, 2013

VIVIX yang SUPERB! AMAZING! VOUGE DE BAS!

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Sue nak perkenalkan satu produk SHAKLEE kepada semua pembaca blog kesayangan Cik Sue ni. Produk ni memang SUPERB sangat-sangat. Bukan nak cakap tipu tau, tapi memang banyak kelebihannye.. Jom terjah hihi..

Memula sekali Cik Sue nak bagitau yang semua produk SHAKLEE ni bukan ubat tau, Ia hanyalah supplement atau makanan tambahan untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. So, janganlah semua pembaca akan beranggapan produk-ni yang boleh menyembuhkan semua penyakit. Kita hanyalah berusaha merawat dan menjaga kesihatan, yang boleh menyembuhkan hanyalah Dia, ALLAH yang Satu.

Pembaca semua janganlah ragu-ragu lagi tau sebab kesemua produk SHAKLEE ni adalah halal dan 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia dan hidrokuinon kata orang-orang sekarang ni hehe.

Jom tengok gambar dulu



Haaa..cantik kan botol merah tuu...Tapi, yang lebih penting lagi adalah manfaat yang berada dalam botol merah maroon yang agak cun tu tau..

Vivix ni mengandungi antioksidan dan boleh membantu kita nampak awet muda dari usia sebenar. Amboiii, sape tak nak jadi muda dari usia sebenar,kan? Hehehe...Yela, umur 40 an tapi nampak macam 20-an je, Anak-anak pun dah nampak macam sebaya je hehe

Penghalang kanser. Kanser adalah satu penyakit yang sangat digeruni oleh semua orang,kan? Bila sebut je, semua orang mesti rasa ngeri dan takut merasakan kesengsaraan pesakitnya. 

Citer dia macam ni, tubuh kita terdiri dari sel-sel yang tidak terbilang jumlahnya. Sel-sel kita menjalani ‘kehidupan’ sepertimana manusia sendiri, misalnya bernafas, makan dan berkumuh. 

Sel kita memerlukan pemakanan seimbang yang optimum untuk kekal sihat dan kuat. Sel dalam tubuh kita ni menjalani ‘cycle’ yakni baikpulih, mati dan menggantikan sel yang mati dengan sel baru.

3 keadaan yang mungkin berlaku semasa penggantian sel:-
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lemah kerana kurang nutrien. Proses ini dinamakan degenerasi. Kanser dikatakan berpunca dari keadaan ini.
  • Sel mati digantikan dengan sel yang sama dengan yang asal.
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lebih baik, lebih kuat, lebih gagah! Inilah proses janasemula atau juga dikenali sebagai anti-penuaan.

Ada sorang membe Cik Sue belikan Vivix ni untuk ayah dia. Ayahnya memang menghidapi kanser dan dah jalani operation untuk kanser. Lepas tu, ayah dia tak larat nak berjalan. So, dia pun try la bagi ayah dia gunakan produk Vivix ni. Alhamdulillah, selepas 2 minggu ayah dia dah sihat dan dah boleh pergi outstation. Haa..camner? Mesti pembaca semua teruja kan?

Biasanya warga emas atau orang tua kita memang perlukan Vivix ni sangat-sangat tau. Sebabnye, bila berlakunya peningkatan usia, mereka akan merasakan sakit sendi-sendi, tulang pun bisa-bisa, berdiri pun sekejap je boley bertahan. Lepas tu, dah tak tahan sebab kadang-kadang kaki pun kebas-kebas. Sebab tu, kita tengok mereka gunakan tongkat untuk memberi sokongan semasa mereka berjalan.

Okey, sekarang ni, cuba baca bagaimanakah fungsi sel-sel kita menjadi lemah dan ‘tidak cantik’?

Salah satu faktor utama ialah dari pemakanan yang kita makan. Makanan yang ditapis hingga hilang nilai nutrien, yang tinggi kalori kosong, tinggi gula dan sebagainya merosakkan sel-sel kita. 

Faktor lain ialah pencemaran alam termasuk udara dan juga pemikiran yang terbeban dengan tekanan dan stress.

Anti penuaan bukanlah untuk menolak proses tua meniti usia, tetapi ia adalah untuk memastikan sel kita sentiasa sihat agar tubuh kita tidak mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan aktiviti penuaan ini.
  • Penyakit berkaitan jantung
  • Penyakit berkaitan otak
  • Kekurangan tenaga di peringkat sel
  • Penyakit berkaitan sistem imun

So, selepas baca apa yang Cik Sue tulis ni, harap-harap datangla kesedaran kepada kita semua untuk menjaga kesihatan kita masing-masing. Janganla menunggu sampai umur kita dah terlajak menjadi warga emas, barula kita nak menjaga kesihatan. Takmo takmo macam tu eh..Nanti kita jugak yang rugi...


Untuk dapatkan produk terbaik ni pada harga terbaik dan istimewa, jom sms/call Cik Sue di talian 017-7988536. 
Jangan malu, jangan segan, Cik Sue MEMANG nak membantu anda semua jaga kesihatan masing-masing hehe



Friday, July 5, 2013

JDT vs THE RED WARRIOR

Assalamualaikum w.b.t semua pembaca.

29 Jun 2013 yang lepas Cik Sue pergi tengok match JDT vs Red Warrior tau. Excited nak tengok team Johor bertarung di Stadium Bukit Jalil. Live gitew. Tapi, takdela sampai beratur beli tiket dan bersesak-sesak sampai Bukit Jalil tu. Penat ooo nak drive jauh-jauh. Memang plan asal Mr. H nak sangat-sangat ajak Cik Sue gi tengok match tu kat sana, tapi last minutes kitorang tengok kat Dataran Johor Bahru tu. Depan jam besar sebelah HSA tu.. Live broadcast lagi.

Ramai gak orang yang datang. Tak sangka betul, peminat fanatik JDT ni sanggup spend time diorang tengok beramai-ramai kat dataran ni, sedangkan diorang boley je tengok kat depan tv. Tapi, tu untuk yang ada ASTRO jela.

Apa yang Cik Sue salute sangat, diorang sanggup bawak anak-anak sekali sebagai penyokong pasukan feveret mereka tu. Baju diorang pun memang 95% sume pakai jersi JDT. Hehehe. Cayalahhh..Bangga giteww..

Cuma kesian gak kalau yang bawak baby malam-malam tu. Maklumla, baby tu kan tak sesuai dengan suasana malam..Orang tua-tua kata baby tak elok kalau dibawa berjalan malam..

Tapi, yang membuatkan Cik Sue suke sangat-sangat bila ada sekumpulan penyokong fanatik JDT yang tak henti-henti bersorak dan menyanyikan lagu JDT. Makin berkobar-kobar semangat penonton dan Cik Sue sendiri. Dari awal match sampai tamat diorang memang sporting habis. Walaupun team JDT tak score even 1 gol dan kecundang di tangan THE RED WARRIORS 1-0, tapi, diorang memang tak kisah pun hilang suara menjerit dan bersorak..Bestnyee..


                             
                         


Apa pun, team JDT dah wat yang terbaik malam tu. Congrates sangat-sangat. Biasalah, menang atau kalah tu kan memang adat.

Majulah sukan untuk negara.

Balik tu, kitorang singgah makan kat Taman Dahlia. Memang sodap sangat-sangat...Sangat puas hati. Next time, kitorang memang plan nak makan kat situ lagi. Kalau sempat, Cik Sue wat entry pasal makan kat situ eh..

P/S: JDT, LUASKAN KUASAMU! HEHEHE



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...