Wednesday, November 6, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H buat semua.

Assalamualaikumussalam w.b.t. dan Selamat Pagi.
 
Salam Maal Hijrah 1435H buat semua kaum muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah. Semoga tahun baru Hijrah ni memberikan kita semangat untuk menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. 

Alhamdulillah, setelah bercuti 4 hari di rumah, arini dah start masuk opis. ,Maklumla, cuti Deepavali dicampur dengan  cuti Awal Muharram menjadikan hari cuti Cik Sue panjang sikit je. . Aduhai, rasa mcam tak cukup je empat hari tu dok kat umah, berkongsi cerita dengan mak dan bak. Maklumla, kalau dah lama tak jumpa, pasti ada je pelbagai kisah dan ragam yang tersimpan rapi dalam kotak memori bonda untuk diceritakan dengan Cik Sue. Pasti ada je kisah sedih, duka, duka, bahagia dan lucu yang nak dikongsikan kami bertiga. 

So, bila nak balik BP ni semula, rasa sayu je nak tinggalkan mereka berdua. Rasa macam nak benti keje jauh-jauh ni dan nak carik keje baru kat JB ni. Walaupun mak tak luahkan dari kata-kata, tapi Cik Sue dapat rasakan mak memang sedih je berpisah dengan anak kesayangan dia ni daripada pandangan mata dan air mukanya. Bak pula bertanya bila Cik Sue nak balik lagi. Kalau tunggu lama lagi, hujan air mata juga rasanya. Tapi, apakan daya. Hidup ini kan satu perjuangan. Dalam perjuangan pula memerlukan pengorbanan. Pengorbanan itu pula perlu dilakukan demi orang-orang tersayang...

Semoga kehadiran tahun baru Hijrah 1435 ini memberikan seribu keberkatan untuk Cik Sue sekeluarga dan juga untuk pembaca semua. Moga tahun baru ni lebih baik daripada tahun yeng sebelumnya.

P/S: Preparation untuk semester baru sedang rancak dilakukan. Nak update notes, L1, L2 dan upgrade lagi supaya lebih effective and efficient.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...